RSS Feed

Archive for April 2012

The happiest people

14

April 29, 2012 by





Banyak + Tinggi = Amanah + Tanggungjawab berganda

15

by


Sebagai blogger, saya akui, saya mahukan ini: populariti, follower beribu, beratus pengkomen tegar, entry yang berkualiti, trafik tinggi, penampilan blog yang lebih kemas/cantik, rasa dihormati dan dihargai, ehh, macam2 la lagi.

Tapi saya sedar..

Semua yang saya nak memerlukan usaha, daya tumpuan, kerajinan tahap tinggi. Itu, tidak menjadi masalah, atau bebanan utama. Yang merisaukan saya, amanah dan tanggungjawab, bolehkah saya memikulnya dengan baik?

Kita, buat sesuatu, ikutlah kemampuan. Jangan semata2 mencari kemegahan, lalu amanah dan tanggungjawab diabaikan.

Saya ambil contoh mudah, senarai blogger di bloglist saya, mereka yang tersenarai bukan sekadar yang join segmen saya, bahkan saya kumpulkan sekali dengan yang lama saya kenali, yang baru ditemui, dan yang meletakkan saya didalam bloglist mereka, baik secara diberitahu, mahupun secara senyap sunyi. 

Dan, bloglist tu, bukan semata2 nak tayang disitu. Saya rasa ada keperluan, rasa bertanggungjawab untuk menjengah satu persatu, biarpun mereka tiada entry baru. 

Kesimpulannya, harga yang perlu dibayar, adalah tinggi..untuk sebuah populariti dan cita-cita tinggi. Kita perlu bersedia untuk berkorban, bersedia menyahut cabaran, dan bersedia berdepan dengan tanggungjawab dan amanah. Tanpa persediaan, percayalah, satu masa, bila anda tidak mampu menguruskannya, terdetik dihati "ini merupakan sebuah bebanan". Tidak..kita tidak mahu begitu. 



Sepanjang perjalanan..

12

by


Semalam..sepanjang perjalanan..
Banyak yang saya lalui, pelajari dan menilai menggunakan akal dan fizikal yang dipinjam Ilahi.
Perjalanan ke Selatan, bertujuan menghantar adik menimba, menambah pengetahuan.

Dua kejadian.
Pertama, sebuah kemalangan, melibatkan penunggang motosikal berkuasa besar, berkonvoi dalam kumpulan. Terbabas, melanggar jambatan. Saya memperlahankan kenderaan, mujur ketika itu, tidak banyak kenderaan yang lalu.

Penunggang yang terlibat? Saya tidak risaukan. Bukan kejam, cuma, ia sudah ditakdirkan, menjadi mangsa kemalangan. Yang membuatkan hati saya berderau dalam debaran, rakan2 konvoinya, yang cuba menyelamatkan.

Sebahagian mereka, berhenti ditengah jalan. Sebahagian lagi, meletakkan motor mereka secara bercempiaran. Seorang dari mereka, mungkin terkena hambatan kejutan, atau mungkin juga cuba menenangkan keadaan, dengan beraninya, berlari anak ketengah jalan, dengan harapan, dapat memberi amaran pada kenderaan2, yang berdesup penuh kelajuan.

Saya? Mata dan anggota badan, disatukan, dikuat dan dikerahkan memberi tumpuan dalam pemanduan. Cuma dalam hati.. "Ya Allah, selamatkanlah pemandu tadi..sebagaimana Engkau menyelamatkan perjalanan kami. Dan, tenangkan rakan2nya, moga mereka tidak menjadi mangsa seterusnya."

Kedua, kenderaan besar, sebuah lori tangki. Dihadapannya, sikecil, sebuah Myvi. Saya di lorong tengah, mereka dilorong kiri. Kecurigaan saya terhadap pemandu lori terbukti, kelajuan dan kegilaannya nyaris 'memakan' diri dan Myvi.

Kegilaannya memandu membuta tuli, menyebabkan dia membrek mengejut. Bunyi kuat, nyaris-nyaris menghentam si Myvi yang kiut. 

Dari jauh, jelas kelihatan, kesan tayarnya yang hitam, di permukaan jalan. Dan asap, turut berkepul-kepulan, terlindung sebentar penglihatan. Bau getah pula, menular dalam setiap pernafasan.

Saya? Dalam keadaan mengantuk semasa pemanduan, terus mendapat kesegaran. Seolah2 terkena tamparan, hati lekas berkata, "Ya Allah, lemahnya aku sebagai hambaMu..begitu juga mereka2 yang berada disisiku. Tolonglah Ya Allah, kurniakan aku, serta pemandu2 disekelilingku, perlindungan dan keselamatan dalam mengharungi perjalanan."



Soal hati dan perasaan..

16

April 27, 2012 by


Sudah lama saya perhatikannya..
Ada masa saya menghampiri, dan..ada masanya, saya lebih senang menjauhi..

Dia biasa, kelibatnya sederhana..
Soal hati, saya serahkan pada Ilahi..
Cuma, perasaan ini, biarlah saya simpan sendiri.

#Esok, saya ke Johor. Doakan perjalanan saya selamat ya :)



Presence and Absence

11

by



# Otak tengah kering,takda idea nak tulis apa,hehe #



Buku apa yang harus dibeli?Cadangan?

27

April 26, 2012 by


Esok, sehingga 6 Mei 2012, Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 akan bermula.
Senarai buku yang hendak dibeli sudah ada.
Cuma, macam biasa, bila dah sampai sana, pasti tersasar membeli, lari dari yang sepatutnya.

Banyak buku yang menarik, tapi selalu terlepas pandang. 
Anda ada cadangan, buku apa yang harus saya beli?
Apa saja genre, boleh kongsikan bersama disini.
Cadangan anda sangat membantu saya, yang suka tersasar bila membeli ^^ 



Sahabat baik saya dialam maya - sesi 2

15

April 25, 2012 by



Setiap blogger ada cara sendiri menghargai follower mereka bukan? Terpulang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing2. Saya tidak tahu bagaimana nak menghargai, sebab tu lah saya keluarkan entry2 seperti ini. Saya cedok pengalaman blogger lain, lalu saya applykan disini. Maaf kalau ada yang kurang selesa dengannya.

Di Sesi 1, saya sudah perkenalkan 6 orang. Dan, sesi kedua dan terakhir ini, 6 orang juga. Sebenarnya, ramai lagi..tapi, cukuplah yang 12 ni..dikhuatiri, ada yang jemu nanti,hehe. Ok, kita teruskan.

Kemunculan pertamanya, dientry yang sama dengan Amir. Trademark dia: Aku Suka, Aku Kongsi. Dia memang banyak berkongsi, entry2 yang santai, gambar2 yang santai. Blognya antara pilihan kalau saya mahu bersantai. Berapa banyak santai aku ni?hak3. Dia penanda aras saya, rasa2 macam diri ni terover, takbur terlebih dalam dunia maya, segera saya ingat kata2nya, "kalo satu hari, ko ada kat atas, jangan lupa pula aku kat bawah". Terima kasih..

Seingat saya, awal kenal dulu, dia bahasakan dirinya, AbgMacho. Puihh, geli. Hahaha. Lebih muda dari saya, tapi, kalau baca entry2nya, tersentap dibuatnya. Bukan apa, kalau anda nak mencabar minda, melatih diri untuk bertukar2 pendapat, pandangan, silakan berkenalan. Entry nya serius belaka. Banyak sebenarnya persoalan yang boleh dibincangkan bersama dengannya, tentang apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Semoga apa yang diusahanya mendapat balasan setimpal diakhirat sana.

