Re-Publish




Baik dunia realiti..mahupun dunia maya tanpa sempadan ni..
lana rasa, sama saja..tiada perbezaan mana..
Kalau dah namanya manusia, manusia lah juga..tak kira dicampak kemana..

Berbuatlah sesuatu secara sederhana..belajarlah untuk menerima seadanya..
Janganlah terlalu angkuh, takut kelak terjelepok terus terjatuh..
Usahlah terlalu mengharapkan balasan, diatas setiap perbuatan mahupun patah perkataan.

Hargailah "follower"..kerana mereka bak "flower"
Bunga bunga penyeri blog kita
Janganlah dicerca apatah lagi dihina
Hanya kerana mereka tak buat sepertimana yang kita pinta

Jangan dilupa asal kita
Ingat kembali awal dulu blog kita macamana
Mereka juga insan biasa
Samalah juga dengan diri kita yang serba hina

Maaf andaikata ada terasa
Maaf juga kerana kadangkala lana lupa
Maaf juga kerana kejap2 lana leka
Sesungguhnya blog ni bersifat sementara
Sementara lana masih lagi bernyawa...
Sementara kita semua masih bernafas dengan izinNya...

Sekian..

Setiap kali tidak tenteram, ini salah satu cara lana mengawalnya.
Saya tahu, pencipta saya sentiasa disisi saya..
[1 JUN 2012 | 1.40 A.M]


Comments

caliph shuriken said…
ringkas..

sederhana..

terima seadanya ^^
Unknown said…
Lana: Kadang-kandang bila kita sedang di puncak kejayaan kita harus tunduk dan pandang ke bawah semula dari mana asal kita... supaya kita tidak riyak dan bangga diri ^^ dan supaya Allah tidak tarik balik segala Nikmat yg DIA "PINJAM"kan saja pada kita... ^^ semoga Lana & PPP tabah ye hu hu hu ^^

p/s: Insyallah semoga perhubungan alam maya kita ini tak akan terputus.. begitu saja.. ^^
ary_lee said…
Di awal penulisan blog, salunya follower ditatang-tatang,,
Tapi bila follower dah beriban, salunya blogger dah tak kuasa..
Aing said…
luahan rasa hati mendalam nampaknya lana.. :)

ukhwah fi sabilillah!
Unknown said…
marilah saling memaafkan ya
Cikpijaaa said…
ukhwah fi sabilillah ^^


Moga ikatan persahabatan d alam maya nie akan terus kekal dah harum mewangi buat selamanya. :DD
shuhadaothman said…
salam lana :)

Nice entri. Harap ukhwah kte kekal. Amin :)
Nurul Farhan said…
walaupun hya di alam maya. ianya tetap satu persahabatan... semoga sama2 mendapat faedah dan kebaikan atas persahabatan yg terjalin =)
Unknown said…
Betul2. Belajarlah untuk menerima seadanya ^_^
RIZZNA said…
Touching lah lana...
Appreciate followers... I like
Unknown said…
sy hargai pembaca sy :) t.kasih semua
Unknown said…
blog, follower pinjaman semata-mata. ringkas dan padat. berkesan kak :)
Apai said…
i do not have any prob with that so far...lantak la labu..haha
nasir hamzah said…
thanks lana satu entry yang bagus utk blogger entah seperti nasir :)
Reena Sidek said…
entry yg bagus lana.....
saling menghargai sesama blogger...
Abang Karu said…
sang pujangga membawa diri..
insya'allah....
ada masa nnt kita bertemu lagi di talian maya ini....
Abang Karu said…
insya'allah....
sentiasa menjaga diri sebaik mungkin (^____^)
terima kasih ye :)
nice!

kalau yg mengejar populariti memang sentiasa teruja menghitung follower. tapi kalau yg sekadar menggunakan blog sbg medan suka-suka berkongsi cerita, follower bukan untuk dibangga-bangga. :)

Popular Posts