Friend and unfriend


Setiap kali saya online Facebook, hamba Allah seorang ni, tidak habis-habis dengan isu politiknya.

Silap orang lain sentiasa dicari, mengutuk parti A, mencaci pimpinan parti B, mengata yang buruk2 tentang parti C.

Saya stress dengan orang macamni.
Hari-hari meludah sana sini.
Yang pelik tu, air liurnya tak pernah kering, sentiasa berisi.

Tahniah padanya, kerana dibuang habis-habisan dari hidup ini.

Dia memang antara contoh yang terbaik mengajar saya supaya hidup ini jangan asyik meludah.

Nampak buruk..macam tak pernah belajar kat sekolah.



Comments

Unknown said…
Uiss.... apa kah ini...?? Lana TAK RUGI KALAU UNFRIEND dgn org macam ni... kalau kat FB dia boleh suka2 buat cenggitu... apatah lagi dengan kita yg x seberapa ni... same here just BLOCK jer... la la la la...

P/S: Jan un friend ngan akak dah le nanti tak renti2 T.T
NasQ said…
kita ludah dia balik!
Cik Kay Jue said…
sabar je la.. manusia ni memang macam2 kerenah la... huhu...
Unknown said…
masing2 ada agenda tersembunyi..
Yu. Syamz said…
hem..tryla tegur dia..mane tahu tuah lana dia berhenti dengan tabiat buruknya tu..^_^

klu xbleh gak...xpelah unfriend pun..yg pnting kita try ubah dulu..

wallahua'lam
aizamia3 said…
kalau buat kita tak selesa.. unfriend je.. tak rugi kalau tak friend dengan orang cenggitu..
Chic Na said…
kalau fanatik sangat menyampah jgk kdg2. unfriend aje. :)
ary_lee said…
Ari pun ada kawan mcm tu..
Macam dia sorg je betul..
Tapi xde lah nak unfriend dia..
Kawan sekelas kottt...
Obvious pula nanti..
Unsuscribe je^^
ewanthology said…
jgn dilayan sangat org camtu..setakat bercakap kat FB je berani...tak kemana
M@W@R Q@SeH said…
akak pn x suka dgn org jenis mcm ni...perasan bagus je kn...abaikan je..
uncle gedek said…
uncle biarkan je... kira macam hiburan untok uncle... Baa haha
Muttallif said…
Lana, Cuba fikirkan ini....Tin Kosong dengan Tin penuh...siapa banyak berbunyi? Kalau bunyi boleh buat musik ok jugak, ini menyakitkan telinga dan hati bukan.
nurdani said…
orang macam tu saya suka unfriend je. sebab tak nak tengok. takut terkutuk dalam hati.
sisdee said…
saya lagi suka unfriend org camtu..letih nk baca..wall saya mmg tak kuasa ngan mlayan org2 camni..hehehhehe

salam kenal. :)
..cik hana.. said…
hehehe..macam2 karenah kan org skrang bila berbicara hal politik...bagus la kalau lana dah unfriend dengan org mcm tu..:)
caliph shuriken said…
ntah laa, org tu sibuk perabis air liur, akhir nanti org lain yg menjadi tuan, erkk...
Unknown said…
baru sebentar tadi saya berbincang dgn anak lelaki pertama etuza tentang politik. kataku politik ni boleh jadi 2 cabang..1 ke arah politik kotor yg ke 2 politik yang baik berasaskan agama, sistem yg bagus.politik kan..memang lah nak tarik orang nak sokong dgn apa ja cara. saya sekadar nak ikut perkembangan ja ni lana ya
Cik Azz said…
Nasib baik kita bukan friend, kannn... kehkehkeh...

Tak kisah la nak sokong hijau ke, biru ke, merah ke.. Janji jangan kutuk2 dah laa..

Akakpun dah mula Hide-kan beberapa orang dari melihat wall akak.. Dah kurang percaya keikhlasan mereka dalam berkawan.. :)
Alif Haris said…
hai lana.. hahaha .. jom kita buat sesi unfriend secara berjemaah bagi mereka2 yg annoying begini XD
muhsin.aminudin said…
meludah tu tabiat buruk
Ety said…
Kak Lana. Hahaha. Ety nyahkan yg begini dgn hide segala post dia dari News Feed Ety.

dan mmg betul2 Ety buat pun.
shuhadaothman said…
salam lana..

kalau shu block je. hewhew. ^^
hazwan hairy said…
haha klo hery terus ja remove...haha
Jajas said…
xmakwe aku block aku kat fb...ko tahu kn?hehe
Unknown said…
hahahah... biar la, die luahkan perasaan dier... die bosan tu... ahakz... satu haru die kenal la erti hidup... mulut xder insuranz...
APAN said…
kalau pe yg diludah, betul2 ada isi, aku boleh terima...
Nong Andy said…
aku hide org mcm gitu dari new feed. jadi apa2 status dia tak keluar kat home wall aku.. :D

Popular Posts