First time caliph tinggalkan komen, saya terus singgah membalas kunjungan. Tiada apa2 yang terlintas, melainkan dalam hati.."peminat budaya Jepun ke ni?" Hehehe. Rasanya ya, berdasarkan pengamatan saya. Kalau ditanya apa kelebihannya dalam dunia blogger..saya rasa, dia cool. Ringkas dan rajin meninggalkan komen dan shoutnya dimerata2. Antara yang saya kerap jumpa kalau saya BW kemana2, hahaha. Semoga berjaya menggenggam kerjaya yang dicita.

Mula2 dulu, dia tak habis2 mengugut dengan kata2nya, nak boikot saya. Tapi, sampai kesudah, takda la plak dibuatnya. Kali pertama dia nak memboikot saya, semasa saya menulis entry tentang Blogger Otai Pilihan Saya. Merajuk la tu, namanya tiada. Sekarang? Dah maju dah, saya nampak perubahan ketara semasa diawalnya hinggalah kini. Arul, terima kasih sebab tak jemu baca entry roti aku sebelum ni, kih3.

Panggilan saya buatnya, Dik Ida. Perkenalan bermula semasa saya buat sesi Bloglist yang pertama. Dia antara yang sudi memeriahkannya. Masa mula kenal, seingat saya, ida masih belajar lagi. Sekarang, dah keja. Kedai barang kemas lagi. Rasa2 nak beli emas, singgah la melawatnya. Boleh tak akak dapat diskaun nak beli cincin?hak3. Citt, sempat lagi. Dalam dunia blog, sudah jauh dia meninggalkan saya. Apapun, semoga dia beroleh kejayaan dalam apa jua bidang pilihannya.

12. KAK AZZ
Permulaannya, kak azz meninggalkan komennya dientry saya, Ceritera "Datang Bulan". Sejak itu, saya mengenalinya secara perlahan2..perlahan sangat, heh3. Semenjak saya mula kembali berblog selepas 3 bulan, barulah jalinan persahabatan semakin rancak. Akak azz ni, pada saya, peramah. Tak lokek menyuarakan pandangan dalam setiap persoalan, bebelan di entry2 saya. Semoga akak berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih Apan, Mujahid, Caliph, Arul, Adik Ida dan Kak Azz.. :) Semoga kita sama2 beroleh manfaat diatas persahabatan kita dialam maya ni.. Amin..



Bersuara + Bertindak = Kejayaan

13

by


Bila semua nak bersuara.. jadi, siapa pula yang mendengarnya?
Bila semua asyik bercakap saja.. jadi, bila pula hendak bertindaknya?

Kebebasan bersuara sering disalahguna.
Dahulukala, apabila 'pemimpin' berkata, 'rakyat' sedia mendengarnya.
Dahulu juga, kebebasan bersuara ada, tapi masing2 sedar waktu yang sesuai untuk menggunakannya.

Kini? Terlalu ramai yang hendak berkata2, terlalu ramai yang perasan, mereka bijaksana.
Terlebih bersemangat pertahankan pendapat, terover teguh dengan pandangan ketat.

Sedarlah, yang pentingnya, tindakan. Bersuara perlu, untuk sebuah perbincangan. 

Bersuara + Bertindak = Kejayaan
Bersuara + Berpropa + Ber pok pek = Boleh jalan.. heh3



Betapa risaunya mereka - Gelagat Fantastic Four!

17

by


Tidak disangka, sunyi nya saya selama sehari dari dunia blog ni mengundang rasa risau dihati mereka bertiga. Yang sorangnya, tak henti2 "aw chakkk" di Fibox saya, sorang lagi, sampai minta maaf sedangkan tidak melakukan kesalahan apa2, dan seorang lagi, terus menerus "looking for me".

Terima kasih banyak pada mereka bertiga, Nazri(Phoenix), Apai dan Kak Zai(Pari2Putih). Maafkan saya. Rasa nak tergelak pun ada, hahaha. Kebiasaannya, kalau ada urusan, saya akan meminta pertolongan, mana2 rakan blogger untuk tolong jenguk2kan blog saya, cuma semalam, saya tidak berkesempatan berbuat demikian. Maafkan saya ya rakan2.

Semakin hari, semakin rapat rasanya perkenalan kami, sehinggakan Kak Zai menggelarkan kami berempat sebagai Fantastic Four. Gasak jela, hahaha. Semoga perkenalan kita membuahkan kebaikan untuk kita semua. InsyaAllah. 

# macam bebudak la plak, hak3. Kita dah setuju watak memasing kan? he3#




Hidup haruslah ceria!

18

April 23, 2012 by


Seminggu dua ni, saya rasa kurang gembira. Macam kehilangan sesuatu, tapi tidak pasti apakah ia. Mungkin juga disebabkan cuaca, yang berubah mendadak, musim panas melanda, membuatkan hati selalu rasa panas membara.

Atau, boleh jadi, saya sebenarnya terasa, dengan sesetengah manusia. Saya tidak pandai menyatakan rasa, lebih gemar berahsia. Ha, mungkin juga kerana mengingatkan, adik saya akan balik semula ke tempat pengajiannya, hurm..keboringan akan menyaluti diri saya.

Takpa lana, hidup memang begitu, ada pasang surutnya. Sudah penat bergelak ketawa, redup mendung datang kemudiannya. Kemudian akan kembali ceria!

Apapun, hidup mesti ceria! Baru syiokkk! Takpa lana, think positively! Yeayyy!!



Ilmu perlu dicari, kematian datang sendiri

13

by


Ilmu..sifatnya perlu dicari. 
Bukan ilmu sahaja, bahkan segala yang kita mahu, hendaki,
Baik bersifat duniawi atau ukhrawi, kita perlu mencarinya sendiri.

Satu-satunya yang mencari diri,
Ia tidak pernah terawal..terlewat barang sesaat.. kematian.
Ajal datang menjemput, tanpa mengira darjat, upaya, usia.

###
Tanggal 8 April yang lalu, ulangtahun kelahiran ke-20 buat arwah Siti Salwa. Beliau merupakan sepupu saya, pemergiannya disebabkan jangkitan otak. Segalanya berlaku begitu pantas, pada hari Jumaat, 20 Mei 2011, seluruh keluarga mendapat berita tentang kepulangannya menghadap sang pencipta.

Baru2 ini, saya menjengah ke Facebooknya.. terasa pantas masa berlalu, lebih kurg sebulan lagi, genap setahun arwah berada dibarzakh sana..Dalam keluarga kami, arwah paling awal pergi menghadap Ilahi..pada hari kejadian, terdengar bisikan ayahanda dan adik beradiknya.. "anak buahku pergi dahulu dari diriku..".

Buatmu Salwa..biarpun kita jarang bertemu..sedikit sebanyak, aku merasa rindu..nantikan kami semua, untuk bergandingan bersamamu..apabila tiba masa kami..meninggalkan perjalanan yang singkat ini.. 



