Ingat status diri anda
Apapun yang anda lakukan, baik di luar rumah, di pejabat, di shopping complex, di taman, tanpa mengira masa, baik pagi, petang, siang dan malam. Tolonglah beringat, bukan ingat sedikit2, beringat banyak tentang STATUS diri yang anda pegang sekarang ini.
Lebih2 lagi jika anda memegang title seorang AYAH, ABAH, DADDY, EMAK, MAMA, UMI, SUAMI, ISTERI, HUBBY dan HONEY.
Jaga perilaku, perkataan, biarpun anda sedang beronline. Mungkin, kalau diluar, anda agak berhati, pandai cover line. Mentang2lah atas talian, itu tidak bermakna anda langgar terus pagar sempadan. Alasan seperti, "my hubby sporting" atau "orang rumah aku tak kisah", tidak digalakkan. Bukan tidak risaukan hubby/orang rumah, tapi lebih risaukan sejauh mana 'kekuatan dan ketahanan' jiwa anda sendiri.
Dan, yang terutama, buat yang SINGLE, seperti saya (single ke? buwahahaha), lagi banyak perlu dijaga. Sebab, kita biasanya fikir, "alah..aku single, boleh buat apa yang aku suka". Jangan begitu, bahayanya single ialah, anda terpaksa 'menjaga' diri sendiri, sebab kalau nak mengharapkan orang lain menegur, entah bila nak menunggu sampai ia terjadi.
Sekian, peringatan umum ini dibawa khas dari Kementerian Lana, The Journey Begins..hak3.
Comments
sampai bila kak? heheh
Saya pun single ^_^ hahaha.
Lagi satu yang akak tak suka nak tengok ialah orang yang suka tulis ptuuiihh... Kalau nak meludahpun, biarlah ditempat yang bersesuaian.. Jangan meludah merata-rata.. :D
Macam tak sesuai je bila seorang perempuan yang menulisnya.. Apatah lagi jika dia masih single.. Tapi memang ramai je yang tulis macam tu, di mana sahaja..
*Pesanan ikhlas dari CCCA.. :)
klu solo jgn diri sendiri dulu elok2 jgn sibuk kacau orang lain
sekian.
diri sendiri kena ingat...
jgn sampai org lain yg kena ingatkan... malu rasanya...