Menikmati kehidupan


Google Image

Antara perkara-perkara yang saya buat dalam menikmati kehidupan yang saya lalui sekarang ini:

1. Minum secawan kopi Nescafe yang panas, duduk bersantai belah belakang rumah, tempat dimana mesin basuh dan penyidai ada disitu. Sambil merenung pemandangan yang ada.

2. Makan dua potong kek berperisa (ke berperasa?) peppermint. Beli di pasar malam Presint 2, Putrajaya. Dua potong, RM5. Sambil makan, sambil tengok cerita kegemaran. 

3. Sekali sekala, melakukan aktiviti mewarna dan bermain teka teki dengan Hanan, 6 tahun. Paling best, setiap kali buat aktiviti, sayalah pemenangnya. Sudah tentulah kan.

4. Memandu laju dilebuhraya yang baru dibuka. Bila dah bergegar semacam, barulah insaf. Takdala laju mana, 120km/h saja. Sesuailah pun dengan jenis kereta.

5. Rasa nak menangis disebabkan perkara lain. Tapi, untuk tujuan penyamaran optimum, play saja cerita2 yang sedih, kemudian banjirkan diri dengan air mata - gabungan sedih disebbkan perkara lain dengan sedih melihat babak sedih. 

6. Dan...menjauhkan diri dari laptop, internet dan handphone selama beberapa hari. Huh, inilah satu-satunya perkara yang sehingga sekarang, agak kurang berjaya. Baru sejam, dah terketar-ketar nak check handphone dan online, ehehehe.


Comments

NasQ said…
120 je pun... ce try bawak 160km/j... baru syiokkk...
Izwa Kamaruddin said…
gadget tak mampu ku jauhhh kan...hehehe..
Reena Sidek said…
salam lana... sy paling laju bawa kereta 80km/j jer... tu pun kadang2 takut...
yg no6 tu memang sukar nak dijauhkan... huhuhu
nset n online da sebati dlm diri hehe..
Ety said…
hehe. Lana, kalau yang aktiviti mewarna tu, Ety suka. sebab Ety pun buat. haha :D
Unknown said…
no 3 paling best!hehe
~Cik Sweety~ said…
point last skali paling kelakar..nmpaknya cik lana harus d hipotesis..hihihi
aizamia3 said…
ok.. part paling ai suka pandu di lebuhraya.. gggrrr... tak sabarnya nak tunggu habis pantang.. rasa ketagih nak 'cucuk belakang' hahaha..
Unknown said…
cik lana nampaknya misi anda yg ke 6 itu tidak berjaya keh keh keh... ha ha ha adoai... lawak la lana ni... tpi bagus gak x le PPP sunyi sepi... ^^
Unknown said…
cik lana nampaknya misi anda yg ke 6 itu tidak berjaya keh keh keh... ha ha ha adoai... lawak la lana ni... tpi bagus gak x le PPP sunyi sepi... ^^
Unknown said…
Point no.6 tu pun kalau saya memang tak boleh jugak Cik Lana . hehe ^_^
Cikpijaaa said…
nset n online mmg xboley tinggal. Ngee :DD
Abang Karu said…
sehari x on9 rasa mcm nk demam hehehee
Jajas said…
lana terfikir x nak buat mee goreng smbil korek tlinge guna jari kelengkeng...hehe
..cik hana.. said…
banyak lagi aktiviti best lana kena cuba ... geletek perut kucing sampai kucing tu ketawa ke, lastik cicak ke....dan yang paling best bila tengok ada family tido,pegang kaki dia and geletek tapak kaki dia laju2..automatik aktiviti tu akan buat kita rasa seronok... kehkeh :)

# pssttt,jangan bawak kete lelaju yer dear,ingatlah orang tersayang :)
nasir hamzah said…
cara yang pertama tu ada sikit persamaan dengan cara nasir, cuma nasir akan pergi ke pantai, cari tempat tersorok sikit dan termenung melihat laut yang luas tuh.. huu lepas semua stress... sepeti hilang nya buih dipukul ombak... cewah..

P/s: barhati2 bila memandu, ingatlah orang tersayang.. eceehhh...
caliph shuriken said…
aisey, lana buli hanan yer, huh..

mmg best dpt drive laju2 kn ^^
shuhadaothman said…
Ahaha. no.6 tu memang x boleh dipisahkan. Kenapa la kan ?? XD
APAN said…
no 6 tu mesti paling pyh nak buat punya...haha...
tu no 6 tu.. mak aihhhh~~

memang macam tak mampu je kalau tak ngadap sehari. enset, smbil masak pun tetap bwk smpn dlm poket. dah mcm nadi nyawa plak. -.-

Popular Posts