"Kekalahanku"

20

April 22, 2012 by


:::::::::::
:::::::

:::::::::::
:::::::
*tetibe*

:::::::::::
:::::::
*perlawanan diteruskan*

:::::::::::
:::::::
*tetibe lagi*

:::::::::::
:::::::
*ya, teruskan lagi*


*Dan akhirnya...gara-gara hilang tumpuan..*
::::::::::::::::::
:::::::::::::::
:::::::::::
::::::::
::::

...................................................................................................
*Tapi, situasi sebenarnya...*


#kenapa budak2 cepat membesar..tak suka betul..hehe. Nuha, 1 tahun 5 bulan, dalam banyak2 kanak2 yang ibunda jaga sebelum dan sekarang ini, yang ini paling rapat dengan saya. Saya sayang sangat pada dia.



Terima kasih Kayjue

12

April 21, 2012 by


Terima kasih banyak2 pada Dik Kayjue, yang sudi buatkan doodle untuk akaknya ni, hehe. Dia suruh pilih salah satu warna, tapi orang tamak macam saya mana cukup satu, nak dua, tiga, sepuluh kalau boleh, hehehe.


Dik Kayjue ni dalam usaha melatih diri melukis doodle. Sebelum ni, dia banyak buat sticker untuk rakan2 bloggernya. Believe me, sticker2 yang dia buat semua cantik. Tak percaya? Ini sebahagian hasilnya:


Cantik, sweet bukan? Macam saya, heh? Lain je bunyi, hihi. Hasil stickernya yang lain juga boleh dilihat disini: STICKER 1 dan STICKER 2

Kenali dia di http://kayjueblog.blogspot.com/. Orangnya peramah..don't worry. hehehe. Semoga Dik Kayjue berjaya dalam bidang ni, terima kasih sekali lagi ^^



Lelaki dan perempuan: Berdepan masalah

23

April 20, 2012 by


Umumnya..
Apabila berdepan masalah, perkara yang merunsingkan, yang menyesakkan dada dan fikiran,
Terdapat perbezaan reaksi antara lelaki dan perempuan.

Perempuan, sesuai dengan penciptaan, satu akal, sembilan perasaan.
Kerana sembilannya, dia mudah bercerita. Kerana sembilannya, disitu letaknya kekuatan, kelemahannya.
Tapi akalnya satu, bila kemelut melanda, jarang dia mengguna untuk mencari jalan keluar yang padu.
Yang dimahu, ada seseorang, yang sudi berkongsi, mendengar luahan yang terbuku.

Lelaki, sesuai dengan penciptaan, satu perasaan, sembilan akal.
Kerana satunya, dia pendamkan sahaja. Kerana satunya, disitu letaknya keperkasaan, kerendahannya.
Tapi akalnya sembilan, bila kemelut melanda, dia berdiam, kerahkan keringat menghadapi rintangan.
Tanpa dia sedar, diamnya mengundang seribu persoalan.

Umumnya..bertolak ansurlah antara Adam dan Hawa.

Wahai Hawa, bila Adam mu berdepan kemelut, biarkan dia dengan dunianya. Ya, niatmu mulia untuk membantunya.. bantulah dengan percaya, dia mampu melepasinya.

Wahai Adam, bila Hawa mu berdepan kemelut, sentiasa lah berada disisinya. Ya, niatmu mulia untuk menyelesaikannya.. bantulah dengan mendengar keluh kesahnya, dia pasti berasa lega.



Sahabat baik saya dialam maya - sesi 1

17

by


Secara tepatnya, blog ini bertukar menjadi jurnal peribadi sekitar April 2011. Spesifiknya, 14 April 2011.

Dan, bermula dari tarikh itu, sehingga kini, ramai yang saya temui. Apa yang pasti, sahabat2 saya dibawah ini, berada diposisi tersendiri, istimewa dihati..puihh, mesti muntah diorang baca ni, hahaha. Alhamdulillah, sejak mula berblog - terumbang ambing - mood tenggelam tak timbul2 selama 3 bulan - dan sehingga kini, tak menyangka mereka masih lagi disini. 

Terima kasih pada kalian, sbg manusia, saya tahu adakala, kalian pastinya jemu, tapi masih gagah berusaha mengikuti perkembangan blog saya yang entah apa2..touching la plak, hehe. Disini, saya kepilkan sekali dengan komen pertama yang mereka tinggalkan di blog saya. 

Saya ingat lagi, komen pertamanya dalam entry saya yg bertajuk "Tempat2 menarik didunia", lebih kurg begitulah bunyinya. Entry tu pun dah tak wujud lagi diblog saya, hehe. Seingt saya juga, Abgiwan ni pun masih baru dalam dunia blog ketika itu. Hurm..dah lama nak tanya, pa maksud Delarocha sebenarnya? Doa saya, moga dia berbahagia dengan Miss Beautiful 2012nya, heh3. 

Komen pertamanya waktu itu, "Info yg bagus..thank you~~" "Singgah dari: I Think Of". Dia antara yg suka "hahaha" bila mengomen dientry saya. Bermula dari tu, sampai sekarang ni, kebanyakkan persoalan saya, dijawab dengan baik olehnya, lagi2 masa awal2 haritu, domain pun saya taktau. Inilah explainator saya, hehehe. Semoga dia terus kekal menjadi explainator terbaik untuk orang2 disekelilingnya.

Mula2 kenal pun dah dapat rasa aura ros nya, hehe. Peminat bunga ros, sebaya dengan saya. Kali pertama kami berkenalan, masa saya menulis entry nak menguruskan badan..cehh. Sekejap sahaja masa berlalu, sekarang dia sedang menanti masa untuk disatukan bersama tunang tersayang. Harapan saya, mudah2an mereka berbahagia hingga hujung nyawa.. Bila la pula giliran lana, hek3. 

"Hehe.xpa lana..lana byk2 bersabar k..harap suatu masa nanti dia akan berubah :)". Dari komen pertama ni, sampai saat ni, memang itulah trademark anak kelahiran Ranau, Sabah ni. Mesti ada ikon senyum ni :), petanda seorang yang senang didekati. Sebaya saya juga, tapi saya jauh lebih muda..nak jugak cakap tu, hahaha. Tak lokek ilmu, semoga beroleh kejayaan dalam pengajiannya sekarang.

Saya 'berjumpa' kali pertama dengan amir di entry saya yang berkaitan ketiak, hak3. Tak pasal2 dia tido ngigau dimalam hari gara2 gambar ketiak yg saya lekatkan dientry, hehe. Peramah, komen2nya dientry saya antara yang terbaik. Pandangan peribadi saya, dia punya kelebihannya sendiri dalam dunia blog, tapi mungkin kesibukan sebagai penghalang utama. Apa pun, semoga dia berjaya dalam kerjayanya.

6. JASMAN
Pertemuan pertama dimaya dengannya berlaku dientry saya, Malam Pertamaku. Perghh, ramai yang terkena selepas baca entry ni, hihi. Bukan takat terkejut je dia, terkedut terus bila baca entry tu. Asal Negeri Sembilan, dan sepanjang tempoh pengenalan, dia memang ringkas. Komennya serba ringkas, entry dia, lagi la ringkas, sampai saya pun taktau nak balas apa, hak3. Mudah2an, keringkasan yang ada padanya memudahkan hidup mereka disekelilingnya.

Sesi 2? InsyaAllah.. Terima kasih Abgiwan, Abgtaliff, Syaz, Abgjay, Amir dan Jasman.. :) Semoga kalian dipanjangkan usia dan sentiasa dalam perlindunganNya tidak kira dimana dan bila2 masa.. Amin..



Sisi berbeza atau hipokrit?

18

by


Pastinya bila anda berkunjung ke blog seseorang, pasti sedikit sebanyak anda membuat tafsiran sendiri terhadap peribadi tuan blog itu, betul?

