3 Kategori Pengunjung Blog

Ada 3 kategori pengunjung blog umumnya.


1. Pengomen Setia
Setiap kali kita update entry, dia mesti tinggalkan jejak diruang komen.
Biasanya, kategori ini terdiri daripada blogger yang kita dah kenal lama dalam dunia blogger atau rapat dengannya sehingga pernah berjumpa empat mata. Mungkin juga dari kalangan rakan bloglist kita.

2. Warga Shoutbox
Kelibatnya mudah dilihat di kotak jerit.
Kategori ini selalunya hasil dari aktiviti blogwalking kita ke blog2 lain, dari segmen/GA yang kita join atau kita sendiri yang anjurkan.
Boleh jadi dari mana2 komuniti/group blogger yang kita join. Bahasa mudahnya, yang baru kita kenal. Kategori kedua ini juga banyak datang dari spammer.

3. Silent reader
Boleh jadi dari individu yang mencari sesuatu topik, dan keywordnya ada dalam blog kita. Ada juga dari kelompok stalker. Mungkin juga peminat rahsia. Tak pun anon yang tunggu masa nak hentam kita.

Bagi saya, ketiga-tiga kategori pengunjung blog, sama pentingnya. Masing2 bagi impak yang berbeza pada blog kita. Lagipun, bila2 masa, yang pertama boleh jadi kedua. Yang kedua jadi ketiga, ketiga boleh jadi yang pertama. Haaa gitu.

Anda macamana? Ada beza antara ketiganya? :)

Comments

Unknown said…
saya sayang pengomen setia..lebiu so much..hehe.. silent reader takut..tapi blog saya tu ada ke silent reader..?hehe..
||aLeaSaRa|| said…
salam n morning sis lana.owh tiga2 tu penting.kak lea dpt ramai kwn sbb suka komen kat entri diorang.kadang2 komen yg menarik n kelakar,menarik minat org utk sggh ke blog kita.

shoutbox..yup penting sbb kdg2 diorg tak mnt nk komen n3 tu mgkn tak kena dgn taste,tapi still sggh utk support kwn.mmg hargai sapa yg say hai..hai..bye..bye di situ.cuma mmg kena berhati2 dgn pembaca yg ntah dtg dr mana..kdg3 tgglkan badwords.so far 2,3 kali je kak lea jumpa mcm tu..

tapi kak lea kurang suka org yg suruh follow..siap jerit2 di shoutbox,bagi kak lea itu seakan memaksa.sbb kalau tak suruh pun,kak lea pasti balas jejak n kalau menarik,previous entri dia best..mmg kak lea akan follow huhu..

silent reader...penting sbb at least masih ada yg sudi baca entri.kalau type entri xda sapa sudi sggh rasa mcm syok sendiri je huhu.mmg best dpt ramai kwn baru dr hasil diorg search keywords,then jump blog kita.



Teena Tna said…
Teena suka kalau ada org komen kt blog kite, sbb kdg komen tu utk memperbaiki diri kita jugak, kdg2 tergelak jugak baca komen yg kelakar..
Unknown said…
hehe. macam kak lana. baru je kenal tapi seronok bila ada teman yang rapat dalam alam maya ni :)
Tinta Lana said…
Nana ~ Hehehe, lana sayang pengomen setia lana juga.. urmm..insyaAllah ada nana :)

Aleasara ~ Wa'alaikum salam kak lea. Sya sndiri kdg2 sengih bila baca komen2 klakar,hehehe. Saya setuju pa yang kak lea sebut pasal shoutbox.. ^_^ slain sebab yg kak lea sebutkn tu, ada juga sbnrnya yg mybe kekurgn msa, or keadaan internet tak mengizinkn..jadi mereka pun tingglkn jejak kat situ saja.
Tinta Lana said…
Teena ~ Itu salah satu advantage kan, bila ada yang tingglkan komen, kita boleh saling tukar pendapat n cadangan macamana nak perbaiki diri, tambahkan ilmu etc.. :)

Tia ~ aah tia..seronok berblogging ni..dari tak kenal, terus kenal..pastu makin rapat..best. Pa ak ckp ni (-_-) hehehe
Aida Ismail said…
Saya suka je baca & komen entri orang kalau sempat. Kalau tak sempat, tinggalkan jejak je kat shoutbox. Hee~ Sayang tiga2 sekali especially pengomen setia. ^^
Nurul Syuhadah said…
erkk. Adah rasa kan, adah byk pengomen dari kotak jerit iaitu, spammer ! huhuhu :D

Yelaa, kita bukan retis macam Lana, ade secret admire utk silent reader, and ade peminat gila-2 yg suka tinggalkan jejak kat blog Lana.

