Sahabat baik saya dialam maya - sesi 2



Setiap blogger ada cara sendiri menghargai follower mereka bukan? Terpulang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing2. Saya tidak tahu bagaimana nak menghargai, sebab tu lah saya keluarkan entry2 seperti ini. Saya cedok pengalaman blogger lain, lalu saya applykan disini. Maaf kalau ada yang kurang selesa dengannya.

Di Sesi 1, saya sudah perkenalkan 6 orang. Dan, sesi kedua dan terakhir ini, 6 orang juga. Sebenarnya, ramai lagi..tapi, cukuplah yang 12 ni..dikhuatiri, ada yang jemu nanti,hehe. Ok, kita teruskan.

Kemunculan pertamanya, dientry yang sama dengan Amir. Trademark dia: Aku Suka, Aku Kongsi. Dia memang banyak berkongsi, entry2 yang santai, gambar2 yang santai. Blognya antara pilihan kalau saya mahu bersantai. Berapa banyak santai aku ni?hak3. Dia penanda aras saya, rasa2 macam diri ni terover, takbur terlebih dalam dunia maya, segera saya ingat kata2nya, "kalo satu hari, ko ada kat atas, jangan lupa pula aku kat bawah". Terima kasih..

Seingat saya, awal kenal dulu, dia bahasakan dirinya, AbgMacho. Puihh, geli. Hahaha. Lebih muda dari saya, tapi, kalau baca entry2nya, tersentap dibuatnya. Bukan apa, kalau anda nak mencabar minda, melatih diri untuk bertukar2 pendapat, pandangan, silakan berkenalan. Entry nya serius belaka. Banyak sebenarnya persoalan yang boleh dibincangkan bersama dengannya, tentang apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Semoga apa yang diusahanya mendapat balasan setimpal diakhirat sana.

First time caliph tinggalkan komen, saya terus singgah membalas kunjungan. Tiada apa2 yang terlintas, melainkan dalam hati.."peminat budaya Jepun ke ni?" Hehehe. Rasanya ya, berdasarkan pengamatan saya. Kalau ditanya apa kelebihannya dalam dunia blogger..saya rasa, dia cool. Ringkas dan rajin meninggalkan komen dan shoutnya dimerata2. Antara yang saya kerap jumpa kalau saya BW kemana2, hahaha. Semoga berjaya menggenggam kerjaya yang dicita.

Mula2 dulu, dia tak habis2 mengugut dengan kata2nya, nak boikot saya. Tapi, sampai kesudah, takda la plak dibuatnya. Kali pertama dia nak memboikot saya, semasa saya menulis entry tentang Blogger Otai Pilihan Saya. Merajuk la tu, namanya tiada. Sekarang? Dah maju dah, saya nampak perubahan ketara semasa diawalnya hinggalah kini. Arul, terima kasih sebab tak jemu baca entry roti aku sebelum ni, kih3.

Panggilan saya buatnya, Dik Ida. Perkenalan bermula semasa saya buat sesi Bloglist yang pertama. Dia antara yang sudi memeriahkannya. Masa mula kenal, seingat saya, ida masih belajar lagi. Sekarang, dah keja. Kedai barang kemas lagi. Rasa2 nak beli emas, singgah la melawatnya. Boleh tak akak dapat diskaun nak beli cincin?hak3. Citt, sempat lagi. Dalam dunia blog, sudah jauh dia meninggalkan saya. Apapun, semoga dia beroleh kejayaan dalam apa jua bidang pilihannya.

12. KAK AZZ
Permulaannya, kak azz meninggalkan komennya dientry saya, Ceritera "Datang Bulan". Sejak itu, saya mengenalinya secara perlahan2..perlahan sangat, heh3. Semenjak saya mula kembali berblog selepas 3 bulan, barulah jalinan persahabatan semakin rancak. Akak azz ni, pada saya, peramah. Tak lokek menyuarakan pandangan dalam setiap persoalan, bebelan di entry2 saya. Semoga akak berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih Apan, Mujahid, Caliph, Arul, Adik Ida dan Kak Azz.. :) Semoga kita sama2 beroleh manfaat diatas persahabatan kita dialam maya ni.. Amin..


Comments

Cik Azz said…
Wakakakaka...

Jenuh akak scroll cari mana komen akak.. Adehh...

Btw, thanx ya Lana.. Bagi akak, ilmu harus dikongsi.. Kadang2 tu kedekut jugak.. kehh3..

Pasal Avail tu, takkan tak nak cuba kot.. Kalau nak cuba, boleh bagitau akak.. Akak boleh tolong pos kan.. Berbaloi2 guna Avail ni.. :D
Unknown said…
Tahniah pada mereka ya, semoga jadi sahabat yang membawa kenangan maya terindah Tylana ya..
Muttallif said…
Walaupun nama taliff ada pada sesi pertama, Taliff akan terus ucapkan Terima Kasih kerana menghargaii. :)
Unknown said…
semoga persahatan akak dengan dorang kekal selamanya.. ^_^
caliph shuriken said…
owh, seru nama sy kt sini..
yup, sy mmg simple ^^

arigatou lana utk doa tu..

*hepi blogging semua...
Anonymous said…
papepun, tq la...bnyk orang sekarang semakin pyh nak bagi link2 camni. baik tol kakak. haha...

nasib baik xde sebarang unsur kutukan kat situ. cuma tang penanda aras tuh, mcm kelakar. malu pun ada komen camtu. haha...
Unknown said…
terbaiklah...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/buat-pilihan-amat-menyusahkan.html
Sis AI said…
InsyaAllah akn check it out diorg smua ni! Yela, sy ni pun nk join dgn segmen.. Ada sbb trsendiri.. Kna guna kreativiti utk mnghrgai yg sudi bca blog kita..
nasir hamzah said…
tahniah pada nama yg diatas, insyaAllah akan diterjah.. hehe..
Reena Sidek said…
semoga persahabatan ni kekal dan semakin erat... :)
mujagirl92 said…
eh,, ada nama mujahid... hehe..
uncle said…
teringin nak masuk dalam senarai hihihi
Cik Kay Jue said…
ea eh, Caliph Shuriken pun ada dalam senarai? hehehe.. betul tu kak dia memang simple.. kadang2 suka menyakat tau tak.. hehe..


wah meriah dunia blog kak lana.. ramai kenal bloggers yang rapat2.. :)
Unknown said…
hehe siap promote kedai emas tmpat sy kerja lg.. mestilah boleh diskaun kak.. akak dtg kt kjg nnt kita leh nego harga. hee :)

sy sudah jauh tinggalkan akak? err mana ada la kak. ni ada sekali kt sebelah je ni :P

hehe even masa akak menyepi dulu, sy ada gak menyinggah. kdg2 saje je nak tau bile la akak nk update. sbb kt bloglist xgerak2 pun. tp akhirnya skrang akak dh aktif blogging balik. yeay mehh kita sama2 berblog ye kak.

panjang benar komen sy. haha terover!

Popular Posts