Berdasarkan apa? Penulisan di entrynya? Gaya percakapan dan bahasanya dishoutbox? Barangkali melalui karya2nya - doodle, header & banner design, atau cakarathon? Atau berdasarkan susunatur layout dan kekemasan blognya?

Apapun terpulang pada kita untuk membuat tafsiran. Cumanya, saya sekadar berkongsi pandangan, blog merupakan salah satu medium untuk mengenali seseorang. Sedikit sebanyak, kita dapat melihat sisi berbeza seseorang itu melalui blognya. Mungkin di alam realiti, dia agak jauh berbeza. Tapi itu bukan bermakna hipokrit, ia sekadar sisi berbeza dalam setiap diri seorang manusia.

Kadangkala, akibat kemajuan dan kepantasan diluar sana, ramai diantara kita terhijab sisi berbezanya. Melalui medium beginilah, sedikit sebanyak hijab tu terbuka. 



Bestnya apabila sakit!

16

April 19, 2012 by


Alhamdulillah, dengan izinNYA, lana demam lagi, hahaha. Suka plak, dush!

Seharusnya, begitulah kan? Bersyukur dengan kesakitan, kepayahan dan kesukaran yang dikurniakan.

Waktu begini, waktu paling sesuai untuk menguji diri sendiri.
Sejauh mana akal, jiwa dan jasmani bersatu, bertahan dalam kudrat yang lemah.
Menilai hubungan antara kita, sebagai hamba dengan Pencipta.

# Huhhh..pening kepala otak..err, dah kepala, pastu otak..maaf la pada yang berkunjung, tak ketentuan hala rasanya badan ni..



Apa hukumnya menyebut, menaip Al-Fatihah?

18

April 18, 2012 by


Err..lana ada kemusykilan la..tapi tak tahu nak tanya siapa. Hehehe, tetiba terlintas sebentar tadi.

Kalau anda perasan, didada akhbar, ataupun lebih senang dialam maya, apabila kita membaca cerita/kisah/entry yang berkaitan pemergian saudara seugama kita kealam barzakh sana, dipenghujungnya, mesti penulis akan menulis lebih kurang seperti ini, "Al-Fatihah buat arwah ....". Kita pula yang membacanya, secara spontan mesti sebut perkataan yang sama dihati, paling tidak dimulut dengan nada perlahan. 

Apa hukumnya ya kalau kita yang menulisnya, BUKAN SEDEKAHKAN AYAT2 SURAH AL-FATIHAH tu pun, sebaliknya cuma sedekah PERKATAAN AL-FATIHAH tu sahaja?

Bagaimana pula dengan yang membacanya? Sekadar menyebut perkataan Al-Fatihah, bukannya menyebut ayat2 surah Al-Fatihah?

SAYA TAKNAK JAWAPAN "Mungkin mereka baca dalam hati". 

Rasa macam soalan pun salah,heh3. Ada sesiapa boleh tolong?



Usaha dan Kemenangan

20

April 17, 2012 by


"Siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih."

Kata2 hikmat inilah yang saya pegang sepanjang tempoh pengajian Diploma saya dahulu. Saya kagum dengan yang mengucapkannya, dia sama kelas dengan saya, cuma dua tahun lebih tua. Memang, saya suka bersaing, lebih2 lagi dengan orang sepertinya. Bila 'kemenangan' berpihak pada diri, saya rasa sangat puas hati.

Tapi, dia juga selalu mengingatkan,

"Nak beroleh kejayaan, kemenangan, itu mudah, tapi untuk mengekalkannya, itulah part paling susah."

Terima kasih..kata2nya itu saya pegang sampai kehari ini.



Hadapi dengan senyuman

20

April 16, 2012 by


Ini antara lirik lagu yang saya alunkan bila hati rasa lara dan blur.
Tapi, time gembira pun saya layankan juga, senikatanya ringkas tapi penuh makna. 

Hadapi dengan senyuman,
Semua yang terjadi..Biar terjadi.
Hadapi dengan tenang jiwa,
Semua..Kan baik-baik saja.

Bila ketetapan tuhan,
Sudah ditetapkan..Tetaplah sudah.
Tak ada yang bisa merubah,
Dan takkan bisa berubah.

Relakanlah saja ini,
Bahwa semua yang terbaik,
Terbaik untuk kita semua,
Menyerahlah untuk menang.
- Dewa 19 - 

Kesimpulannya...
Merelakan apa yang berlaku, atau lebih afdal perkataannya - REDHA. InsyaAllah, perit macamana pun, pada akhirnya, pasti ada sinar bahagia. Bukankah memang itu janji dariNYA?



Antara teh dan kopi

29

April 15, 2012 by


Ibunda dirumah bising-bising.

Dengan saya: "Ko ni kak long..hari2 minum kopi..jangan minum lebih2, cukup sepeket sehari!"

Dengan ayahanda: "Hari2 minum teh, teh, teh, teh. pagi petang, siang malam, heiiii.."

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..eh, ada kaitan ke? hak3. Nak buat macamana ibunda, favourite orang lain2 kan? hehehe.

Minuman kegemaran anda?



PIKOM PC FAIR 2012 dan kerenah manusia

14

by


Semalam, 14 April 2012, kami dua beradik sempat la menjengah PIKOM PC FAIR 2012 di KLCC. Barang yang dihajati, Alhamdulillah, berjaya dibeli. 

Ada satu tips untuk anda diluar sana, sebelum nak membeli apa2 pun produk/gadget elektronik ni..tolonglah, survey dulu - internet, kedai, tanya rakan2. Supaya? tidak mudah dikelentong dengan harga yang bukan2.

Dan tak lupa, bagi anda yang jenis tak tahu untuk berkata "TIDAK", bawalah sekurang2nya seseorang untuk menemani anda, supaya anda tidak "ditarik" dan "tertarik" dengan mudah pada...bukan tawaran2 disana, sebaliknya pada yang memberi flyers, risalah, booklet dan yg sama dengannya.

Ini kali kedua saya ke sini. Dan tadi, berlaku lagi insiden saya ketawa dengan riangnya bila ditegur pemberi2 flyers. Semasa menghampiri exit salah satu dewan pameran, kami terpaksa melintas sekumpulan..no, segerombolan 'tentera2' Maksis, Celtom, UniPai, Digey dan sewaktu dengan mereka. Perghh, usah cakaplah, bersungguh giler 'tentera2' diorang menggempur kami berdua. Memandangkan dah ada pengalaman sebelum ni, kami berlalu dengan muka rilex, cool je..mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Sampailah kepada seorang 'tentera' Maksis ni.. "Akak, akak pakai internet? Akak pakai yg mana? Broadband? XX? Akak belajar lagi? Akak, kita ada promosi skrg ni, bla bla bla".

Punyalah laju macam mesingan dia berkata, ditambah dengan mimik muka untuk meyakinkan saya, saya apa lagi, terus tertawa, hahaha.

Sudahnya, dia memekik kat saya,

"Kenapa akak gelak, saya salah cakap ke kak"

Bertambah ketawa la saya dibuatnya. hahahaha. Ketawa sampai pintu keluar pulak tu. 'Tentera2' lain selepas itu, sempat lagi menggempur sambil bertanya, "ha akak, senyum2, ketawa ni, ni kak, kita ada promosi..bla bla bla".