~lalalalala :D
Berry Lavynia said…
sy xnk ckp pbezaan semua ni, tp......pbezaan dengan laman sosial lain.

Dunia blogger lebih hebat sbb snang untuk 'rapat'..lebih mesra.... :)
Cik Azz said…
Dulu masa mula2 jadi blogger, suka tinggalkan jejak kat s/box.. Rajin sangat blogwalking.. Lebih2 lagi bila dah pasang nuffnang..

Pastu bila banyak sangat jejak kat s/box yang datangnya dari planet mana entah, jadi bosan pulak.. Remove terus s/box tu.. Siapa rasa nak tinggalkan komen, silakan..

Sekarang ni serba-serbi malas.. Nak tinggalkan komenpun malas.. Nak balas komen yang blogger tinggalkanpun malas.. Lagi malas bila tengok earning nuffnang dok camtu je w/pun dah banyak buat b/walking... hahahaha..

Overall, tengok mood la.. Kalau mood ke laut, maka ke laut la kita.. Mohh la ikut akak ke laut sekali... hehe..
Nong Andy said…
Lana rasaa kan.. akak ni katagori mana eh? heeeee
Nong Andy said…
oh... baru perasan.. dah ada approval pula..

patutkan lana ada satu kumpulan pengunjung lagi.. kumpulan pengunjung yang timbul tengelam.. haha.. macam akak hehe
ewanthology said…
yg penting ketiga tiganya menyumbang kepada penambahan trafik.
Unknown said…
i'm silent reader..tp kdg2 kalu ada yg menarik, dtg mengomen gak..hehe
NasQ said…
aku nak jadi pembaca sepi boleh?
Unknown said…
Saya suka komen blog yang sentiasa di-update ;D
Unknown said…
hi lana !peace to you too...cewah !
bagi azie ketiga3 tu penting,lagi penting pengomen setia....sebab kalau dia setia dengan kita...secara automatic nya kita pun turut setia dengannya...heeeee kemain !kalah kan org bercinta nak setia bagai !

tapi betul lol !hehehe
ary_lee said…
Rasa-rasanya ary yang mana 1 ntuk Lana ek? HahahaXD

Alamat ary, ary dah send pada gmail Lana..

Ary tak sempat nak hupdate blog.. If Lana nak update,kan.. boleh je^^
penaberkala said…
boleh jadi ketiga-tiga
cuma tengok keadaan dan masa
gnesop said…
x kira mereka kategori mana yg ptg mereka adalah pelawat blog
kira VIP la mereka ni hehhee
Anonymous said…
tak kira mereka nih kat kategori mana , yg ptg ada org terjah blog kita ...
NinaAz said…
Nina jenis y akan jerit kt kotak komen kalau nina baca entri blog tersebut. Hihihi.
Blog akak ramai sangat silent reader. Pengomen setia rasanya tak de kurang kowt... Biasanya kalau yang komen tu adalah yang akak bw ke blog mereka. Tapi ada juga yang akak bw blognya, diorang just leave komen di shoutbox je. Pengomen di shoutbox memang sllnya yang datang n follow blog akak tanpa komen atau saja tinggalkan jejak utk beritahu dah singgah ke blog akak. Ada juga yg tinggal komen dishoutbox dan komen juga dientri. Tapi banyak silent Reader lah blog akak tu... huhu... sobar je la...
Bunda_nora said…
bunda tak kisah yg mana2 janji jangan tinggal komen yg merapu dan melanggar adab..
Annamariana1989 said…
anna x kish mana satu.. asalkan dapat tingkatkan trafik blog anna kira best la...
4feet8 said…
sy harap, dpt berjumpa dgn semua pengkomen tegar di blog saya satu hari nanti.. ;)
Anonymous said…
hargai pengujung blog even dari kategori manapun mereka kan!
insyaALLAH..pasti ada pengomen setia..hihi..selagi dia masih ingt kt..
apa2 pun yui hargai semuanya trmsuk awak dear =)
CD said…
2 & 3, aku la tu... hehehe ;)
Anonymous said…
aishhh,, muja lak kategori mana ek,, hehe
Cik Kay Jue said…
ketiga-tiga tu penting untuk blog. tp entah kena saban hari sy kian malas nak update.. huhu..
Tinta Lana said…
Adah ~ kita pun banyak spammer tau adah (-_-) amboi, siap lalalalla lagi ea :D

