RSS Feed

Archive for June 2011

TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON

9

June 30, 2011 by

- bukan entry review yea :p -

Petang tadi..masa aku kat Alamanda.. ramai pulak pakwe hensem yang aku jumpa.. Antaranya:

1. Optimus Prime
Masuk kali ni, dah 3x aku jumpa dia.. Oh tidak, dia sangat sangat sangat handsome. Kacak ya amat ku rasakan dihati.. walaupun tak pernah tukar baju sampai kini. Macamana nak tukar? Memang tak berbaju, hak3. Dia lah yang terkacak, berani dan berhati besi..yang pernah ku jumpa sepanjang hidupku setakat ini, ahahahaah. Tapi kesian la, nanti dia jadi RKU (robot kurang upaya T_T)



2. Bumblebee
Oh no, pakwe handsome yang ni pun..dah 3x aku jumpa. Takdala handsome mana, cuma muka jenis babyface gitu, cute giler. Awesome ler! Jenis mesra alam sikit dia ni. Kalau boleh, paling2 pun, aku nak dia jadi best friend aku sama macam dia jadi best friend Sam Witwicky tu T_T.



3. Ironhide
Aiseh, nama dia pun aku da cukup suka. Ironhide! Yearghh! Kedengaran hebat gitu. Tapi sayang.. ini kali ke3 dan kali terakhir aku jumpanya..

4. Sentinel Prime
First time aku jumpa, kalau ikutkan, memang dia dah berusia..tapi masih smart la! Cuma aku tak berapa suka jenis berjambang. Nyaris jatuh cinta dengan dia, rupa2nya berhati busuk @#$%!

5. Shockwave
Fuhh.. Aku seronok tengok 'aksesori' dia. Kemain lagi ko pusing sana, pusing sini, gerudi sana gerudi sini. Memang hebat! Tapi, hati dia sama busuk dengan Si Sentinel. Baguslah, ini kali pertama, juga kali terakhir aku jumpa dia. Huh.

Kesimpulannya, tengoklah TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON!!. Tak rugi, best woooo! Ada ahli Autobots yang pergi, Ahli Decepticon yang digeruni, ada yang saling mengkhianati!


Manusia bodoh + sombong

18

June 29, 2011 by

Since 2003, lana pindah putrajaya. Macam2 jenis manusia lana temui. Paling disukai, bila orang kaya..sangat merendah diri. Paling dibenci? Yang papa kedana, berlagak bodoh + sombong (BOSOM) bukan main lagi..

Kenapa lana cakap camtu? Sebabnya:
1. Dah jadi tabiat kot..ke buang tebiat... Bila lana menyusuri laluan ke arah lif..maka ter bau lah lana haruman yang sungguh......kelat! &*%#@! Tak tau kenapa sesetengah manusia BOSOM ni, hobinya suka buang/letak sampah kat tangga kecemasan tu. Kadang2, dah teruja sangat nak tayang hobi, dihiasnya sebelah lif tu dengan "kraftangannya" yang mengalir bak laut yang membiru.
http://www.emocutez.com
"sia2 pakai minyak masak segantang kat baju, hilang sudah bau wangiku, bangla sebelah pun tak lalu nak hidu"

2. Yang kedua, robot. Hah, yang ni, bertimbun kat tempat lana duduk sekarang. Bila berselisih, senyum tidak, pandang tarak, nak menegur?jauh macam nak gi lebuhraya karak. Agaknya, diorang robot kot, dah diprogram supaya bila jalan tunduk, jalan straight je, kepala tak boleh pusing, senyum pun tak boleh. Kalau buat jugak, takut wayar2 dalaman berselirat, nanti meletup, kena orang sebelah jadi melarat.

myspace layouts

3. Oh ya, kat sini, banyak sangat pesakit yang menderitai sejenis penyakit ni.. Setakat ni, saintis/doktor2 pakar pun tak dapat kenalpasti punca penyakit ni, apatah lagi cara rawatannya. Nama penyakit ni - "Wall Parkinson". Tahu kan parkinson tu antara simptomnya macamana? Ala, yang tangan menggigil tu, sama la macam penyakit ni. Yang membezakannya, pesakit Wall Parkinson ni, bila dia nampak je dinding..asal dinding nampak dia, maka..menggeletor tangannya secara automatik. Dinding yang suci murni tadi, jadi sadis bila dah jumpa pesakit2 ni.

http://www.emocutez.com

"cam kat atas la tangan diorang menggeletor, lembut je, tapi hasilnya, memang kesian dinding2, jadi mangsa kekejaman T___T"

Sekian.

Copp!: Seronok tengok gelagat manusia BOSOM, sekurang2nya, secara tak langsung, mereka mengajar kita untuk jadi lebih baik.


Macam2 lah..