#Fuh, tak terkalah saya 'tentera2' ni,hehehe. Berhati2lah dengan festival macamni ya. Banyak godaannya.



Pentingnya Logout/Signout

25

April 13, 2012 by



Kealpaan membawa padah. Satu hari, saya terlupa untuk Logout akaun FB disebuah CC. Gara2 nak cepat, saya hanya pangkah pada window utama. 

Esoknya, rakan saya menghantar message berbunyi, "Weii, ko ada online tak harini?". Saya jawab, "takda, tak sempat lagi pergi CC".

"Baik ko pergi sekarang, aku rasa ada orang hack ko punya FB. Siap tukar gambar tak elok lagi", beritahu kawan saya tadi.

Dengan berderau darah, saya segera menelefonnya dan meminta dia bercerita dengan lebih lanjut. Ibunda orang pertama saya beritahu mengenainya. Jam menghampiri 7 petang, ikutkan hati saya mahu terus berlari ke CC, tapi saya gagahkan diri menunaikan fardhu Maghrib terlebih dahulu, tapi sungguh, hati saya tidak tenteram. 

Sampai saja dikaunter CC, saya mengadu pada pekerjanya. Mereka juga terperanjat mendengarnya, selama mereka beroperasi, inilah kes pertama. Selepas diselidik, ternyata, ada dua orang lelaki yang duduk ditempat sama yang saya duduk pada hari sebelumnya.

Dengan tangan terketar2, saya segera buka akaun FB saya. Astaghfirullahalazim.. Hamba Allah yang mengaibkan saya itu menukar gambar profile saya dengan gambar seorang perempuan lain dalam keadaan berahi. Selepas itu, dia mengeluarkan post yang berbaur tidak senonoh di wall saya, sehinggakan ada dikalangan rakan2 saya yang turut membalas komen dengannya.

Allahuakhbar..menangis saya seorang diri disitu. Rasa sangat beremosi ketika itu. Apa yang saya mampu buat ialah mengeluarkan kenyataan duduk perkara sebenar yang berlaku. Apabila saya rasa lebih tenang.. saya mengeluarkan kenyataan terakhir di FB saya.. "semoga Allah memaafkan hambanya yang melakukan aib ini pada saya..".

Saya tidak menyalahkan hamba tadi, kerana saya sendiri akur dengan kesilapan saya membuka laluan mudah untuknya melakukan hal ini. Dan, tujuan saya bercerita, bukan untuk membuka pekung didada, saya hanya ingin memberi peringatan, perkara seperti ini, kelihatannya mudah. Tapi impactnya, kita tidak tahu apa, bila dan bagaimana. 

Dengan kejadian tadi, saya banyak merenung diri..terlalu banyak hikmahnya walaupun saya akui, saya rasa malu sangat diri ini.

Dan..tidak lama selepas itu, saya dapat satu komen. Seingat saya, saya tidak pernah add nya sebagai friend. Dia menulis, "beruntung awak, dengan apa yang terjadi, masih ramai lagi kawan2 awak menyokong dan berada disisi". 

Tahulah saya.. itulah Hamba Allah tadi..selepas itu, saya tidak ketemunya lagi dalam FB..



Ayah saya tersepit!

17

April 12, 2012 by


[Auto Post]

Harga Sebuah Kesihatan nukilan saudara Muttallif serta merta membuatkan ingatan saya terarah pada ayahanda. Kami sekeluarga sedang dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan bersama. 

Ibunda dengan jamunya, 
Adik saya dengan senamannya,
Manakala saya pula dengan vitamin saya.

Ayahanda saya bagaimana pula? Hurmm..masih ditakuk lama, hehehe.

Saya tahu ayahanda saya tersepit antara makanan kegemarannya dan keinginan untuk menjadi lebih sihat seperti kami bertiga. Buat masa ini, antara usahanya yang menampakkan hasil ialah, tidak menjamah nasi dimalam hari, sebaliknya menggantikannya dengan pelbagai jenis roti.

Tapi, kadang2 terbabas juga kesana sini, hihihi. Saya yang melihatnya, geli hati. Jangan sangka, menjaga pemakanan tu mudah, macam pejam mata kanan mata kiri. 

Baru ini, doktor isytiharkan, "Kolestrol pakcik masih tinggi". Ayahanda pula membalasnya, "Dah tu macamana doktor, saya memang berselera makan". Hehehe.

Abah..abah.. :)



Hilang kesabaran..grrrrrrr..

14

April 11, 2012 by


Fuhh..jarang2 sekali nak buat entry bila angin badai mendatang. Ni dah bukan angin dah, taufan tsunami. Hehehe.

Hilang sedikit kesabaran saya..melayan kerenah printer dibilik ini. Bila dah get ready, ada2 je yang nak dipekiknya.

"Close ink cover!"
"Reload your paper!"
"Install your cyan ink!"

Ada jugak yang jadi kepingan2 berdebu jap lagi. Phewww.. Alhamdulillah..selesai satu kerja..

# Oh ya, selamat bercuti sempena Hari Pertabalan Agung ni. Apa aktiviti cuti sehari ni? Hurmm, saya gi Alamanda je. Jadilah.. :)



Pemilik Tulang Rusuk..

19

April 10, 2012 by


Bersyukur kepadaNya, Dia menghantarkan seseorang kepada saya.
Kebaikannya menyenangkan hati semua, kenakalannya menghiburkan hati pemudi pemuda.

Apabila 'seseorang' memilih saya..
Saya terima apa adanya..
Lemah kuat, baik buruk dirinya..
Saya sedar dia hanya insan biasa.

Saya bukan mengharap pada rupa, kerna saya tahu saya sendiri bukan rupawan mana.
Bukan juga khazanah dan harta, kerna saya hanya inginkan kehidupan yang sederhana. 
Tidak juga mendambakan rayuan dan kata cinta, kerna ternyata kerap mengungkapkan hanya mendatangkan jemu pada empunya.

Tapi.. saya sekadar memohon..
Diberi bimbingan dan teguran..
Untuk berdepan dengan kelemahan saya sebagai seorang perempuan.. apatah lagi sebagai insan...

Kepada: Pemilik Tulang Rusuk
Daripada: Lana@Liana 



Culture Shock! , Berpindah Sekolah

11

April 9, 2012 by


Saya pasti semua orang pernah, sedang dan akan mengalaminya - kejutan budaya. Perbedaannya mungkin pada faktor2 spt situasi, masa, tempat, jenis kejutan yang kita alami dsbgnya.

Kejutan paling terkejut, saya alami sudah tentunya semasa saya berpindah sekolah ke Putrajaya, tempat tinggal saya sekarang ini.

TEKANAN. Ya, itulah yang terjadi. Saya hadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Saya rasa tertekan, sukar sekali untuk saya menyesuaikan diri dikawasan baru ini.

Antara sebabnya:
1. Sebelum ini, saya bersekolah di sekolah perempuan. Di Putrajaya, semua sekolah campur. Setahun pertama bersekolah disini, saya sangat kekok bercakap dengan pelajar lelaki. Sebelum ini, nak bergolek guling kat tempat berhimpun, tiada siapa pun nak pandang. Bila dah sekolah campur, kenalah cover2 skit. huh.

2. Disekolah lama, majoriti bangsanya Cina, diikuti India dan akhir sekali Melayu. Ia memang sekolah kebangsaan, cuma kawasannya, majoriti penduduk berbangsa Cina. Jadi, kawan rapat saya kebanyakkan berbangsa Cina dan India. Boleh dibilang berapa Melayunya. Jadi, bila bersekolah di sini, saya dikelilingi bangsa saya sendiri. Dan, ya, saya kekok juga.

