Libasan seorang ayah


Seingat lana, kali pertama ayahanda 'memukul' lana, waktu tu umur dalam 7, 8 tahun. Bukanlah memukul dalam erti kata menampar, mencubit dan sewaktu dengannya.

Yang sebenarnya berlaku, selepas Maghrib, ayahanda akan mengajar mengaji macam biasa. Entah lah, bila fikirkan balik, memang salah lana. Tapi masa kecil2 kan, mental pun singkat lagi. Selepas Maghrib malam tu, ayahanda panggil mengaji seperti biasa.

Lana pun tak ingat kenapa lana bad mood malam tu, mungkin kepenatan bermain disiang hari. Ayahanda minta lana membaca beberapa helaian, sama je seperti malam2 sebelumnya. Tapi, sebab kepenatan agaknya, lana mengomel ngomel, mengada-ngada "taknak, banyaknye nak kena baca" pastu siap buat mimik muka, garu2 peha, lengan tanda tak puas hati. Ditambah lagi, saja membacanya dengan lambat2. Sekali tu..

ZAASSSSSSS!!! "Nak kena lagi??"

"huuhuuu..mmh,mmh..taakk nakkk..huu huu..bismillah..huuu urmh..hirrahman..mmh, mmh, nirrahim.."
http://www.emocutez.com

Free2 je dapat libasan tuala dari ayahanda, padan muka. Mujur tuala, takda la sakit mana. 


Comments

Anonymous said…
kita pun pernah kena. masa tu darjah 4 sebab asyik melompat atas katil. hm.
eLL said…
hehehehe...kelakar pun ada cerita lana ni

Popular Posts