Berry ~ Lana terima pendapat tu.. ^_^

CikAzz ~ hahahah, kak azz ni, sempat lagi ajak org ke laut,hahaha. Mood saya tgh elok mendarat ni..tunggula lelama skit, kelaut la balik,hahahah

NongAndy ~ Saya..tak dpt kenalpsti akk kategori mana,ekekeke. Aah..saya cuba buat approval comment :) Taktau brapa lama bleh bertahan buat ni,hehehe

MalayMale ~ Betul betul betul >_<
Tinta Lana said…
T.Karut ~ Boleh je. Nak jadi, pembaca sipi-sipi pun bley :D

Azie ~ Peace yo! hahaha. Memang betul pndpt azie.. mcm azie kan, setia betul dgn lana..lana pun setia dgn azie..eh ye ke? hik3 :D

AryLee ~ Tak leh nak rasa la ary,hahaha. Lana pun terkapai2 nak update blog sndiri ary, inikan nak tlg update org lain punya..huhu

Tinta Lana said…
Ieta ~ Betul tu kak, tiga2 kategori penting untuk blog..sebab stiap satu ada bagi impact pda blog kita wlaupn pda kdr berbeza.

Bunda ~ Itu sudah semestinya :)

Nuyui ~ Tima kasih yui =)

KayJue ~ Tengah musim tu kjue.. Jgn biarkan ia menguasai diri ya ^_^
Miss Zahirah said…
dlu jadi silent reader.. tp bla dh rajin berblog rjin komen n jerit kt shoutbox.. hehehe
aizamia3 said…
dari tak kenal menjadi kenal.. bezanya kita belum jumpa je.. ;)
Unknown said…
aku rasa aku jenis hybrid pengomen setia + warga shoutbox. aku komen d blog yg aku kenal *biasanya mereka peramah* dan blog yg lain *baru kenal* tinggalkan link blog kt cbox, lepastu blah *scroll2 tgk n3 juga*...
Shida Radzuan said…
betul lana..ke3 ni ade cara tsndri..dn yg sama antra mereka adlh mereka myumbg trafik dlm msa yg sama hehee :D
Tinta Lana said…
Aizamia ~ betul kak, tunggu nak berjumpa je :)

Kopi Pasta ~ Ak rasa, aku pun cam ko juga.. ^_^
caliph shuriken said…
sjak bz dgn keje, sy pun x tau dh masuk kategori mana satu, huh...
Encik H said…
normally, aku mungkin ada dalam kategori 1 dgn 3..3 tu sebab kdg2 aku xtau nak komen apa..just dtg baca jer..1 tu macam biasa la..

2 tu, aku just menyemak kat shoutbox kwn2 yg aku kenal..hehehe
bLog Juga said…
Seronok juga mengomen. Mula-mula saya buat carian di google untuk mendapatkan pengesahan bahan-bahan menulis. Apabila terjumpa blog-blog yang seirin-jalan, mulalah mengomen sana-sini. Banyak juga blog-blog yang dikunjungi, tapi tak ada modal pulak nak komen.

Kadang-kadang terfikir, buruk juga bunyi perkataan "komen", macam la kita bagus sangat. Saya lebih suka menggunakan istilah tegur-menegur.

Saya ni dari jenis yang tak pandai mengomen, atau maksud yang lebih betul ialah tak pandai berbahasa, bukan tidak berbudi-bahasa, tapi tak pandai menggunakan kata-kata. Hingga kadang-kadang orang tak faham apa yang saya tulis. Sebab itu saya mengambil jalan yang agak panjang apabila buat komentar. Sudah tentu ini tidak memungkinkan saya meggunakan soutbox.

Setelah berpanjangan di jalanan, ingin saya pendekkan cerita bahawa saya suka komen dengan niat bertukar-tukar rasa hati sambil berhap ia berguna kepada kita semua.

Salam hormat.

Popular Posts