3. Saya suka aktiviti berkawad. Sekolah saya disini adalah sekolah yang baru dibuka. Atas sebab itu, banyak juga kekurangan yang perlu ditampung kami semua. Sedikit sebanyak, kekurangan itu juga memberi impak pada akitiviti kegemaran saya. Sejak berpindah, peluang berkawad tu semakin berkurangan. huh. huh lagi?hehehe.

Ada pengalaman serupa? Kongsikan bersama.



Sebuah pertanyaan..

25

by


Terimalah hakikat, panjang mana pun umur kita, banyak perkara yang kita tidak tahu, dan ianya lebih dari yang kita ketahui. 

Lana..urm..banyak bendalah tak tahu.. jadi.. lana suka bertanya. Mungkin ada yang lebih senang memilih sumber rujukan seperti buku, risalah, internet untuk menambah ilmu pengetahuan. Tapi lana lebih suka memilih pertanyaan.

Bila bertanya, tentulah pada manusia. Dan, bila bertanya pada manusia, banyak jugalah balasan yang diterima.

Pensyarah pernah beritahu, tiada satu pun soalan bodoh didunia. Yang ada cuma, bodohnya kerana tak mengutarakan soalan yang ingin ditanya. Betul ke ya?

Jutaan terima kasih pada yang membalas setiap pertanyaan saya. Kalian memang sahabat terbaik dialam maya!



Hormati orang tua, orang muda bagaimana?

6

April 8, 2012 by


"Hormati orang tua..dan sayangilah orang muda". 80% daripada anda menjawab begitu agaknya.

Orang muda juga layak dihormati. Saya ambil contoh mudah, antara ibubapa dan anak-anak. Apabila si ibu, "Yana..tolong ibu jap, kemaskan rumah". Dah siap kemas tu, tak salah si ibu mengaplikasikan Tragedi Oktober pada anak tadi, cium dan peluk anak tu sambil ucap dengan nada syahdu,"tima kasih banyok deh tolong ibu..ibu sayang sangat kamu..". Hakikatnya si Yana tadi cuma lap seketul cawan je. 

Bapa juga, "Akmal, ambilkan kunci keta abah atas meja tu sat". Bila Akmal dah bagi, ringan2kan mulut, bagitahu padanya, "tima kasih nak". Ni tidak, jangan lah merempit terus dengan motor tu. 

Dalam hal ni, saya hormati ayahanda saya..sebenarnya, dah tahap malu dah dengan dia. Cara ayahanda saya, dia memang tak pernah ucap terima kasih. Malu, saya tahu. 

Kebiasaannya, saya yang akan memandu, walau kemana halu tuju. misalnya ke Perak untuk pulang kekampung, atau ke Johor menjemput adik saya yang belajar disana. Apabila selesai urusan2 disana, minggu hadapannya, apabila saya sedang menjamu selera, mesti secara tiba-tiba ayahanda menghampiri saya.

"Nah, duit ...... puluh ringgit. amik adik kat Johor hari tu". Lembut, perlahan je ayahanda ucapkan.

Saya tak pernah harapkan ayahanda hargai dan hormati saya sampai tahap sebegitu rupa. Bagi saya, sebagai anak sulung, biasalah, suka atau tidak, tanggungjawab pada keluarga, suatu masa nanti saya yang perlu memegangnya.

Tapi, siapalah tak seronok dapat ..... puluh ringgit? Macam biasa, sengih jahat saya terserlah bila dapat 'upah'. Terima kasih abah. Hahahahah. Tengok tu, gelak jahat pulak dah.

"Apapun cabaran yang melanda dalam proses mendidik anak2, ingatlah.. anda sebagai ibubapa pernah menjadi seorang anak. Tapi seorang anak, belum pernah menjadi ibubapa melainkan apabila masanya tiba. Jadi, bantulah mereka hadapi tipu daya dunia."
- Lana@Liana - 



Tutorial: Cara memasang Google+ Badge dan +1 Button (Bahagian B)

5

by


Sambungan dari Bahagian A sebelum ini.

Bahagian B

1. Sign-in ke blog anda. Klik pada Dashboard. Di dropdown menu, pilih (A) Layout diikuti dengan Add A Gadget. Pilih (B) HTML/Java Script pada window seterusnya.



2. Copy dan pastekan kod dibawah ini kedalam ruangan yang disediakan. Kemudian, klik Save.

<g:plus href="https://plus.google.com/100445730131337689146" rel="publisher" width="290" height="131" theme="light"></g:plus>


Penting! 
- Yang dihighlight dengan warna oren adalah Google+ ID Number anda. Gantikannya dengan ID No anda sendiri. Rujuk step 5 Bahagian A sebelum ini.
- Width dan height bagi gadget ini boleh diubah dengan menukar nombor yang dihighlight biru diatas. Untuk width, pastikan nilai minimumnya pada 160 ke 180 px. Apapun, terpulang pada anda. Bereksperimenlah dengannya.

3. Cuba Preview dulu. Kalau menjadi, anda boleh terus klik pada Save Arrangement button.

4. Tak menjadi? Cuba cara ni pula. Pergi semula ke Dashboard - pilih Template. Selepas itu, klik pada Edit HTML button. Jangan lupa tick pada kotak "Expand Widget Templates".

5. Di keyboard anda, klik Ctrl - F, taip/cari kod ini: </body> ,pada bar yang disediakan. (Jenis bar berbeza bergantung pada ejen carian yang anda guna. Kalau Google biasanya ia berada disebelah kanan atas, manakala Mozilla bar nya berada dibawah.)


6. Jumpa? Copy dan paste pula kod dibawah ini DIATAS kod yang anda cari sebentar tadi.

<script type='text/javascript'>
  (function() {
    var po = document.createElement(&#39;script&#39;); po.type = &#39;text/javascript&#39;; po.async = true;
    po.src = &#39;https://apis.google.com/js/plusone.js&#39;;
    var s = document.getElementsByTagName(&#39;script&#39;)[0]; s.parentNode.insertBefore(po, s);
  })();
</script>
<g:plus href='https://plus.google.com/{profileId}' rel='author'/>

Rujuk gambar dibawah.


7. Cuba Preview dulu. Kalau menjadi, baru klik Save Template. So..siap! Alhamdulillah. Hehehe.

8. Sebarang cadangan/ penambahbaikan/ kemusykilan boleh tanya pada lana. Melalui e-mel, atau letak saja diruangan komen entry ini. Terima kasih.



Tutorial: Cara memasang Google+ Badge dan +1 Button (Bahagian A)

4

by


Saya bahagikan tutorial ini pada dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. Kita mulakan dengan Bahagian A dahulu. Diakhir tutorial ini, insyaAllah, anda akan dapat hasilnya seperti dibawah: 


Bahagian A
1. Firstly, Create An Account bagi yang belum mempunyai Google+ akaun. Yang dah ada, boleh terus Sign-In.


2. Isikan maklumat2 yang diperlukan. Bila siap, anda akan diprompt-outkan dengan page seperti dibawah. Ambil masa untuk godek2 semua function/applikasi yang ada. Secara amnya, ia tidak jauh berbeza dengan Facebook.


3. Scroll-down page diatas, sampai anda jumpa ikon Google+ Page di sebelah kanan anda. Kita akan mulakan create page melalui ikon ini. Jadi, klik pada Create a Google+ Page.