8

June 28, 2011 by

Macam2 lah sakit aku sekarang, baru pas baik demam, sakit tumit pulak.. da baik tumit, sakit pinggang lah, cissss! Mengalahkan orang tua aku ni.. walaupun mudi je lagi sebenarnya.. :p

Hurmm, Lana takda mood, sumpah..lana tergolong dalam golongan yang kuat moody.. lagi2 bila mai penyakit2 tak gune ni *_* Bersyukurlah padaNya kalau korang sentiasa diberi kesihatan yang baik. (Hee,lana tetap bersyukur walapun sakit). Dah 2,3 hari ni, keja lana asyik baca blog orang..blog sendiri? sepatah haram..buat dek je.hehehe.

Oh ya, siapa minat Transformers? Akhirnya, tercapai impian lana nak tengok Abg2 Robot 30 hb ni T___T huu, sangat suka, excited. Minat sangat2. Alhamdulillah, pria idaman belanja tiket khamis neh,yes2! Ok lah, takda tujuan pun nak menulis ni, sekadar saja.


Aku tak tahu..

16

June 26, 2011 by

Iya.. sungguh, banyak aku tak tahu pasal dunia blog ni.. yang aku tahu, menaip je sebenonya.. T____T

Lana tak paham/kurang paham istilah2 dan benda2 kat bawah ni:

1. Domain
2. Sitelink
3. Backlink
4. Sitemap
5. SEO
6. Alexa

Rasa macam ada lagi.. Tapi buat masa ni tu jela kot. Lana ada google, tapi..lana perlukan penerangan ringkas and simple kenapa penting benda2 alah atas tu. Tolong lana?


Play with your brain 1

19

June 25, 2011 by

Tengok - Lihat - Perhati

Then tell me, what have you see, clear? Apa yang korang boleh apply dalam hidup hari2 melalui entry kali ini?

1. Purple-nurple I



2. Invisible
Cuba teka, dalam gambar ni, binatang apa yang korang boleh nampak selain kuda? Tahu? Kalau dah tahu, cuba bagitahu jumlahnya.



3. Clever Installation
Perbezaan sudut pandangan


Mula2.. korang tak pasti apa sebenarnya yang ditunjuk?
Mai pusing sikit sudut tu..tadaaa..


Bila dilihat pada sudut yang betul, nampaklah kita potret movie star - Mae West. Siapa? Korang cari la ya ^_^

4. Mount Rushmore
Kita semua tahu, ada 4 wajah presiden US yang diukir di Rushmore ini. Cuba bagitahu,mana yang ke 5?


Copp!: Later? Play with your brain 2!


Makanan2 "kotor"

26

June 24, 2011 by

Lana yakin,at least salah satu dari makanan2 ni memang korang pernah, sedang dan bakal makan bukan? Jangan nak tipu, babab kang.

Kita tengok apa dan kenapa makanan2 ini kotor.

1. Chicken
Terbukti 40% sampel ayam yang diuji, mengandungi bakteria yang boleh membawa penyakit, antaranya, bakteria glamor, E.coli.

2. Ground Beef
Punca utama ke"kotor"an daging kisar - Cara pemprosesannya yang rumit. Dalam tempoh nak menjadikannya macam dalam gambar kat bawah, korang boleh bayangkan, betapa banyak mendapan bakteria terkumpul dalam mesin pemproses tu. Bluwekkk.

3. Ground Turkey
Aku tau, yang ni jarang la yang makan. Tapi, 1 daripada 4 paket ground turkey mengandungi sejumlah ulat2 gedik. Yang menjadi kerisauan sekarang, konon orang (omputih la ni) pilih cik turkey sebagai alternatif yang lebih baik, sihat berbanding daging kisar. Sedangkan, dua2 lebih kurang je kotornya.

4. Oysters
Aku suka sos tiram je. Tiram mentah? Tak pernah. Cam lendir apa tah T__T. Hati2 dengan tiram mentah. Sangat2 dicemari oleh kuman2 dan virus bernama Norovirus.

5. Eggs
Telur apa? Apa juga jenis telur, kecuali telor kau! Paham? Tettttt..haishh, tak senonoh. hahahahaha. 600 ribu kes keracunan makanan sepanjang tahun dan melibatkan 300++ kematian. Gara2 telur. So? Masak molek2, elakkan makan mentah.

6. Scallions
Daun bawang ni, jangan dibiar makan mentah/tak masak
ya. Boleh berpotensi jadi tempat bakteria hidup berkeluarga penuh bahagia. Scallions ni juga dikaitkan dengan Hepatitis-A.

7. Cantaloupe
Kuman dan kulit tembikai susu..ibarat irama dan lagu. Susah dipisah, sentiasa bersatu. Korang basuh dengan pili bomba pun, susah nak hilangkan ya kuman ni. So, bila potong buah ni, cuba bayangkan ulat2 halus tu melompat2 dari kulit ke pisau..dan pisau ke isinya..korang pun..telan saje dengan muka gembira tak terkata.

