Pesanan Mbah


Mbah (sebutannya embah), merupakan nenek kepada sahabat saya. Semasa cuti semester beberapa tahun lalu, saya sempat menziarahi sahabat saya dirumahnya, disebuah kampung yang terletak di Bagan Dato', Perak. Mbah tinggal dirumah pusaka, bersebelahan rumah sahabat saya, dan dijaga oleh ibu bapa sahabat saya ini. 

3hari, dua malam saya berada disana. Hari pertama, saya mengambil peluang mengenali ahli keluarganya, mereka sangat peramah, berketurunan Jawa. Apabila tiba waktu makan, semua cakap Jawa, saya tunduk je, macam perempuan Melayu terawal, sebab tidak paham apa-apa, bhahaha. 

Sebelah malamnya, selepas makan malam, sahabat saya mengajak saya kerumah Mbah. Dirumahnya, Mbah melayan saya dengan baik sekali..rasa macam nenek sendiri. Hilang malu yang datang tadi. Mbah memang sempoi, sempat mengusik, "Sudah ada 'teman'?".

Saya buat2 tidak paham, "Teman? Ramai mbah. Macam2 jenis ada kat U tu, hehe". Sahabat saya turut ketawa. Ya, saya paham maksud pertanyaannya, tapi, takkan nak bercerita lebih2? malu le.

Perbualan kami berpanjangan.. Mbah banyak memberi nasihat2 berkaitan kehidupan. Tak tahulah kenapa, saya suka bila dengar orang tua sepertinya bercerita..penuh kasih sayang, iktibar dan contoh dalam setiap penceritaan mereka. Sebelum balik semula kerumah sahabat saya, Mbah sempat berpesan pada saya, saya tahu dari pandangannya, pesanan itu dituju khas buat saya..pesannya,

"Carilah teman yang baik2..jangan cari yang 'tepi jalan' ya.."

Pertama kali dengar istilah 'tepi jalan' tu, saya rasa nak ketawa juga sebenarnya, malah, cucunya sendiri pun, sahabat saya tu, berasa begitu. 

Selepas beberapa tahun berlalu, saya semakin paham dan mengerti maksudnya.. Terima kasih Mbah..kerana menasihati saya sebegitu rupa :).


Comments

siti zulaikha said…
wahh nice.. betoll tu ape yg mbah awk ckp.. :)
NasQ said…
kalau cari tepi jalan pun ok pe... wat stok geli geli...
ewanthology said…
yg di tengah jalan pulak? :-p
aizamia3 said…
seronok bila dapat berborak dengan orang tua kan.. macam2 nasihat/ilmu/petua dicurahkan..

macam akak, masa urut bersalin hari tu, seronok dengar makcik tu bercerita pengalaman dia.. ;) nak pulak dia orang jawa..
Unknown said…
Betul kata mbah sahabat Cik lana tu ^_^ Jangan cari yang "tepi jalan" :D
Unknown said…
kalau cari teman blog ja bole kah lana hehe..gurau ja ya. Benar tu pilihlah teman yang normal asal-usul ya..kesihatan kena tahu.
nasir hamzah said…
Nh pun suka kalau dengar org tua berbual, penuh dengan pengisian dan nasihat yg berguna..

erm,tapi bab nak cari teman yang betul2 sempurna memang susah.. nanti kalau memilih sangat takut tersalah pilih pulak.. yelah manusia semua tiada yg sempurna.. apa yang penting sambil kita berusaha sambil kita berdoa dan bertawakal padaNYA..

macam Nh la ni, akibat terlalu cari yg sempurna haa sampai sekarang membujang hahaha.. last nyer rasa cam selesa plak bila single mingle.. huhu
caliph shuriken said…
lana, mungkin dulu mbah ni seorg novelist yg hebat.. dia nk test ilmu awk tuu, hikk...
Fatindn_ said…
orang tua ni banyak pengalaman .. sebab tu apa yang dia cakap kita kena denga kan ? untuk kebaikan kita jugak ..
Lovely Lieyza said…
huhu...org tua kn... makan garam dulu dr kitew...
Unknown said…
sokong mbah tu..hehe..
jgn la cari y tepi jln..cari y exclusive sikit..hehe^^
Aimacomel said…
baik mbah tu sbb mengingatkan kita supaya jgn salah pilih.. lagi2 yg tepi jaln punya
Cik Kay Jue said…
apa maksudnyer kak? huhu tak faham..

Popular Posts