Allah Maha Mengetahui
Semasa saya buat entry "Terasa kerdil diri ini..", saya mendapat respon yang baik sekali dari setiap yang membacanya. Sini, saya sekadar ingin berkongsi bait2 ini, sebab ianya sangat menyentuh hati saya. Terima kasih pada saudara Aizat, yang memberi kebenaran pada saya untuk menuliskannya kembali disini..
"Allah punya perancangan Maha Baik. Allah Maha Tahu. Setengah orang Allah jadi dia putih suci dari awal lagi kerana dia lah yang menjadi rujukan ilmu. Tapi setengah orang macam anta Allah jadi hitam sikit dulu, kemudian diputihkan pula, supaya orang macam anta faham perasaan dan keadaan masyarakat sekeliling macam kawan-kawan anta, jadi senang untuk anta tanam cahaya iman dalam hati mereka sebab anta pernah dulu dan rasa hidup mereka. Jadi bila anta faham, anta tuntut ilmu, senang untuk anta dakwah. Jadi jangan pernah rasa rugi dengan ketentuan Allah".
Comments
Dulu, saya pernah tnya diri, kenapa saya perlu lalui semua itu..rupanya baru saya sedar..baru saya faham..Kerana Allah mahu saya belajar memahami. Jgn cepat menyalahkan kesalahan org lain, sebab mungkin mereka tidak memahami, hidayah belum sampai kepada mereka..anggaplah itu ujian buat mereka..yang paling penting, jgn cepat buruk sangka..
Moga Allah Redha..
Semakin banyak ujian yang mendatang, bermakna semakin Allah sayangkan kita... Kena sentiasa berfikiran positif...
Tapi tu la.. Kadang2 kita yang lemah ni terlepas cakap jugak.., kann... huhuhu...
Entry lebih kepada Muhasabah, sebaik2nya kita cermin diri sebelum cermin org lain. Sesungguhnya itu yang terbaik sebagai manusia yg sentiasa ada kelemahan diri. Yg sempurna adalah Dia. Tq kongsi..ada suara hikmah dan terkesan, maksudnya sampai ke jiwa saya.teruskan karya .
~Bersangka baiklah dengan ketentuanNya. . jangan berkecil hati. :)
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah, lagi kita diuji bererti Allah sentiasa memerhatikan kita.
Bersangka baik dengan Allah.
http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/cara-pasang-google-badge.html
penting sgt, para pendakwah perlu tahu setiap ltr blkg masyarakat sekeliling. barulah mudah utk membimbing. Klu ada ilmu yg hebat tp cara penyampaian xsesuai dengan realiti sasaran, xkan berhasil :)
itulah saya kak. sungguh , saya punya titik hitam dalam hidup. tapi sekarang , Allah dah tunjukkan pada saya. beza antara HITAM dan PUTIH.
moga saya istiqomah dalam perubahan ini..
:((