Selain diatas, menurut sumber, buah peach, salad dan makanan sejuk beku juga antara 10 jenis makanan paling tercemar.


Sumber: Men's Health


Yang mana satu idaman kalbu ^_^

31

June 23, 2011 by

Pilih, jangan tak pilih ya. Sekadar selingan dimalam hari.

1. Alpaca
2. Axolotl
3. Aye Aye
4. Blobfish
5. Dumbo Octopus
6. Komondor Dog
7. Leafy Sea Dragon
8. Sloth

9. Seapig

10. Saki Monkey


Sekian..Ya Allah, sembuhkan demamku..


AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

11

by


Join? klik SINI

Wahh, dalam banyak2 segmen Abg BA buat, seingat lana, yang ni kali kedua lana join,heh3.

Lana teringin..dan memang target nak hack blog minah seorang ni,hehe. Kenapa lana pilih? Susah la nak cakap, nak kata blog dia best, lagi berjuta ganda best abg ben punya. Nak kata sweet? Ramai lagi yg sweetie meetie. Takpa, ti korang try baca mana2 entry dia. Cuma satu je la pesanan lana pada dia, jangan mudah lupa diri, setiap hari pasang niat baik dalam hati. InsyaAllah, kejayaan tu pasti mengiringi. Tapi, taknak la sebut nama blog tu.. bagi link je boleh? SINI

Copp!: Arghhh, gasak je, ahahaha. Maaf ya semua,hehe. Sekadar menghilangkan stress dizaman serba moden ini. Sekian.


Kau blogger yang baik hati ke?

23

by

- Entry tak kena mengena dengan sesiapa, sekadar sepintas lalu -

Ramai..sangat ramai blogger yang berhati baik sebenarnya. Bukti? Antaranya, apabila ada yang tinggalkan jejak/komen, pasti kita balas balik. Tak disuruh follow, dengan rela hati meng'follow'. Itu belum masuk lagi yang dipaksa, dengan tak rela pun, meng'follow' jugak. hehe.

Tapi, bak kata pepatah.."buat baik berpada2" (amik separuh je). Sikap baik kadangkala kurang bertempat. Ada masa2nya, memang tak bertempat langsung. Yang lana maksudkan, sikap blogger yang niat baiknya adalah bertegur untuk kebaikan.

Mungkin dia menegur kerana nak seseorang blogger tu mencapai tahap yang lebih baik dari keadaan semasanya, tapi korang pasti ke teguran tu cukup berhemah dan kena caranya?(korang kadang2 tak peduli pun kan bab2 macamni,heh3)

Contoh, kebanyakkan blogger tegur tentang perkara2 dibawah ni:

1. Blog berat - disebabkan banyak sangat gambar, design2, pasang lagu dll.
2. Bahasa dalam entry - guna short form, bahasa pelat, dwibahasa dll.
3. Design - banyak sangat color, blog gelap, terlebih gadget/widget yang tidak sepatutnya dll.
4. Entry - jenis tulisan, warna, karangan 1juta patah perkataan dll.

Macam ni, bagi lana, kebanyakkan yang menegur tu, anda tidak layak jadi penegur. Ini bukan soal anda otai/orang lama/orang yang lebih bijak dan sewaktu dengannya. Ini soal bagaimana anda bertolak ansur dengan kepelbagaian blogger2 yang anda jumpa.

Ada dikalangan mereka, blogger2 baru..yang baru sangat lahir. Anda pula menegur bagai nak rak. Nama pun baru lahir, selagi boleh, semua benda nak dibuat, nak dicapai, tanpa kira elok tak elok, baik atau tidak baik. Ibarat bayi yang sudah mula meniarap..semua nak pegang, nak masuk dalam mulut, nak hisap. Bukan kira, kotor ke bersih. Yang penegur pulak, menegur macam pensyarah yang dapat PhD dari Harvard. Guna bahasa hebat2, baby baru meniarap, manala paham muncettt. Sah2, baby buat doonnooo je.

Kisah bayi meniarap tadi, berlanjutan sampai la dia bersekolah, masih dengan tabiat semua benda nak dicuba. Cuma kali ini dah pandai sikit.. dia dah tahu memilih benda2 yang dia suka. Sebab tu ada blog, kita nampak cute sangat2, ada yang misteri ya amat, tak kurang juga rupa blog macam nak kiamat T__T.. semua sebab dia dah nampak apa benda yang dia nak, pastu dia usaha lengkapkan blognya ikut tema dia sendiri.

Dalam tempoh peralihan remaja nak ke dewasanya, masa ni lah..yes, masa nilah.. Lagu Bunga2 Cinta dendangan Misha Omar mula 'kedengaran' kat blog dia. Tak kurang juga, bunyi Pop Pop melata-lata kat tapaknya.. gara2 K-Pop. Perlahan-lahan, entry2nya mula berbaur Kisah Hati..by Alyah. Takpun, Aku Cinta Padamu..by CT Nurhaliza..hurmm..