4. Pada window seterusnya, pilih (A) mana-mana kategori yang anda rasakan bersesuaian dengan website anda. Untuk blog peribadi seperti saya, saya rasa kategori Other lebih sesuai. Jadi, klik Other button. Isikan (B) Page Name dan (C) Website pada ruang yang disediakan. Pilih juga (D) kategori users yang diinginkan. Atau defaultkan saja pada Any Google+ User. Jangan lupa tick pada (E) kotak "I agree to the Pages Terms...". Klik (F) Create button.


5. Nanti, akan keluar page seperti dibawah. Godek2 lah apa yang perlu, tukar gambar dsbgnya. Oh ya, copy dulu Google+ ID Number anda. Copy nombor sahaja ya. Sebab nanti kita nak guna di Bahagian B nanti. 


#Bahagian B diSINI.

##Sebarang cadangan, teguran, penambahbaikan dan pertanyaan boleh diemelkan kepada saya, atau tinggalkan saja diruangan komen entry ini.



Perlu ke perempuan pandai memasak??

16

by


Sebagai seorang perempuan, kalau ditanya pada lana soalan ini, jawapan saya, mudah sahaja.

Perempuan tidak perlu pandai memasak. Yang sepatutnya, perempuan perlu memasak walaupun tak pandai.
Nampak bezanya?

Pandai memasak satu bonus. Hatta, bukan pada perempuan saja, kalau lelaki pandai memasak pun satu bonus.

Macamana yang tak pandai ni pula? Memasak lah, walaupun sekadar menggoreng telur. Semua perkara , asasnya bermula dari bawah. Tiada siapa pun, tetiba terus hebat, pandai buat Rendang Tok, Tempoyak, Gulai Lemak, Ketam Masak Tiga Rasa dan bla bla bla.

Jadi, jangan risaulah kalau tak pandai memasak, tak tahu memasak. Yang pentingnya, cuba. Ini bagi yang masih anak dara. Yang dah kahwin pula? Bagi lana, cuba dan perlu masak untuk keluarga. Takdapat sehari sekali, buatlah seminggu sekali. Tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun jadi..parah dah tahap ni, hihihi.

Saya pandai memasak tak? Takkkkkkkk, muahahaha. Tapi saya akui, memasak memang best, lagi2 bila time sibuk menggoreng, mengukus, merebus tu, nampak macam sedap je masakan kita. Bila dah rasa? Puihhh, hahahaha. Telan saja!

Pembaca sekalian, anda ada pengalaman memasak??



Sambung belajar

9

April 7, 2012 by


Bila tengok iklan2 Institusi Pengajian Tinggi di akhbar2, rasa macam nak sambung belajar.
Bukan ke peringkat yang lebih tinggi, cuma kali ni, nak buat apa yang saya sukai.

Ada beberapa bidang yang saya nak cuba..tapi..tak tahu nak mula darimana..hurmm..

Betul tak sambung belajar tak semestinya ke Institusi Pengajian? Sebab sekarang ni, saya teringin nak pi kelas masakan, ambil lesen diving, ambil lesen motor. hurmm..

#kesakitan..



Cinel? Chenal? Sinel?

6

by


Suatu hari tu, pergi kebengkel kereta di Dengkil, berdua dengan ayahanda. Setibanya disana, saya stay dalam kereta, ayahanda keluar bertemu pomennya. Lampu belakang mengalami masalah, tak mahu menyala.

Selepas diperiksa, pomen tu kata, mentol lampu terbakar dan dia segera menukarkannya. Kemudian, sambil memandang kearah saya, dia menyebut, "Cinel, cinel".

Saya memasang telinga, cuba memahami butirannya. Sekali lagi terdengar dia berkata, "Chenal, chenall!". Pomen tu bersuara dengan lebih lantang dan clear.

Saya semakin bingung, dengan dahi dah berkerut dua, cuba meminta ayahanda yang berada disebelahnya, mengulang kembali perkataan yg disebut pomen tadi. Ayahanda bilang, "akak, enjin, enjin! hidupkan enjin".

Dengan gelabah, saya hidupkan enjin. Hati berkata2, "Chenal? Enjin? Lagi jauh bunyinya,tak sama pun?". Saya turutkan juga. Takut juga pomen tu bising, hari semakin terik, bukannya hening. Sekali lagi kedengaran suaranya, "Alloo, cinel,sinel!!".

Kebetulan, seorang kenalan keluarga yang baru saja tiba dibengkel sama, segera mendapatkan ayahanda dan saya. Melihatkan kami yang mati kutu agaknya, En. Joshua bertanyakan pada kami dan pomen tadi, kenapa?

Pomen tadi masih meminta saya buat benda yg sama. Lantas, En. Joshua memandang saya,

"Yana, SIGNAL! Signal! Pasang signal"

Whatttt??? Dalam hati punyalah ketawa. Hahahahaah, ingatkan pe la Cinel, Chenal n Sinel tadi. Allah..sabar sajalah. Cinel = Signal, hehehe.

Saya tidak berniat memperlekehkan sesiapa, yang saya cuba sampaikan, pentingnya penguasaan bahasa. Tidak mengapa kalau kita tidak tahu banyak bahasa, itu normal, boleh dipelajari. Tapi alangkah rugi, kalau bahasa asas sendiri tidak boleh dikuasai. Terpulang pada anda bagaimana menafsirkan 'bahasa asas' disini.



Facebook atau Twitter?

14

by


Bila tengok adik Kay Jue buat FB Like di blognya, rasa macam nak buat juga.
Memang pernah terniat, tapi dah tertangguh lama.
Macamana dengan Twitter? Akaun dah ada, tapi tak kemana-mana..

Sudahnya, kedua-dua aplikasi tiada diblog saya.
Urmm, takut tak terjaga kalau ada salah satu, apatah lagi kedua-duanya.

Ada sebarang cadangan untuk dikongsi bersama?



Strange and Beutiful Mushrooms

19

April 6, 2012 by


1. Bleeding Tooth Fungus

 

2. Earthstar Puffball


3. False Morel 

 

4. Bearded Tooth Mushroom

 

5. Bioluminescent Fungi


6. Red Cage Fungus (Clathrus Ruber)


7. Sky Blue Mushrooms





Allah Maha Mengetahui

14

April 5, 2012 by


Semasa saya buat entry "Terasa kerdil diri ini..", saya mendapat respon yang baik sekali dari setiap yang membacanya. Sini, saya sekadar ingin berkongsi bait2 ini, sebab ianya sangat menyentuh hati saya. Terima kasih pada saudara Aizat, yang memberi kebenaran pada saya untuk menuliskannya kembali disini..

"Allah punya perancangan Maha Baik. Allah Maha Tahu. Setengah orang Allah jadi dia putih suci dari awal lagi kerana dia lah yang menjadi rujukan ilmu. Tapi setengah orang macam anta Allah jadi hitam sikit dulu, kemudian diputihkan pula, supaya orang macam anta faham perasaan dan keadaan masyarakat sekeliling macam kawan-kawan anta, jadi senang untuk anta tanam cahaya iman dalam hati mereka sebab anta pernah dulu dan rasa hidup mereka. Jadi bila anta faham, anta tuntut ilmu, senang untuk anta dakwah. Jadi jangan pernah rasa rugi dengan ketentuan Allah".




