Roti Cheese, bukan Tosei!


Baru-baru ini, bersama ayahanda dan adik ke kedai mamak. 

Ayahanda, "urmm..bagi teh o satu, teh tarik dua". Pekerja kedai mamak, "wokey2, makan?".

Saya jawabkan, "mee goreng mamak satu, roti telur satu..Saya, roti cheese satu ya".
Pekerja kedai mamak, "wokey2".

Selepas tujuh minit..

Teh o dan satu teh tarik je sampai..saya cakap pada pekerja tadi, "teh tarik satu lagi?"
Mukanya blur.. *ah sudah..lepas ni, mesti berlaku lagi perkara itu*.
Saya memesan kembali, "teh tarik satu lagi ya"

Lima minit selepas itu..makanan pula tiba..
Diletakkannya diatas meja..mee goreng mamak..diikuti roti telur..dan akhir sekali..

TOSEIIIII??!?

Kan saya sudah bilang tadi, kejadian itu pasti berulang lagi. Sah, pekerja tu pekerja baru, saya sedar hal itu semasa dia menghantar air, ditambah dengan mimik muka blur dan 'baru'nya. 

Apabila mengalihkan pandangan pada ayahanda dan adik, wajah mereka sudah mula menampakkan ke'harimau'annya. Saya tahu, mereka berdua lapar, lelaki kan? Bila lapar, salah sikit, mula jadi 'makhluk jadian', bhahaha. 

Sebelum mereka berdua, 'pemangsa' menerkam 'mangsa'nya yang masih blur, cepat2 saya berkata, "ini tosei..saya mahu roti cheese..itu, taruk keju punya..cheese..keju..".

Para pengusaha kedai makan sekalian..latih pekerja baru anda sebaik-baiknya. Dan yang terlibat dalam industri makanan, kebersihan, pembungkusan, servis dan layanan, antara perkara yang harus dititikberatkan. 


Comments

dah biasa kena mcm ni. pernah sekali, tanya bangla tu, "nasi goreng apa ada?". dia jawab sambil gerak2kan kepala dia, "nasi goreng!". pastu tanya balik, "nasi goreng apa ada?". dia jawab lagi, "nasi goreng!"

hampeh! pastu panggil orang lain. wkakaka
Unknown said…
terjah ke laman TLana hari ini. Tak apa biar ja pekerja baru tu dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan barunya ya. doakan kebaikan tuk dia ..nak tak di gelar blogger baik hati. terjah ke laman pesona ya..
Anonymous said…
huhu kadang kesian jugak kt pekerja baru..tp slah tuan punya kedai jugak tak train btol2 ..
~Cik Sweety~ said…
fuhh..sekali kena dgn Tinta Lana..hambek kau kan haha..

Kalau kena saya yg baik hati ne.. tak kisahla bgi apa..jnji ada iras2..bedal saja leee...hihi
Unknown said…
Ahakss... sengal... itu kalau kat kedai mamak... kalau kat stesen minyak... ini jer skrip yg dia hafal: sapuluh, dua puluh, penuh?? ha ha ha lain ayat, tara tau.... Hai... Abang La! Abang La! keh keh keh...
ewanthology said…
kedai mamak mmg selalu mcm tuuuu
nasir hamzah said…
erm nama pun pekerja baru, kdg2 di sebabkan susah nak sesuaikan diri itu yg jadi cam tu.. yang lebih bermasalah bila pekerja asyik bertukar. tak sempat nak ajar dah berenti.. huhu.. nasir selalu hadapi situasi ni kalau oder makan, kita oder lain, lain yg di hantarnya..geram gak.. huhu
Cik Kay Jue said…
selalu macam tu kak... da tau mau kerja di Malaysia.. ajar la pekerja tu ckp melayu betul2.. hish.. bikin panas syakk..
Jajas said…
lana ckp mcm mamak patut la dia xpaham...huhu
Unknown said…
Selalu sangat terjadi macam ni. Kadang2 boleh lupa pulak diorang nak catat apa yang kita order. Then, makanan tu tak sampai2 laa :)
Apai said…
hahaha..selalu gak aku experienced bende cam ni..hahaha..kekadang best tgk muke blurr2 dan mule la ade idea nak pedajalkan budak tu..kekeke
aizamia3 said…
kalau ai.. confirm itu 1st and last ai dtg kat kedai dia..
Cikra said…
haha, kadang2 terjadi jugak macam tu tapi last2 makan jugak biarpun salah.haha
caliph shuriken said…
aisey, lain kali lana gi order kt cKj laa, kompem dpt keju cheese, hikk...
Reena Sidek said…
selalu terjadi... lain yg di order lain pulak yg datang... kadang2 tu tak datang terus... :'(
hahahaha.. harimau jadian? ok, boleh bayangkan ayahanda lana garang.

<--- kalau lapa, tak de marah2. tapi nangis. kalo org slh anta mcm ni, time perut siyes lapa. mahu nangis terus je dpn dia.hahaha
APAN said…
kena tanggung la kalau mkn kat mamak. buakan tabiat aku nak makan kat mamak. minum je boleh la. tp lom penah lagi kena mende mcm ni...mmg lain tu. pekerja segar dari ladang. xtau pape pasal customer. haha...
ary_lee said…
mesti dia pekerja asing..
Sebab tu tak faham..
Tapi roti cheese???
slurpppppppppppp!
CHEDAPNYA....

Popular Posts