Kesimpulannya, jangan mudah melatah ya penegur, apatah lagi menghukum blogger2 yang korang tak suka. Tak salah kalau menyampah, dah menyampah sangat kan? Cepat2 la go away dari blog tu. Tapi kalau tak nak, pastu ada rasa nak tegur, nasihat aku, fikir dulu dan lihat siapa target korang ya. Jangan main hentaram je.

Bagi masa pada setiap blogger, untuk perbaiki, mencari hala tuju diri dalam dunia blogger yang dia ceburi. Macam aku sendiri, masih tercari2 apa yang aku nak sebenarnya untuk blog aku ini.

Sekian, jangan marah ya! Mmmuahh, sayang korang,hahaha


Kelemahan Shoutbox!!

23

June 22, 2011 by

Situasi: Emo datang lagi T__T

Shoutbox, sapa yang tak kenal? Semua blogger tahu fungsi utamanya.. Ia cara paling mudah, simple, cepat untuk bagitau tuan tanah tentang kedatangan kita ke tapak tanahnya. Paling2 sengkek pun, sekurang2nya, kita mesti buat macamni kan..

Mula2 letak tanda ni ' : ' selepas tu bubuh yang ini ' ) ' ..akhirnya..jadilah begini.. ' :) ' huuuh, dasar sengkek betul T_T

Kira ok la tu, takpa2..boleh tahan lagi..Seterusnya, jenis RTM.. Rajin Tapi Malas.. fuhh, yang ni, aku pun sekali tergolong lah tu,hak3. Rajin sangat bercucuk tanam kat box, tapi.. dia punya malasnya nak komen kat entry, sama banyak la juga dengan rajinnya.. Iya..aku tau, itu aku la tu T____T

Takpa2..biase2..hehhehheh

Yang ini..yes..yang jenis buat darahku mencurah2 kedalam ladang tahi ayam..jenis sesumpah.. Semua tahu, bila kita nak menjerit kat box tu, kita kena fill up kan tiga perkara ni kan: Nama, Link, Mesej. Yang sesumpah ni pulak, mentang2 sifatnya menyamar, dibantainya dia guna link entah apo ko bendo ei jang. Kalau link yang dia guna tu terus ke tanah halal takpa..ni tempat perlacuran kelas ke10 dibedalnya..!

Huuuurmmmmm...

Copp!: Tolonglah..jangan aniaya lana camtu... dan mari kita sama2 kurangkan sikap RTM tu.. Aku pun sedang berusaha dengan segigihnya ni,hehe.


Mahu kondom free??

21

June 21, 2011 by

Now, free condoms, contraceptives at your doorstep!
Yeayhhh! Dapat kondom free, free kondom dapat! Kondom dapat free!


Sah! Sewel! T_T
..................


Yes, absolutely, itu yang bakal berlaku kat India, dalam tempoh terdekat ni. Kerajaan diorang nak lancarkan kempen rumah ke rumah, bagi kondom free, alat cegah hamil free. Tujuan utama? Nak kawal populasi penduduk dinegara tersebut.

Perlu ke sampai nak bagi benda2 macam tu? free plak tu? Semata2 nak kawal jumlah penduduk? Hishh..Lana rasa la kan, rasa la..eventhough diorang dah buat kajian tentang kempen ni (dan nampak hasilnya yang baik), tapi lana rasa lagi banyak buruknya kelak..



Biar je la banyak penduduk pun, dah rakyatnya suka "main" biaq pi la. Lagi ramai lagi bagus, lagi ramai Shah Rukh Khan. Dapat 1 SRK pun jadila, mana tahu la kan, esok lusa, dapat gi India, leh candle light dinner dengan dia..weyewwww.. *_*




Fakta!: Menurut aneki.com, sebuah web berkaitan Rankings and Records, India negara kedua selepas China yang direkodkan dalam Top 100 Most Populated Countries in the World.


Ngeri! Orang berani saja boleh tengok! (Version 1)

34

June 20, 2011 by

AMARAN KERAS!
Anda dinasihatkan untuk tidak menatap gambar2 dibawah sekiranya tidak kuat semangat.

Gambar2 ni lana ambil dari web2 tertentu. Tolong ya, yang perempuan terutamanya, kalau tak cukup berani, jangan tengok! Lana da kategorikan mengikut turutan dari tak berapa ngeri kepada paling ngeri (dari sudut mata lana).

Gambar bawah ni pengenalan sahaja. Kalau yang ni pun dah
lemah semangat, tak payah teruskan. Paham??


Ok..gambar seterusnya....
































1. Tak ngeri mana pun - Tekejut kejap je.

"huishhh"

2. Sederhana ngeri - Nafas mula tak menentu.


"huwuuuuu.."

3. Agak Ngeri! - Nafas tercungap2, mata rasa berpinar.


"errgghhh..hhhh"

4. Amat ngeri! - Mulut akan ternganga, mata pula bulat terkulat2 sepenuhnya!


"hohhhhhhh!"


dan...