Reply To Comment

22

by


Rasa bersalah juga, tidak membalas setiap komen anda dientry saya. Saya pernah cuba applykan function 'Reply To Comment' sebelum ini, tapi sekejap saja. Saya kurang selesa dengan penggunaannya.

Tapi, bukan bermakna saya tak endah dengan komen2 yang diberi. Saya sangat bersyukur, ada yang masih sudi, meninggalkan komen disetiap entry.

Saya lebih selesa apabila, ruangan entry adalah milik saya sepenuhnya.. manakala ruangan komen pula untuk pembaca menguasainya. Rasa lebih adil begitu..boleh plak? Hehehe.

Saya juga lebih senang bikin kepoh di blog tuan rumah..lebih afdal rasanya. Al-maklumlah, tuan2 rumah sekalian dah sudi singgah kerumah kita, tanggungjawab kita la pula menziarahi tuan2 rumah semua.

Ni apahal lah bahasa macam Kesultanan Melayu Melaka? Hurmm..minta maaf ya kalau ada yang tak suka dengan cara kita. Tak mampu puaskan hati semua.



Teringat arwah atok..

9

April 4, 2012 by


Masa tengok citer Upin Ipin diTV9, tiba2 teringatkan arwah atok. Saya ada dua orang Atok. Tok lelaki sebelah ibu, dan sebelah ayah pula, yang perempuannya pun saya panggil tok juga.

Kedua2nya telah selamat kembali menemui Pencipta mereka. Semasa Tok belah ibu meninggalkan kami, saya masih ingat lagi, ketika itu saya sedang berada dirumah keluarga angkat saya di Ampang. Kebiasaannya, musim cuti sekolah, saya akan berada bersama mereka.

Dan pada malam tu, saya sedang bermain didalam bilik bersama2 anak keluarga angkat saya. Masih jelas lagi, Mama (ibu angkat saya) memberitahu, "Yana, jap lg kita balik kg yana ea, atok dah tiada". Saya rasa saya cuma membalasnya dengan anggukan saja, sebab waktu tu darjah 1..tak mengerti apa2..

Yang saya mampu ingat, dikampung, makcik saya (anak bongsu dalam keluarga) kemerah-merahan matanya. Dan saya juga masih ingat, tempat arwah dibaringkan didalam rumah..

Tapi yang paling sedih, sewaktu pemergian arwah tok perempuan saya. Maha Suci Allah, beliau dijemput pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan..seingat saya waktu itu, saya darjah 6.

Malam tu, pakcik saya yang berjiran dengan kami, datang mengetuk tingkap rumah. Kebetulan saya sedang menonton tv, manakala ayah sedang bekerja dan ibu sedang mengerjakan solat. Pakcik saya bagitahu, "Yana, atok dah meninggal dunia jam ... nanti bagitau mak ya. Pak Ngah bagitahu abah nanti".

Saya tak tahu kenapa, dengar saja perkataan meninggal dunia, saya terus menangis teresak2. Mak saya yang sudah selesai bersolat pun bertanya kenapa. Sambil menangis saya menyampaikan berita tadi. 

Tangisan saya tidak lama. Cuma apabila mahu melelapkan mata, saya menangis lagi.. tanpa henti sehingga saya tak sedar diri..tertido.. Apa yang pasti, selepas ni, kalau saya balik kg, saya dah tak boleh merasai masakan sardin yg dimasaknya. Walaupun sekadar sardin, arwah tok masak memg lain dari yg lain. Sampai skrg, masih terbayang2 menikmati sardin bersama arwah tok, abah dan adik didapur kayu..

Waktu tulah saya sedar, saya sudah paham apa makna kehilangan.. semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman..



Sebagai manusia, aku sayang padamu..

18

by


"Sebagai manusia..aku sayang padamu.."

Lana tak tahu siapa yang mula2 mengucapkannya.
Hanya mengetahuinya slps mbaca Triologi Novel Bagaikan Puteri, karya Ramlee Awang Mursyid.

Sumber

Masa mula2 membaca frasa tu, terasa bergetar emosi ni. Cehh, jiwang giler. Hahaha. 
Kesimpulannya, sebagai manusia..saya sayang pada anda.
Anda sayang pada saya tak? Jawab,muahahaha.

http://www.emocutez.com

Bergurau senda menambah ceria



Review Buku: Secrets of The Maze

10

April 3, 2012 by

Tajuk: 

SECRETS OF THE MAZE: An Interactive Guide To The World's Most Amazing Mazes



Sabtu lepas, ada hamba Allah menghadiahkan lana buku diatas. Weyewww, seronok! Hehehe. 

Ia dikarang oleh Adrian Fisher & Howard Laxton. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak tahu apa itu Maze, dan mungkin juga keliru diantara Maze dan Labyrinth. Oh ya, maaf, jujurnya, saya tidak tahu apakah perkataan Bahasa Melayu untuk Maze mahupun Labyrinth.. mungkin anda lebih mengetahuinya? Kongsikan bersama.

Labyrinth yang dihasilkan oleh penduduk peribumi Amerika, Pima dan Hopi, suatu ketika dahulu. Perbezaan utama Mazes dan Labyrinth ialah Labyrinth strukturnya lebih mudah dan ringkas berbanding Mazes yang agak berbelit2.

Bestnya buku ni, setiap Mazes sebenar didunia, diskala dan dilakarkan semula kebentuk dua dimensi, bagi membantu pembaca mencubanya sendiri, samada menggunakan pen/pensil. Sebenarnya, saya belum habis membacanya, tapi rasa teruja untuk berkongsikannya bersama, sebab buku ini sesuai digunakan untuk mencabar daya pemikiran kita.

Dibahagikan kepada 6 bahagian utama, dimana seperti biasa, pengenalan diceritakan di Bahagian pertama. Bahagian seterusnya, Ancient Links, menerangkan perkaitan antara Maze dengan sejarah, budaya dan tamadun2 dunia pada masa lampau. Antara tamadun yang terlibat ialah Greek, Rom, Amerika dan Eropah.

Indiana Maze.

Bahagian ke-3 pula bertajuk One Way In, sesuai dengan tajuknya, bahagian ini memperlihatkan kepada pembaca, Mazes yang terdapat diserata dunia yang mana, jalan masuknya terdiri daripada satu laluan sahaja. Laluan yang sama juga yang harus diguna untuk keluar dari maze tersebut.


Mazes To Get Lost In pula menayangkan beberapa buah Mazes yang bukan sahaja sukar untuk dilalui, malah didalamnya juga terkandung beberapa trick/helah untuk mengelirukan lagi laluan yang anda tempuhi. Semua helah ini boleh ditemui dalam Bahagian 4 buku ini.

Bahagian ke-5 pula, Amazing Modern Mazes menjurus kepada Mazes yang ada pada masa kini. Dengan pendekatan yang lebih kreatif, terutamanya dari segi rekaan dan bentuk, ianya jauh berbeza dengan mazes dari zaman lampau. Tapi dari segi kesukarannya, barangkali ia masih boleh dianggap sama. 

Archery Maze, salah satu jenis Mazes moden.

Dan akhir sekali, penyelesaian bagi setiap Mazes didalam buku ini terkandung dalam Bahagian 6, bahagian terakhir sekali. Jom sahut cabaran, selesaikan dibawah ini, ada berani?? Muahaha.


#Amalkan membaca sebagai budaya. Maaf, agak berterabur sikit review kali ni.. Semua imej diperolehi dari Google.



Powered by Blogger.