RSS Feed

Apa tujuan bahasa sebenarnya?

29

August 11, 2011 by

Rasa bertuah sangat dilahirkan di Malaysia. Dengan bahasa utama, Bahasa Melayu, kita juga ada sampingan2nya. Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa Inggeris dan macam2 lagi lah.. 

Pernahkah anda tertanya, mengapa agaknya, dari sekolah rendah sehingga ke universiti, kita belajar Bahasa Inggeris.. tapi sampai ke sudah, kemampuan kita dalam menguasai bahasa tersebut agak lemah? Tak kiralah dari sudut komunikasi mahupun penulisan.

Begitu juga, kenapa agaknya, walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bangsa2 lain tetap gagal berkata2 dalam bahasa ini dengan baik..kadang2 begitu pelat sekali, berterabur sekali sehingga memerlukan translator untuk memahaminya.

Lana tinggalkan anda dengan dua situasi diatas. Lana juga mengakui kelemahan lana dalam penguasaan sesuatu bahasa. Lana ungkapkan ini kerana, baru2 ni, masa dikedai, pelancong luar negara datang. Tanya tentang Jambatan 'Bertanduk' di Putrajaya ni. Puas aku fikir..apalah jambatan dalam Bahasa Inggeris. Dah sampai rumah baru teringat - bridge. Adeh... sadis.. T___T


29 comments »

Fathiah Hamim said...

hurmm interesting.
fa tak penah terpk, tapi fa selalu pk, nape orang susah sangat nak paham and guna english dengan betul.

sama jugak fa selalu pk, kenapa susah sangat fa nak belajar and paham arabic.

jawapan fa: it is not our mother tongue.

Bro ahmad said...

lana sama macam bro..pernah kt kl pelancong tanya..terpingga2? hahaaa bi fail tau sikit2 je lana..lana is back heheee

aizamia3 said...

betul.. ada ketikanya boleh tak terfikir perkataan yang senang itu.. walhal bukan tak tau cuma tak ingat..;)

faridah nazurah said...

hehe betul tu. kdng2 perkataan senang pun kita boleh terlupa. tp kalau sy kan, cakap je apa yg kita tau. guna simple english pun boleh. haha tp jgn broken sudah.

malu nak mengaku yg sy pelat bahasa melayu :) hehe cakap mcm org cina. perasan.

delarocha said...

ilmu tanpa amal memang tidak kemana.

belajar english kat sekolah je, kat umah cakap bahasa melayu jugak.

macammane nak fasih?

abghani said...

darjah 1 sampai form 5 masih lagi tk pandai ckp org putih

Syuxer said...

bila kat umah sendiri kita x bercakap bahasa inggeris, x heranla kita tak akan fasih berbahasa inggeris hehe..semuanya bermula di rumah heheh

Bob Merley said...

kat rumah saye cakap omputih hari2 (=

Freaky said...

bahasa ? banyak tujuannya selain berkomunikasi :D

Si Pujangga said...

london bridge is falling down.. falling down.. :D

Jahidih Saili said...

Ada sebilangan pakar psikologi mengatakan, kemampuan untuk menguasai bahasa asing bertitik tolak dr "bakat"..w'pun xda bakat jika bersungguh2 pasti pakar dlm bhs selain bhs ibunda..
sy pun selalu terlupa perkataan2 mudah..adeh..
terutamanya ketika sering bercakap bhs arab, tiba-tiba bercakap BI, gerenti ssh untuk alihkan fikiran ke BI..:)

alif haris said...

hehehe ..
kdg2 bile nk speaking dpn mat salleh tu kita lupe segala vocab :D

SoLy SoLicious said...

BI sebab nk internasionale..hehhe
BM, bhs kbgsaan..tp bgsa lain pn ade bhs sndiri..so, depa xpnting sgt la kot

APAN said...

haha...nasib la kene layan omputeh gitu...aku dulu pun penah ditanya ngan pelancong gak.dia tanya in english.aku paham je pe yg dia tanya tu.tpi bila aku jawab, selamber je kuar ayat melayu.haha...camdoh je rasa...

NA said...

Jawapan untuk kedua-dua soalan
"Practice Makes Perfect" :)

Itu sahaja kena buat untuk mahirkan sama ada dalam pertuturan atau penulisan.

-wina1979-

harrazdani said...

tujuan bahasa adalah untuk menjadi sebagai satu medium atau alat perhubungan antara sesama manusia.