5. Paling teramat sangatlah ngeri abad ini! - #$%@!!!!!!!!!!&%$# (tak mampu digambar dengan kata2 T_T)

Ha, amacam? Ngeri kan?... Apa, biasa je? Tak ngeri langsung????
Are you sure??
For me, i'm very sure those pictures are more terrify and horrible dari mana2 gambar ngeri yang lana pernah tengok sebelum ini.

Korang tak perasan ke? Ke lana yang terlebih perasan, sejak setahun lalu ni, banyak sangat iklan tunjuk ketiak. Angkat tangan kanan, tangan kiri, goyang sisi, sapu deodorant jenama itu ini.. What the hell is going on? Sungguh, kekadang tu rasa malu habehhhh, entah, walaupun yang menayang tu ladies macam lana, daku yang tengok ni tersipu2 malu T_T. Kaum Adam? Of course la depa happy, cam aku tak tau. Seronok la hangpa dapat tengok sana sini..tettttttt T_T

Dan, kalau korang perasan jugak, krim losyen2 ni...hamboi, kemain lagi tayang kulit 80%, sapu sana, sapu sini. Woittt! Aku pun kai losyen r, takdak pun nak tayang kulit aku banyak tu depan milion orang, cetttt!

Sekian..terima kasih.

Copp!: Sorry, bila da emo, camnila..serius, aku tak paham kenapa takda sesiapa menegur tentang kebanjiran iklan spesies ketiak ini T_T.

Gambar ihsan Google. Ilham entry? Allah bagi. Amin, hehe. Benci? Leh tabur kebencian tu dikomen entry.


Chef Wan versi dunia blogger ~ En Mat Gebu

3

by


Credit to Fattah, teman seperjuangan (lana rasa ni kerja dia la ni,hehe) yang berjaya dalam segmen pertamanya.

En Mat Gebu..hurmm, lana kenal blognya melalui Abg Ben. Mereka berdua ni share entry masing2, kat bahagian atas blog diorang.

Setiap hari..boleh kata setiap harila, lana tengok, lana jenguk, beri sokongan pada...
makanan2 dalam setiap entry dia, hahaahhaa. Sodap weh, dari lapor jadi konyang perut ni ha tatap gambor2 makanan En Mat. Jujurnya, even setiap hari tengok pun, sampai sekarang, haram kesudah satu resipi En Mat lana tak pernah cuba buat T_T hahahahhaha

Ok, enough! Nanti meleret. Jom melawat En Mat di SINI

Copp!: Ye aarr..lana ngaku lana tergolong dalam kategori pempuan tak pandai masak *_*


Malam pertamaku..

26

June 19, 2011 by

Kali ni, memang aku nak cerita kat korang, malam pertama yang aku lalui..baru je lagi. Hehe, shhhhh2, senyap2 skit. Alhamdulillah, nak kata lancar 100% tu, takdala. Ngee..yela, first time, mana ada pengalaman..malu la plak,hehehe.

Persediaanku menghadapinya? lebih kurang macam orang lain. Cuma extranya, aku ada ambil minuman penambah tenaga. Hee, mestila nak cukup kuat, baru best siot!

Dalam kul 11 camtu, aku masuk kamar. Dia pun da siap sedia menanti..hehe. Aksi2? Buat yang basic2 je,muahahahaha. Adala pegang2, tekan2 skit, gosok2, sapu menyapu..semua wat sket2 jela. Opss2! Tak boleh story lebih2, karang ada yang sensitif lak,ahahahaha.

Tengah seronok, syok buat aksi, tiba2...

:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::

Ya Rabbi.... Cenoet punya charger!! Muntottt betoi!! Tongah sodap aku beraksi dengan laptop aku, leh pulak ko meletop, hamek ni, dush! dush!

Malam Khamis haritu..tu la malam pertama aku fokus baik punya semata2 nak siapkan list name yang join 1st GA aku. Satu2 aku check betul2, diorang cukup syarat ke tidak. Yela, 1st time buat kan? rasa seronok, syok, teliti, semua ada. Sedar tak sedar, lama jugak aku beraksi depan laptop. Habis lunyai jari aku duk tekan keyboard ni. Mata pun sampai berair2, nak kena gosok mata, baru rasa terang.

Tiba2, adaptor laptor aku ni meletop woihh, lemah semangat aku sat, siap kuar percikan api. Gilo ko apo?? Cepat2 tutup main plug. Sudahnya, terkebil2 aku tak dapat online hari Jumaat tu..tenung sana, tenung sini. Macam orang meroyan T_T

Copp!: Selesai sudah 1st GA ku, pemenangnya pun da di highlight kan di SINI. Tahniah pada yang berjaya..yang separa berjaya, tahniah juga kerana disenaraikan dalam bloglist baru lana (lihat sidebar kanan)

Ragam Crazy Contest? Sambungannya selepas ini.


