Skeptikal
Ada suatu masa, dimana, apabila ada insan bertanyakan lana berasal dari mana? Lana menjawab, "Saya asal KL". Dan yang bertanya pula, "Owhhhh..".
Lana bukanlah hendak menzahirkan rasa buruk prasangka, bukan juga nak cepat terasa ke apa. Tapi, apabila menyatakan asal usul saya dari Kuala Lumpur, pihak yang bertanya seolah2 skeptikal terhadap perkataan KL, apatah lagi terhadap diri yang ditanya ini.
Tak tahulah apa sebenarnya yang bermain difikiran mereka. Cuma apabila berkali2 berdepan dengan situasi yang sama, lana cuba mengelak dengan menjawab, "Saya asal Danau Kota". Ajaibnya, kebanyakkan tidak pula menunjukkan tanda2 seperti 'KL' tadi. Tapi, kalau ada yang bertanya semula, "Danau Kota tu kat mana?". Saya jawab, "Kat KL". Maka, hatta dan sesungguhnya, berlakulah sekali lagi insiden skeptikal tdi, "Owhhhh...".
Barangkali, anda juga pernah mengalaminya.
Ya, situasi yang berbeza, tapi dengan skeptikal yang sama.
Sesetangah kita, terlalu mudah terpengaruh dengan cerita2 yang didengarinya.
Sebahagian pula, terlalu mudah percaya dengan apa yang dilihatnya.
Comments
hehehe..
Itu okay lagi kot.. Berbanding dengan akak, lagi la panjanggggggg oooowwhhhh dia... sebab akak orang N9...
Telan je la apa yg orang kata.. Yang orang fikir tu, lantak dorang la nak fikir apapun haiihh...
"Sekarang KL dah tak macam yg awak sangka..." so org yg bertanya terkedu sendiri...
hahah cuba la... :P
Mungkin tidak ada lagi yang boleh dibincangkan, itulah yang menyebabkan hanya tinggal "owh" sebagai jawapan.
Mungkin :)
Balik kedah di cop budak KL, sampai dipulaukan kawan-kawan sekolah dulu.
pernah jugak terjadi situasi camtu
bila org tanya asal mana, ain jwb kl, mesti org buat muka!
diorang igt kl ni buruk sg ke..
sgt gerammm...actually, org kg. yg dtg kl tulah yg buat kl jd busuk..
haha, geram sgt nih..
kalau balik kg kat johor tu lg dahsyat dr kl tahu ?
cousin ain yg kat johor tu siap blonde rambut perang lagituh..pakaian jgn ckp lah =,='
kdg2, diorang plak yg rasa malu bile tgk ain n adik pakai tudung ngan baju yg sopan..
so, tak payah nak skeptikal sgt lah kan..mana2 tempat pun same
yg penting diri sendiri, nak pilih yg baik or buruk..
sekian~ *sorry pnjg sgt, geram nih..hehe :P
pernah jugak terjadi situasi camtu
bila org tanya asal mana, ain jwb kl, mesti org buat muka!
diorang igt kl ni buruk sg ke..
sgt gerammm...actually, org kg. yg dtg kl tulah yg buat kl jd busuk..
haha, geram sgt nih..
kalau balik kg kat johor tu lg dahsyat dr kl tahu ?
cousin ain yg kat johor tu siap blonde rambut perang lagituh..pakaian jgn ckp lah =,='
kdg2, diorang plak yg rasa malu bile tgk ain n adik pakai tudung ngan baju yg sopan..
so, tak payah nak skeptikal sgt lah kan..mana2 tempat pun same
yg penting diri sendiri, nak pilih yg baik or buruk..
sekian~ *sorry pnjg sgt, geram nih..hehe :P
CKJ pula kalau orang tanya asal mana, selalu confius... tak tau nak jawab sama ada KL atau perak.. sebab CKJ da 17 menetap di KL tapi berasal dari perak.. huhuhu...
CKJ pun ada juga kena macam tu.. may be la drp pandangan CKJ, mereka fikir KL ni tempat sosial, atau pun tempat orang banyak duit, orang KL ini moden... may be... kan? hehe ish.. tak baik da CKJ bersangka buruk.. huhuu..
mungkin juga mereka da buntu nak tanya apa.. sebab tu mereka kata.. owwhhh.... hehehe....
Klu org yg bertanya tu xpernah dtg KL, mrk akan kagum..perkataan KL tu sgt gah bg mrk.haha..
lain tempat, lainlah pandangan mrk ttg KL. Lain org, lain jg pndgn mrk ttg KL.
Bg sy sendiri, ok je KL ni..xda masalah.hee..
kesimpulannya, lana rilek jelah bila jumpa org mcm tu..senyum je :)
biasa jugak kena situasi macam lana nie.. pernah kena lagi dasyat dari tu.. bila aida cakap aida asal KL terus dia cakap padan la berlagak dan eksyen.. erkk.. ada yang sebaliknya kalau kata kita dari KL mereka hormat bukan main. ragam manusia.
(Klang maaaa...oowwhh)
Org Sabah bah ..
KL ...terbaik
momoy kerja di tgganu
kalau orang tanya orang mana
bila momoy jawab "org KL"
dan mesti ada bunyi..."owhhh"
diikuti "kenapa x kerja sana?"
ok pe KL...mcm aku ##########...bila orang tanya, aku jawab #########....mesti dorang "HAAA????" (mcm x penah dengar) haha...mostly
Mind set perlu diubah, kita cakap tempat tu teruk, kita pernah pergi ke kat tempat tu? pernah kah kita bergaul dengan masyarakat di tempat tu? kalau pernah pergi mungkin kita pergi tempat yang salah dan bergaul dengan orang yg salah dan teruk, sedangkan banyak lagi tempat2 yg betul dan bagus untuk bergaul.
Pergi tempat orang hormat tempat orang..