Tutorial: Cara mudah buat Tabber Widget
Sumber utama tutorial ini datang dari sini. Saya sekadar mengubahnya sedikit. Tidak lupa juga, terima kasih kepada saudari Masz Sidek, yang menjawab pertanyaan saya tentang widget ini.
Fungsi utama Tabber Widget: Menjimatkan ruang, menambahkan kekemasan pada blog.
Caranya:
1. Klik pada Dashboard - Layout - Add A Gadget. Pilih HTML/Java Script. Ruang Title dibiarkan kosong.
2. Klik link ini. Copy kod HTML yang terdapat pada point nombor 4 dan paste-kan keruang Content kotak HTML/Java Script tadi. Cara untuk Copy ialah dengan menekan ikon yang berbentuk '<>' (seperti dlm gambarajah 1). Klik Save.
Gambarajah 1 |
3. Balik semula ke Layout. Dibawah widget HTML/Java Script tadi, susun dan aturkan widget-widget yang anda mahu masukkan kedalam Tabber Widget (gambarajah 2). Contoh: saya aturkan widget Shoutbox, Bloglist dan Archive untuk tabber widget diblog saya. Hasilnya seperti dalam gambarajah 3. Preview dulu, apabila berpuashati, barulah Save.
Gambarajah 2 |
Notes:
- Untuk mengubah bilangan widget, cari kod ini: tabCount:3, tukar nombor 3 tu kepada jumlah widget yang dikehendaki. Letak 10 pun boleh. Jangan lupa, selepas itu, susun juga 10 widget under HTML tu (rujuk step no. 3).
- Untuk ubah warna background box, cari kod dibawah ini:
.tabber .widget-content {
border: 1px solid #bbb;
padding: 10px;
background: #fff;
Pada line background: #fff tu, ubah kod color #fff tadi mengikut kod warna pilihan.
Siap! Saya galakkan anda membaca sedikit sebanyak komen2 dari pengguna tabber widget ini di link yang diberi. Anda akan dapat lebih informasi. Selamat mencuba.
Siap! Saya galakkan anda membaca sedikit sebanyak komen2 dari pengguna tabber widget ini di link yang diberi. Anda akan dapat lebih informasi. Selamat mencuba.
Comments
http://encikcopypaste.blogspot.com/
Cuma dok tukar2 header je.. haha...
Berat tak pakai widget cenggitu?
http://kalampatah.blogspot.com/