Review Buku - Atas Nama Cinta

[ Maaf, percubaan pertama review buku.. macam tak menjadi je, hahahaha]

Novel yang diadaptasi dari kisah benar ini ternyata berjaya diolah dengan baik oleh penulisnya, Isa Kamari. Kisah bermula apabila berlakunya pergolakan di sekitar Nusantara Melayu berpunca dari kebangkitan bangsa di nusantara yang sekian lama dijajah oleh penjajah Inggeris dan Belanda.

Dalam tempoh pergolakan tersebut, demi kesinambungan hidup anaknya, seorang ibu menyerahkan anaknya kepada ibu angkatnya. Dan dari situ, segalanya bermula. Watak utama ialah si anak dengan nama asalnya, Maria Hertogh, dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu angkatnya yang bernama Aminah Mohamad. Sebelum ibu kandung menyerahkan Maria pada Aminah, terdapat perjanjian lisan antara si ibu dan Aminah.. "Saya akan mendidik Maria dengan agama Islam apabila dia tinggal bersama saya..puan bersetuju?"

Semenjak itu, Aminah bukan sahaja menjaga Maria dengan sempurna, malah mengajarnya tentang agama Islam, serta adat dan budaya Melayu itu juga. Malahan, nama Maria juga ditukar kepada Nadra bt Ma'arof..yang mana, menandakan keIslamannya. Maria juga berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang baik budinya, Mansoor Adabi. Dalam tempoh membesarkan Maria, seringkali Aminah berasa khuatir jika suatu hari kelak, ibu kandung Maria menuntut semula Maria darinya..biarpun dia sedar kedudukannya..tetapi untuk berpisah dari Maria, Aminah tidak tegar menghadapinya.
Maria@Nadra (berdiri sebelah kanan)  bersama suaminya Mansoor Adabi dan ibu angkatnya, Aminah Mohamad.

Klimaks bermula apabila yang dkhuatiri Aminah benar2 terjadi. Yang malang sekali, tentulah Maria@Nadra. Ibu kandungnya menuntut semula Maria dari Aminah. Tuntutan yang dibuat, bukan sekadar anaknya Maria, malah ibu kandungnya menuntut pihak mahkamah supaya mengarahkan anaknya kembali kepada agama asalnya. Bukan itu sahaja, Maria terpaksa berpisah dengan suaminya serta diminta kembali kepada keluarga asalnya dan pulang semula ke tanah kelahirannya. 

Kisahnya benar2 mendapat liputan meluas bangsa nusantara ketika itu..apatah lagi, mahkamah penjajah memandang enteng soal agama yang sedang dianuti oleh Maria. 
Jadi, bagaimana kesudahannya kisah Maria Hertogh @ Nadra bt Ma'arof ini? 


Cubalah dapatkannya kat kedai buku, pinjam library pun boleh, hahahaha. Buku yang lana beli ni, siap ada CD, ada 3 buah lagu puisi dari Kumpulan Sirrfillsirr..salah seorang anggotanya adalah penulis sendiri, Isa Kamari. Selain buku ini, korang boleh cuba baca versi penulis Malaysia, Fatini Yaacob

Sekian. Hak cipta terpelihara.. (poyo lak,ahahaha. ahh, yang penting mencuba!)


Comments

NA said…
Ek nape tah tadi takleh buka ruang komen.

Rupanya buku ni pasal Natrah. Tapi baru tahu sebenarnya nama Nadra :)
Tinta Lana said…
Sorry na sayang..boleh sebenarnya..sat ya..lana ngah testing2 jap..hehehe. Maaf ya.
arituarini said…
percubaan yang baik...bila baca dan rasa nak beli buku tu..mknanye ok la entri ni.. kih kih kih

*pe lagi bila nk blanje ni.. hehe..(puji tu ttp ikhlas ok kih kih kih)
Fathiah Hamim said…
okay tak pasal rasa nak cari buku neh. very intriguing dear! =)
harrazdani said…
nice review lana...tapi tak dinyatakan persetujuan ibu maria apabila aminah bertanya

'saya akan mendidik Maria dengan agama Islam apabila dia tinggal bersama saya..puan bersetuju?"

kisah natrah ni memang top satu masa dahulu...ibu natrah mendakwa natrah dikahwinkan sebelum cukup umurnya. dengan kisah ini kita boleh lihat bagaimana semangat dan kesepaduan orang islam pada masa itu yang kini kian pudar.
SoLy SoLicious said…
buku ni dah lama atau baru lagi r terbitan die?
emm...nak search kt library la nnti~
Aimifiqa said…
nice one lana. ok je. memang terperinci dan tidak sesong pun. hihi. keep it up. nnt boleh la cite story yg lain pula ye.
Unknown said…
best lah baca review nih. rasa macam nak cari je buku ni. sebelum ni asyik dgar je pasal Natrah tapi taktau pulak secara terperinci. thanks ye bg info berguna mcmni
Unknown said…
review yg bgos lana..troskan..hihi..tp lana kena mintak komisyen nie dr kedai2 buku cm mph, popular, border etc..sebab lana dah tolong diorang review buku tu..hehe
Unknown said…
wahh lana promote buku..novel ni tentang sejarahkan? boleh buat panduan kisah dia ni..:)
1937-2009 panjang tebal ke buku dia hmnm
Unknown said…
uishh..dh mcm citer sejarah pun ade..based on true story lg..patot wat filerm ni..hehe
Unknown said…
hurm... okay la..xda papa.. yg tak okay.. bila baca tu..rasa mcm nk beli jew buku ney...mgkin, ptot tambah di mna buku ney boleh dibeli..jd, org yg berminat nk beli..sng nak cari..tak perlu lagi tertanya-tnya nanti..
letak harga buku sekali pun ok gak..
Kisah cinta lama2 menarik kan....antara benua, ialah pergolakkan pemerintah....tapi cinta tetap bersatu....

ada konflik disitu...telah memisahkan mereka....
ietchan-kun said…
ermm...review menarik..jln cerita pun menarik..keep it up!!
Unknown said…
menarik.. lebih2 lagi jalan ceritanya pasal sejarah dolu2..
Wanie said…
novel ni adaptasi cite betol eh..
siap ade cd lagi..mesti mahal kan lana?
kotak bulat said…
kb pernah dgr crita ni dlu.. rasa nk beli..tp xpernah jumpa..
iPai said…
sori kalau lambat baca .. review yang bagus .. Lana membuat sinopsis ringkas yang menonjolkan isu2 penting dalam novel ini. dan ia boleh membuatkan orang yang minat genre sebigini ingin tahu lebih details tentang apa yang terjadi pada Maria@Nadra.

mungkin apa yang boleh tambah, masukkan sedikit emosi Lana pada satu section khas dalam entri ni .. part apa yg best, gaya penulisan lana suka ke, meleret ke tak, ada part yg lana nanges ke ..

tp overall, memang terbaik r .. Congrates Lana ...

saya sendiri tak pernah dgr kisah sebegini ..

Lana suka membaca biografi ke ?
ewanthology said…
mencari buku 'saya juga melayu' dari zaid ibrahim.
wah..nice review. senang nak faham cerita, simple and teratur.
good job lana :D
Muttallif said…
Hehehehehe...bgs3x...senang nak faham tentang ceriter tu...teruskan me"review" buku-buku...Nice! :p
1 said…
wah..kisah natrah ni kisah penuh bersejarah..
bgs review lana..sng difahami..sy suka sgt2..lana teuskan review buku k:)
Unknown said…
menarik jugak tapi cerita ni agak complicated la kan.. :)

Popular Posts