ArulchelseA said...

sy smpai skang ni tk pandai b.i ni.. kih kih kih kih..

Tukang Karut said...

ata lebih tepat Cable-stayed bridge...

syaz@rozelt said...

sebenarnya kte mampu cakap bi..tp bila dah tibe2 foreigner tanye mesti kite macam terkejut n cuak kan..hehe

Yutaka Mushimura said...

hahahha..takpe2..len kali bawak kamus...ek:)

t a u f i k said...

menarik! thesis saya utk degree berkisar ttg persoalan di atas. knapa stlah btahun2 blaja english msh tak fasih? haha.. :)

Siti Arfah said...

Sy rasa itu perkara biasa, normal la kalo kta x igt ssuatu tu bla saat diperlukn pdahal kta mmg tau sgt2 perkataan tu. Be cool, prkara biasa ja tu. :)

kerisperak said...

Tujuan bahasa untuk berkomunikasi, komunikasi terjadi apabila berlakunya 2 way communications. Komunikasi terbahagi kepada 2, verbal and non verbal.. Kalau berkomunikasi dengang bahasa yang berlainan yg tidak difahami antara satu, alamatnya berlakulah komunikasi cara zaman batu...hehehe

Apa-apa pun, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Kat mana kita berada, belajarlah bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, kalau ke jepun takkan nak berkomunikasi hanya dengan bahasa inggeris? Jepun menghormati bahasa mereka. Same as France. Dulu bahasa kita hebat (zaman dagangan rempah ratus).. sama hebat dengan penggunaan bahasa inggeris kini meluas..

Dulu pernah sy ke indonesia, dijamu menggunakan chopstick, sy xtau guna, tanya pelayan tu ada sudu tak? Ingat org indonesia panggil sudu cam kita gak.. terpinga2 die. Puas explain sudu..sudu..sudu.. hehehe, client indonesia tu dah dpt tangkap.. "Owh cedok.. kamu maksudkan SPOON ya?" adeh malu gue.. camne sudu dlm bhs inggeris leh hilang dlm vocab kepala.. hehehe..

caliph shuriken said...

paham BI tapi x praktis speaking.. so bila skali skala speaking rsa mcm kekok, huh..
apa2 pun, klau tau lebih drp satu bahasa kira bonus laa tu.. jepun & korea bole maju & berjaya dgn bahasa masing2.. so, jgn rsa down sbb BI kita biasa2 ^^

~SaL IjOu~ said...

utk mahir penguasaan bahasa perlu byk pendedahan..& perlu kerap digunakan..antara nak dgn x nak je~

SoutulMujahid said...

x bangga pun duduk malaysia. hanya sebuah negara statik yg x pernah berkembang

tp bangga kalau duduk dlm NEGARA KHILAFAH, sebab umat Islam bersatu tanpa sempadan nasional, maka lebih banyaklah bahasa yg dapat dipelajari

insya Allah KHILAFAH akan tertegak kembali. itu janji nabi saw

~Budak kecik punyer bl0g~ said...

pernah terlupa....kipas ape dlm bi ek? cetek betol ingatan....mende2 senang boleh lupe....hoh0

kokser kokdam said...

eheh..

bridge tu jambatan ke..?

haha

bLog Juga said...

Izinkan saya terus meracau sampai pagi. Sudah ditakdir, blog anda yang menjadi pondok tempat hamba qiammulai hari ini.

Hamba ore kelate, sampai sekarang hamba tak pass bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Satu perkara yang berlegar-legar dalam benak saya ialah bahasa untuk menyampaikan maksud hati, kerana hati berbicara seribu bahasa, tiada siapa yang peduli sehinggalah mulut berbicara dalam bahasa yang difahami.

Apa agaknya akan terjadi jika suatu masa dahulu apabila Muhammad s.a.w membacakan ayat-ayat al-quran dalam bahasa hebrew atau bahasa kitab taurat, tentu terngangga orang arab mendengarnya. Tetapi hari ini, kita selamber je baca al-quran dalam bahasa arab walaupun kita tak faham. Itulah perbandingan hari itu dan hari ini.

Hari ini, bahasa diagung-agung tanpa tujuan. Kena pandai bahasa inggeris, kononnya bahasa antarabangsa, tetapi sepatah huruf pun tak diguna apabila berniaga di kampung atau di jepun.

Saya terpanggil untuk menggunakan perkataan jambatan juga, saya setuju bahawa bahasa adalah jambatan. terima kasih.

Powered by Blogger.