Puji VS Hina


Bersyukurlah yang diberi puji, bersabarlah yang dituduh hina.
Pujian tidak semesti dari seorang kawan, hinaan belum tentu bersumber dari seorang lawan.

Berhati-hati dengan pujian, jika kurang pedoman, kelak memakan tuan badan,
Selalu kejatuhan bermula dengan sekecil kuman pujian, bukan sebesar gajah hinaan,
Dipermulaan, segala puji rasa asyik didengari,
Selepas mendengar sekali, mengharapkan ia diulangi,
Ketahuilah itu semua mainan makhluk Si Api.

Hina..sering dipandang duka, diangkat sebagai seksa,
Sedangkan bukti adalah sebaliknya, dengan hina lahir rasa cinta, yang membawa kesyurga,
Jangan merasa pilu bila dicebik, diherdik dan dicerca,
Memang asal sifatnya dimula dengan rasa tidak bahagia,
Tapi, ketahuilah, diakhirnya Allah itu sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang setia.

"Kita hanya hamba padaNYA..segala puji kepada pencipta, segala hina asalnya dari kita"
- Lana - 

Comments

najihahfara said…
kesimpulannya bile kene hina org lambat laun kite akan dihina juga..begitu sebaliknya
1 said…
Salam..betul tu lana..
kadang2 kita mudah terbuai dgn pujian..pastu jadi lalai..
hinaan pula xsemestinya negatif..ramai je org berjaya sbb hinaan jadi perangsang utk berjaya..

pa2 pun kena selalu sedar diri..kan?
APAN said…
malas la nak puji gini...nanti mkn tuan badan.x pasal2 ko x update.haha...

pemerasan kepala nampaknya :)
Jajas said…
sy xsuka di puji...hehe
Cik Azz said…
That's why akak tak suka nak memuji dan tak suka dipuji... Sebab akak memang tak layak untuk menerima segala puji2an itu.. Malahan, kadang2 malu bila orang memuji untuk sesuatu yang dirasakan tidak patut dipuji.. :)

Puji-pujian hanyalah untuk DIA yang SATU..

Popular Posts