Tua VS Muda

Hidup ini, jangan kita rasa, kita lebih berumur dan lebih tua, kita pun anggap diri kita bagus belaka.

Jangan pula kita rasa orang yang muda tu, asyik tak betul je mereka.
Kita yang lebih tua pula, asyik betul belaka.

Bahaya sikap macamni sebenarnya. Boleh menimbulkan angkuh tanpa kita sedar.

Allah mengizinkan umur kita bertambah supaya setiap saat kita jadi lebih berhemah dan berhikmah. Bukan suruh kita mencari salah.

Yang tua merendah diri,
Yang muda bukakan hati,
Sama-sama kita mencari,
Berkat hidup dari Ilahi.

Haaa..dah lama tak berpantun.

Comments

muja said…
wah,,, ada cerita kot balik entry ni kan,,, pantun itu seni :D
Anonymous said…
saling hormat menghormati^^
nurdani said…
tu yang sepatutnya. note to self.
tak dinafikan ada sesetengah yang berusia ni tak boleh ditegur cara baik si muda. katanya dia lebih dulu makan garam.
ewanthology said…
berdasarkan pengalaman, pakcik pakcik yg pakai kopiah selalu rasa diri tu bagus sampai salah sendiri tak nampak, asyik nampak salah orang lain je, yg dia sentiasa betul.



no offences, sekadar pengalaman dalam dunia perkhidmatan selama hampir 10 tahun.
Tinta Lana said…
Muja ~ Dalam setiap cerita, memang ada cerita disebaliknya, ecehh,hehehe :D

ElJanna ~ Ya, hormat menghormati tanpa mengenal usia ^^

Nurdani ~ Peringatan untuk diri lana juga dani.. too many things happened lately, bnyk pengajaran diperolehi.
Unknown said…
pantun tu menarik.. :)

betul..kita muda atau tua tak melambangkan kematangan kita.. jangan pandang rendah pada orang lain..itu yg penting..tawaduk
hana hadi said…
kena beringat selalu nih
Mime MF said…
tua dihormati muda disayangi..hehe apa pun semua akan nmpk elok jika saling memahami & menghormati..
||aLeaSaRa|| said…
bagus entri ni lana,saling ingat-mengingati.wah samalah kita suka berpantun :)
IMA SALSUZAIMA said…
yang penting kena saling hormat menghormati. yang muda wajib hormat yg tua. yang tua pulak harus menjadi contoh kepada yang muda. :)
Teena Tna said…
Kak Lana pandai berpantun, biasanya isu nie byk terjadi antara senior n junior sama ada di sekolah mahupun di univ.
- berdasarkan pengalaman -
Unknown said…
sbb tu skarang ni softskills amat penting...gunakannya untuk kehidupan.
Unknown said…
hermp... sangat setuju ...
sama - sama menghormati
baru blending well ...

suka pantun tu ....
terbaik ...
Aida Ismail said…
Tahu tak pe. Ada yang tua tu tak boleh ditegur langsung. Aida pernah tegur sorang kakak perempuan ni kat fb sebab dia kurang ajar sangat ngan kakak dia kat status, terus Aida kena block. Nama je dah tua, tapi tak matang. Wakwakwak~
aizamia3 said…
jangan mudah melenting bila yang lebih muda menegur kita.. begitu jugak sebaliknya.. ;)
tapi.. sekarang.. bila tegur orang, kita balik kena sembur.. huhuhu.. :(
ary_lee said…
Eh? Pantun?
Ingatkan syair:-P
my notes said…
betul tuh . pandai lana berpantun . sedih tgk org muda sekrg nih tak hormat yg tua , lbh suka gelakkan dari membantu ...
Unknown said…
Masing2 kena pandai macam mana nak tegur antara satu sama lain..hormat itu sentiasa ada, tak kira tua mahupun muda..
Anonymous said…
betul tuh. kena la saling menghormati.

cth: afiq vs mak nya.. oppsss..
Tinta Lana said…
Nana ~ Tua tak semestinya matang, muda tak bererti kosong kan nana :D

Hana ~ harus diingat slalu,hehe

MimieMF ~ Seelok2nya, memang patut begitu.

Aleasara ~ Lepas ni, tunggu kak lea plak berpantun dalam entry,hehehe :)

Teena ~ Mana2 peringkat hidup, kita ada isu ni. Alam pekerjaan, keluarga, pun sama.. :)
Tinta Lana said…
Noh ~ Sudah begitu lama ak tak diketemukan perkataan softskills tu.. TQ noh ingatkan aku.

Aida ~ kemain aida gelak ya, wakwakwak :D Ego barangkali?

Aizamia ~ Sepatutnya, apabila ada orang menegur, kita proses dulu dalam kepala, timbang tara apa yang dikatakannya.

Cik Azz said…
Mana ada orang yang suka kena tegur..
Mana ada orang yang nak terima bulat-bulat teguran on the spot..

Selalunya kita ni tunjuk muka tak puas hati dulu.. Lagi parah baru tegur sikit dah melenting..

Bagus la jika ada manusia yang sempurna, bila kena tegur je, terus senyum selebar mungkin dengan ikhlas.. Kalau yang mencebik dulu bila kena tegur tu memang ramai la yang buat.. hehh..
caliph shuriken said…
yup, mmg bahaya klau jumpa spesis angkuh x sedar diri.. nyusah kn org keliling jaa, huh...
Tinta Lana said…
Kak Azz ~ Kita hidup bukan mencari kesempurnaan kak.. kita cuba menjadi yang terbaik. Allah anugerahkan kita pelbagai upaya, dan antara paling hebat, akal. Jadi, apapun teguran yg diberi, kita patut belajar menerima dan memprosesnya dgn baik.

Caliph ~ Angkuh takpa lagi awk..tpi bila dah smpai tahap tak sedar diri, apa pun tak bleh,hehehe
Aimacomel said…
yg tua dihormati, yg muda tetap disayangi..
Anonymous said…
xde yang lama, xdelah yang baru
Unknown said…
<---- tilik muka. alahai dah hilang seri baby face. *sedar diri berumur*

Popular Posts