Bodoh ke aku?

13

June 14, 2011 by

Aku bukanla bodoh..jauh sekali jahil bab2 macamni.. Aku cuma memilih untuk tidak memandang, apatah lagi mencubanya.. sudah tentu jauh sekali untuk cuba tenggelam dalam pelbagai rasa....Aku tahu..kalau aku teruskan jua..aku akan jadi seperti mangsa2nya yang lain..mula2..sekadar..

Suka..kemudian..
Gembira..
Asyik..
Teruja..
Terleka..dan kdg2 terlena..dan akhirnya..
Aku nak saja setiap masa...

hurmm....

Aku..tetap dgn pilihanku..untuk tidak memandang..apatah lagi mencuba....

:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::

Angry Birds
:p hehehe

Copp!: heh3, sungguh, lana tak pernah main game ni, yg Farmville kat fb pun, pandang sebelah mata jek,hak3. Yup! Lana tergolong dalam golongan yang tak main game2 macam ni. Salah satu sebab, bila da start main, susah nak tinggalkannya. hehe



Kalau ya gila duit, jangan sampai macamni.

8

by

~~~
Seorang businessman menjalankan perniagaan dengan membuka kaunter yang diberi nama "Kaunter Pertanyaan Sebarang Soalan". Cas yang dikenakan adalah RM10 untuk dua soalan.
~~~

Hari pertama berniaga..1st customer datang lalu bertanya kepadanya..

"Dua soalan berharga RM10, tak mahal ke tu??"
"Mahal," jawab businessman ini, sambil menambah...
"Sila ajukan soalan yang kedua pula encik"

T___T
hurrmmmmm....

Copp!: Kalau ya pun gila duit, nak cepat kaya, janganla sampai macamni ya korang. Zaman sekarang ada macam2 cara nak tambah pendapatan, termasuklah cara blogging ni. Satu jela nasihat lana, kalau musykil, tanyalah kepada sesiapa yang lebih berpengalaman ok.


1ST GIVEAWAY LANA!

59

June 13, 2011 by

[ STICKY POST ]

OK, tak ingin cakap banyak. entry kali ni, 1ST GIVEAWAY LANA. Syarat2nya:

1. Buat 1 entry bertajuk: 1ST GIVEAWAY LANA!

2. Dalam entry tu, buat 2 perkara ni:

i)Tampal/lekat/copy paste header lana (Welcome to Lana's World) spt diatas tu.
ii)Tag minimum 2 blogger lain, sebarkan tentang kewujudan 1st GA lana ni pada mereka.

3. Jadi follower lana

Dah siap 3 syarat diatas, tinggalkan link entry anda itu di ruangan komen entry ini. Good Luck!

TARIKH TUTUP: RABU - 15/6/2011 - 6 PETANG

HADIAH?
1. Tempat pertama bakal menerima seketol produk NIVEA Hand-Age Defying Q10 Plus Creme (100ml)
2. Tempat kedua bakal menerima secoet produk NIVEA Hand-Age Defying Q10 Plus Creme (30ml)
3. Yang tak bertempat pula bakal ditempatkan dalam senarai bloglist lana yang baru. hehe

Ada paham? tak paham leh tanya. baca betul2, tolong jangan gabra ok? ^_^




Bosan la blogger perempuan, asyik color pink je..

24

by

Aku bukanlah anti-merah jambu, jauh sekali menolak apa jua yang berkaitan dengan warna pink ni.. bukan juga menidakkan hak-hak individu yang minat warna ini..aku hormati apa yang korang minat sebab aku pun ada warna favourite aku sendiri.. cuma....

oii cik jah,mek jah, nek joyah..Udoh takda color lain ke gamaknya?? ate.. ce kome bayangkan, udohle bloggers girl ni ramai bertabur tebar kat dunia maya ni..pastu, bila blogwalking, 50% guna color merah jambu.. sikit2 tahan lagi.. ni satu page, dengan gambor gedik getik pun merah jambu.... sangat jambu....cisssss...

Seperti yang aku pernah beritahu sikap cepat bosanku di sini, seperti itulah jua yang aku lalui sejak kebelakangan ini... nampak je jambu, terus aku klik X (kurang asam sungguh T_T)

Maaf ya kepada follower aku yang color favouritenya color ni.. korang no hal, best2 belaka.. kalau tak, dah lama juga di 'X' kan, hahahaha, kejam2 *_*

Satu je la pendapatku, semua ada minat masing2 bukan? Aku rasa tak salah mencuba something yang baru, percayalah, kadang2 kita akan ketemu sesuatu yang berbeza dalam tempoh mencuba tu..dimana mulanya kita rasa tak kena, tapi lama2 kita yang suka ^_^

Copp!: Samala jua dalam kehidupan sebenar, jangan asyik buat yang tu je, suka yang tu je.. come on, dalam hidup ni macam2 ada, sementara diberi kurnia, manfaatkanlah iya..
(selagi tidak melanggar hukun agama ya, jangan lupa)

Ok, jangan pulak nak maki hentam aku sebab cakap tulis entry ni, rilekla..jangan cepat melatah ok? aku pun suka gak color pink tu sebenonyer,hehe


Mengandung selama 2 tahun? Ya Allah..

