Tutorial and "Credit To"
Kagum dengan kerajinan sesetengah blogger yang suka buat tutorial bagi membantu blogger lain.
Yang tak kagumnya bila, di akhir tutorialnya, blogger tu suruh:
"Boleh copy paste tutorial saye, tapi jangan lupa kreditkan kepada saye yea nanti"
"Nanti linkkan entry tuto anda ke blog saye yea!"
Cuba baca dalam keadaan gedik2 skit.
Tak adil rasanya anda buat macam tu. Sebab saya yakin, anda pun Copy Paste jugak dari pemilik asal tutorial tu. Yang lebih teruk, anda tak tahu pun siapa sebenarnya yang buat tutorial tu. Anda sendiri pun tak pernah meng'kredit'kan sesiapa pun dalam tutorial anda sekian2 tu. Recycle Copy Paste ni mudah saje: Si A copy dari si B, si B copy dari C, C copy dari D dan seterusnya.
Dan selalunya, sesuatu tutorial tu pun lebih kurang sama je semua. Bezanya cuma pada background post entry bagi tutorial sekian2 tu kan?
Bukan ke ilmu untuk dikongsi?? Kalau berselindung disebalik kredit2 ni, urmm, entah, kita sendiri dapat rasa kelainan dihati. Ikhlas ke tak ni. Ilmu tu tak sampai setitik pun dari air laut yang terbentang luas dimuka bumi ni. Malah sesuku dari setitik tu pun jauh lagi nak ditujui.
#sekadar kemusykilan, tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa.
Comments
Kalau doodle ke ape boleh laa letak credit to kan ;)
Tutorial xpayah sgt sebab semua pakai google n turun temurun je . haha
Menulis kerana glemer atau nama...?
Senyum2..
tp yg prnting ilmu yg dikongsi
Ety rasa, hak individu untuk letak credits ke tak. samalah in life pun, kite kalau nak buat baik, tak perlu disuruh2. tak perlu nak minta balasan.
bile letak pesanan macam tuh, nampak demanding.
ikut suka kita la nk credit or not, kalo rase nk credit disebabkan usaha die mencari kod or tutorial bg memudahkan kita why not kita ltk kan credit utk die kan.. espescially kalo tutorial tu kita nk sgt and dah lama cari xjumpe2 than ttbe die buat tuto tu why not kita credit dkt die sbg tande penghargaan die mencari tuto or membuat sendiri.. tp yg penting ilmu itu perlu dikongsikan yer setuju dgn cik sop..hehe
thanks yer... soorry kalo ade yg terasa yer.. hehe.. jom teruskan membuat tutorial bg memudahkan rakan2 blogger kita yg lain.. thanks..
semua orang main copy paste saja tapi takkan semua nak letak credit. dari A-Z la. haha. nak senaraikan semua memang susah sangat. :)
kalau tak credit, sumpah macam2. hmm.
Contoh
"kalau buang credit, muka berjerawat sampai tua"
sje mlas . lbh sng cri tutO yg ikhlas nak kongsi ilmu .
huahuahaua