Banyak + Tinggi = Amanah + Tanggungjawab berganda
Sebagai blogger, saya akui, saya mahukan ini: populariti, follower beribu, beratus pengkomen tegar, entry yang berkualiti, trafik tinggi, penampilan blog yang lebih kemas/cantik, rasa dihormati dan dihargai, ehh, macam2 la lagi.
Tapi saya sedar..
Semua yang saya nak memerlukan usaha, daya tumpuan, kerajinan tahap tinggi. Itu, tidak menjadi masalah, atau bebanan utama. Yang merisaukan saya, amanah dan tanggungjawab, bolehkah saya memikulnya dengan baik?
Kita, buat sesuatu, ikutlah kemampuan. Jangan semata2 mencari kemegahan, lalu amanah dan tanggungjawab diabaikan.
Saya ambil contoh mudah, senarai blogger di bloglist saya, mereka yang tersenarai bukan sekadar yang join segmen saya, bahkan saya kumpulkan sekali dengan yang lama saya kenali, yang baru ditemui, dan yang meletakkan saya didalam bloglist mereka, baik secara diberitahu, mahupun secara senyap sunyi.
Dan, bloglist tu, bukan semata2 nak tayang disitu. Saya rasa ada keperluan, rasa bertanggungjawab untuk menjengah satu persatu, biarpun mereka tiada entry baru.
Kesimpulannya, harga yang perlu dibayar, adalah tinggi..untuk sebuah populariti dan cita-cita tinggi. Kita perlu bersedia untuk berkorban, bersedia menyahut cabaran, dan bersedia berdepan dengan tanggungjawab dan amanah. Tanpa persediaan, percayalah, satu masa, bila anda tidak mampu menguruskannya, terdetik dihati "ini merupakan sebuah bebanan". Tidak..kita tidak mahu begitu.
Comments
insya-allah.
Akak cuma melahirkan apa yang akak rasa.. Semuanya terpulang.. Jika ada yang nak baca dan dapat sedikit ilmu, alhamdulillah..
Jika tak nak baca pun tak apa.. Sebab prinsip akak tak suka nak memaksa.. :D
sumpah!best bace blog ni.....
by Tyntha Lana^^
Nak jadi blogger yang dikenali dan dihargai hasil karyanya pasti memerlukan pengorbanan..
Terutamanya pengorbanan dari segi masa..
Tapi ary tak ada masa nak menjengah semua blog..
Caner tu?
HUhuhuhuhu..
tapi sejak kenal lana dan kawan2 yg lain nasir rasa seronok berblog bukan untuk kejar trafik atau glamor tapi lebih kepada kemesraan dan keakraban kita semua dalam persahabatan maya ini.. thanks lana..
sori ayat berterabur..huhu
Pasal nk trjah bl0glist, kdg2 mls. Hehe.
Entri kita pun perlu menampakkan kematangan seiring dgn usia bl0g.