Rama-rama putih


Semalam. Khamis malam Jumaat.

Sebelum mata terlelap,
Kelibat sang rama-rama berwarna putih memunculkan diri dibilik kecil ini.
Terbangnya begitu sederhana.

Sehinggalah pada satu detik, sang rerama terlanggar bilah kipas.
Jatuh kelantai terhempas.

Lana cari mana kelibatnya..sesaat ada, tiada pula sesaat kemudiannya.

Pagi ini, bangun. Di kaki katil, disitu penghujung nyawanya.

---------------------------------------

Jumaat, 12 tengahari, 2 Syaaban 1433H bersamaan 22 Jun 2012.
Opah Wah selamat kembali pada Penciptanya.
Al-Fatihah buat mu.. Gugur seorang lagi orang tua dalam keluarga besar ibunda.
Umurnya sudah menjangkau angka 80an.

Ibunda bercerita, dua minggu lalu, tanda2 panggilannya sudah ada.
Nyanyuk, keluar rumah berkaki ayam, cakap merapu-rapu..


Comments

Unknown said…
Inalilahiwainalilahirojun Al-Fatihah dan Salam Takziah utk Lana sekeluarga...
Pecinta pink^^ said…
salam takziah..Al-fatihah..
Unknown said…
salam takziah..Al-fatihah juga

smoga tabah hadapinya
Cik Azz said…
al-Fatihah... Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh lagi beriman.. Insyaallah..

p/s: Jangan pulak kaitkan rama2 putih tu dengan pemergian arwah...
mujagirl92 said…
inaalillahi wainnaailaihi raajiuun... sabar ye,,,
Unknown said…
wah berpujangga :p haha
Reena Sidek said…
al-fatihah... takziah buat lana sekeluarga
Incik Pepel said…
innalillah wainnaillahirajiun... meninggal hari jumaat.. :)
gnesop said…
al fatihah
moga ditempat bersama org2 beriman.. amin
caliph shuriken said…
al-fatihah.. salam takziah utk lana skluarga...
nasir hamzah said…
takziah buat lana sekeluarga..
~Cik Sweety~ said…
al fatihah utk arwah..
al fatihah tuk arwahh..dan salam takziah yer.. :'(
Apai said…
Salam belasungkawa buat Lana & Keluarga.

Smoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh. amin
ary_lee said…
salam takziah dari ary..

Popular Posts