10

June 12, 2011 by

Selalu kita dengar dan baca kisah kehamilan yang melebihi tempoh normalkan? Dah la lebih, pastu bila time nak melahirkan, tetiba hilang.. konon si bunian nyorokkan, si setan lesapkan..tak pun, si misteri misterikan..errhhh? (Mastika la bertimbun cerita macamni dulu T_T)

Tapi, kali ni..memang kisah benar..lana tak tipu, lana sendiri pun terkejut bila tahu tadi...sebab kali ni bukan saja lebih dari tempoh normal, malah masa melahirkan pun, Alhamdulillah..anak yang dikandung sihat walafiat.. 24 bulan ok.. apa? ya...24 bulan aka 2 tahun dia pregnant... MasyaAllah..just imagine dalam tempoh sebulan pun macam2 boleh jadi..tapi dengan perlindunganNya, si ibu selamat melahirkan si anak biarpun menanti selama itu..

Tapi...anaknya tu..urmm..bukan nak perli..apatah lagi keji..cuma menyatakan apa yang terlintas dihati.. anaknya tu.. hurrmm.. hitam...tambah lagi dengan keadaan kulit...kulitnya menggerutu...urmm..

...
.......
.........
.............
.................
.....................
..........................
.....................
.................
.............
.........
.......
...

dah....nak buat macamana lagi....
dia ikut emak bapanya, sah2 la genetik tu jatuh pada anak Gajah ni jugak T_T
ngeee3 *_*

sekian

Fakta: Ya, hakikatnya seekor gajah betina bunting selama 22 bulan atau lebih..dan ia bergantung pada keadaan dimana kemarau misalnya, boleh menjadikan tempoh bunting tu lebih lama ^_^


Terkemut dan terkepit..please..

16

by

Jam menunjukkan kul 10..tenang...sunyi sungguh...rasanya..aku masuk ke bilik itu..lalu dengan rasa tenang..teruja..aku melakukan aksi-aksi seterusnya.. tiba2...

::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

Makkkkkkkkkk!!!! takda airrrrr! Ngokkk betul!

Eeeyy, tengah aku membuang ayor beso, time tu jugak mesti pomen tangki air tu wat kejanya. Halo? boleh tak encik pomen buat keja repair2 tu hari lain? Aku salu sangat da terkena. Yang terbaru, 10 pagi tadila, da bersemangat ni nak melabur 'wang2' yang aku dapat banyak semalam. Tengah2 enjoy, tetiba terus tak da air! Sabar jelah.. terpaksa terkemut dan terkepit dalam usaha menahan pelaburan aku yang tak berapa banyak lagi tu. Dan..sampai sekarang..aku masih bertahan T_T

sekian

Copp!: Tolong jangan pikir bukan2 yea :p hehe


Game bola - Penyokong tolong jangan over fanatik!

6

June 11, 2011 by

Aku paling tak suka penyokong2 fanatik bola sepak..baik peringkat tempatan atau luar negara.. tapi yang paling aku tak suka, sah2 la penyokong tempatan..malu..sebab kebanyakkannya bangsa aku juga..Aku macam kebanyakan korang, suka bab2 yang berkaitan bola sepak ni.. kalau tak reti main, hatta pegang bola sepak pun tak pernah (sadis ya amat), paling2 mesti korang pernah kan tengok game nya walau 30 saat (siaran kat berita *_*)

Yang aku nyampah..sampai tersumpah, bila tengok sesetengah penyokong fanatik bola tempatan ni, lagi2 sebuah negeri tu..korang mesti tau negeri mana kan (bikin panas..), bila kalah je, terlebih emo sudah... yang nak mengamuk sampai baling mercun, benda2 tajam tu buat pa.. boleh tak jangan tunjukkan kebodohan akal tu kat depan kamera tv3?? kalau nak jugak, balingla makanan ke, duit syiling 5 sen ke (10 keping da dpt 50sen) ada gak untungnya. budus lah korang.

Bila menang pulak, penyokong2 fanatik ni terlebih emo kat lua stadium..berjoget2 bagai nak rak..entah apa2 la.. kadang2 macam kelakar pun ada, sokong bagai nak rak.. sampai tertimbul-timbul anak tekak tu.. tapi bila pasukan kesayangan kalah or menang, bukannya korang dapat apa2 pun...paling2 ucapan dari jurulatih skuad "terima kasih datang memberi sokongan"..tu jekk.. bersederhana sudah..

Oklah..kang ada yang terlebih emo kat aku pulak.. ingat, bersederhana!


