Ilmu perlu dicari, kematian datang sendiri
Ilmu..sifatnya perlu dicari.
Bukan ilmu sahaja, bahkan segala yang kita mahu, hendaki,
Baik bersifat duniawi atau ukhrawi, kita perlu mencarinya sendiri.
Satu-satunya yang mencari diri,
Ia tidak pernah terawal..terlewat barang sesaat.. kematian.
Ajal datang menjemput, tanpa mengira darjat, upaya, usia.
###
Tanggal 8 April yang lalu, ulangtahun kelahiran ke-20 buat arwah Siti Salwa. Beliau merupakan sepupu saya, pemergiannya disebabkan jangkitan otak. Segalanya berlaku begitu pantas, pada hari Jumaat, 20 Mei 2011, seluruh keluarga mendapat berita tentang kepulangannya menghadap sang pencipta.
Baru2 ini, saya menjengah ke Facebooknya.. terasa pantas masa berlalu, lebih kurg sebulan lagi, genap setahun arwah berada dibarzakh sana..Dalam keluarga kami, arwah paling awal pergi menghadap Ilahi..pada hari kejadian, terdengar bisikan ayahanda dan adik beradiknya.. "anak buahku pergi dahulu dari diriku..".
Buatmu Salwa..biarpun kita jarang bertemu..sedikit sebanyak, aku merasa rindu..nantikan kami semua, untuk bergandingan bersamamu..apabila tiba masa kami..meninggalkan perjalanan yang singkat ini..
Comments
Utk mereka yang telah pergi..
* mengingati mati merupakan salah satu dari 1001 langkah untuk kita mendekati Yang Maha Pencipta...Dengan mengingati mati,kita dapat mengimbas kembali segala amalan kita,adakah amalan kita sepanjang kita hidup di dunia ini sudah cukup untuk menjamin syurga untuk kita :)
Semoga berada dalam kalangan2 orang yang beriman.
Dan kita yang masih hidup? terus mencari ilmu untuk kebaikkan dunia dan akhirat.
dalam kita hidup sehari-hari menjalani kehidupan didunia ni, kita juga kena ingat pada kematian.. barulah tersedar bahawa dunia ni hanyalah sementara dan tempat untuk mengumpulkan bekalan yang secukupnya di alam sana...
Semoga rohnya tenang di sana...
betul kata lana, ilmu perlu dicari termasuklah hidayah.. alasan sstgh org yg berkata, "ala...tggulah dtg seru dulu" lgsg xberasas.. harta dunia pandai cari, bekalan ke syurga malas nk cari..