Alone


Keseorangan, ditafsir dengan pelbagai haluan.

Tiada ibubapa sebagai peneman,
Tidak punya adik beradik untuk bermain bersama ditaman,
Tiada sahabat untuk dijadikan cerminan,
Tidak punya pasangan hidup untuk berkongsi perasaan.

Punya sedikit harta untuk bersaing sesama manusia,
Rendah pangkat jika dibandingkan yang lebih berdarjat,
Kurang upaya jika diletakkan bersama dengan yang lebih sempurna,
Tiada rupa apabila digandingkan bersama peraga.

Maha Suci Allah yang menciptakan kita semua.
Kita sememangnya dilahirkan keseorangan,
Kembali pada waktu kita dilahirkan,
Keluar dari rahim ibu, baru kita belajar erti berteman.

Suatu masa, kita akan dipanggil Pencipta.
Kita juga akan berdepan saat itu keseorangan,
Moga sementara masih diberikan sisa-sisa hidupan,
Laluinya dengan penuh kesyukuran dan keredhaan.

Alone
Kepada: Anda
Daripada: Saya, Lana :)


Comments

nasir hamzah said…
thanks lana cukup memberi keinsafan.. penulisan yang penuh pengertian sebuah kehidupan..
aizamia3 said…
kita akan keseorangan juga nanti..
~Cik Sweety~ said…
penuh pengertian.. dan peringatan..
dah la tgh gundah gulana. baca ni, bertambah gundah bergulai gulana terus. :(
Ety said…
Lana. nice :)
Nurul Farhan said…
suka dgn setiap baris kata. dprd mula hinggalah ke akhir perkataan..
penuh dgn makna dan pengertian..

thanks lana.. =)
Anonymous said…
im touched :')
Elih Japahar said…
Biasalah tu ^_^ pasti kita semua pernah merasainya..sabarlah k..nice entry
Unknown said…
Bersendirian buat manusia berfikir.. apa, kenapa, bagaimana... dan dipengakhirnya.. semua itu akan terjawab juga... apabila semua di keliling kita... melangkah pergi... dan kita akan sendiri buat selama-lamanya...
APAN said…
semoga cepat kawen supaya tidak keseorangan...buat anak banyak2 tau... :)
gnesop said…
semoga bekalan kita cukup apabila dipanggil nanti kerana kita keseorangan
Dua Qurun said…
terbaik...



btw tengkiu...
Unknown said…
Nice entry..
Peringatan kepada kita semua untuk lebih bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi :D
Muttallif said…
hidup kita akan sentiasa keseorangan. Tapi penuhinya dengan teman dan sahabat yg akan sentiasa bersama kita. Juga sentiasa ingat Yang Maha Esa sentiasa bersama.
Eein Azryn said…
Peringatan untuk kita.

Kat dunia kita berteman, bila dipanggil nanti kita keseorangan. :)
Unknown said…
wah..nice sharing..hidup kite bermula dgn keseorgn n berakhir dgn keseorgn jugak..^^
Kakzakie Purvit said…
Betapa kerdilnya kita dibumi Allah yg sementara ini...
Cik Kay Jue said…
apa-apa yang berlaku kita keseorang.. amalan kita ibadah kita.. kita yang menanggungnya,..
peringatan mendalam
nice dear =)
Munira Yaakop said…
yupp..tkut bla msa 2 tba ;(
NasQ said…
dalam kubur pun sengsorang gak nanti...
shedameor said…
hargailah kehidupan yang ada :)
caliph shuriken said…
noted.. nice sharing :)

Popular Posts