Lelaki sekarang..slowwwwww

9

by

Lana da lama kenal dia..since 2005 lagi.. we are classmate.. tapi secara officialnya, kami rapat since tiga tahun lepas.. baik orangnya.. sihat walafiat.. tapiiii...

S L O W
tak pasti nak cakap slow ke apa..

Macam ni.. lana ni boleh kata tergolong dalam jenis yang tak boleh duduk diam.. lana tak suka buat benda yang sama banyak kali, sebab lana jenis cepat bosan..lana suka jalan2, travel, suka bercampur gaul n berkawan dengan orang, i enjoy outdoor activities..paling2 jungle trekking. Lana sukakan sesuatu yang mencabar, sebab cabaran2 ni mampu buat lana rasa macam wooowww, fulamak, fuhhhh, huiyooooo..dan sewaktu dengannya.

Masalah dengan dia..dia seorang yang suka duduk rumah..tak suka bercampur gaul, kawan2nya pun balik2 muka yang itu..then, everytime we go out, balik2 pergi satu tempat ni (tak payahla sebut), selepas tu tengok wayang, makan dan balik.. selama 3 tahun..begitu.. T_T huuuuu... lana da mula rasa stress sekarang.. don't know what to say guys.. lana pernah ajak dia join camping, berbasikal, berkayak.. tapi alasan yang dia bagi tu.. aduhhhh.. "nanti basikal tu patah" "nanti tenggelam, dah la tak reti berenang" boleh pulakkk?? ya..dia memang berisi.. tapi takdala sampai tahap patah dan tenggelam akibat keberisiannya tu..

Help me.. macam mana nak bagitahu dia supaya ubah sedikit pemikirannya..lana tak pernah paksa dia..cuma bagi lana, tak salahkan kalau dia bertolak ansur dengan minat lana? lana pun kadang2 berusaha juga ikut style hidup dia..sungguh, aku tak puas hati..


Kurangnya perikemanusiaan..

4

June 10, 2011 by

Aku suka naik bas..mana2 public transport, kecuali teksi, lain2 memang aku suka naik..macam siang tadi, aku tak tahupun kat mana Uptown 2, Damansara Uptown tu..tpi cam biasa, aku main redah je sorang2..naik bas rapid kl.

Bagi aku, satu jelah yang tak bestnya naik public transport ni.. Pemandunya. Apa? iya.. pemandunya, pak driver tu lah. Aku tak kisah mana kalau bas penuh macam tong sardin, da nama pun bas awam. Aku pun tak berapa nak hairan kalau dlm bas tu aku seorang je rakyat Malaysia..yang lain Negro, Indon, Bangla.. tapi paling aku menyampah bila dapat pemandu kurang ajar.. da la ajarnya kurang, akal, adab semuanya serba kurang lah..

Macam tadi, on the way aku ke damansara tu, awal2 lagi aku dapat rasa pemandunya termasuk dalam kategori kurang2 tadi...tengok air muka pun da tahu. Sah, memang kurang sifat manusianya.. asyik hilang sabar je dia..bila kenderaan depan slow skit, mula la dia hon.. asal tak kena je hon, pastu hon, hon lagi. berapa puluh kali entah dia hon dalam perjalanan nak ke damansara tu..bingit telinga aku T_T.

Tak cukup dengan tu, mentang2 la bawak bas besar, suka2 hati nak potong line org lain. potong cara berhemah tak pa, ikut line kanan.. ni lorong belah kiri..yang paling tepi ok, tempat motor2/kereta berhenti, lorong kecemasan la senang.. bayangkan bas saiz gegak gempita tu seboleh2 nak lalu situ sebab tak sabar2.. hishh..aku yang stress dalam bas tu...

Tolonglah..sebelum keluar memandu, pasangkan niat, nak memandu dengan sabar dan baik..percayalah, hati dan minda akan bersatu untuk realisasikannya..InsyaAllah.


Kecikkan paha dan punggung!

8

June 9, 2011 by

Wowowowo..sedar tak sedar da nk hmpr sebuln lana tak kemas umah lana ni..bersawang sudah T_T. Urmm, ada la sebab2nya yg tak perlu nak digemburkan kat sini.

Alhamdulillah, kembali lgi menulis entry. Tak ada pa yg best pun nak citer, cuma lana nak minta pendapat korang macamana nk kuruskan bahagian paha n punggung ni T_T.. sedihla.. balik kampung baru2 ni asyik kena perli je dgn makcik2 n pakcik2 (walhal depa punya lagi la besaq, mcm tong deram, cissss)

Petang ni nak berjogging kat tasik, lama da tak buat. Jom la sama2 jaga kesihatan dgn bentuk tubuh badan. bukan pe, bila sihat, cantik, kita otomatik memg jdi lebih confident..hurmm..

Ok, share ek camna cara korang jaga badan ^_^ tq


Powered by Blogger.