Nilai Persahabatan

Jangan merendahkan nilai persahabatan.
Jangan menjatuhkan ia dan bergantung pada social media.

Apa..bila approved Friend, kita terus jadi kawan la ya?
Bila dia removed dari friend list, anda rasa dia pulaukan anda.

Bila tak follow anda kembali. Anda meroyan.
Mengata dia lupa diri.

Kalau dia tak berhubung untuk tempoh lama, anda fikir diri anda dilupakan olehnya.

Usahlah macamtu..buruk benar. Berkawan la elok2 ya.

Amalkan basic step.
Mula2 kenal-kenal gitu je.
Dah lama sikit, agak rasa boleh ngam, baru la bertukar2 soalan, bertanyakan peribadi.
Sambil2 itu cuba detect benda yang dia suka dan tak disukai.

Nak berkawan, buat cara nak berkawan.
Jangan biarkan social media dan teknologi mempengaruhi pertimbangan diri.

Comments

Cik Azz said…
Bab tanya peribadi tu akak kurang setuju sebab kita cuma kawan di alam siber je.. Kalau nak kawan sampai ke luar, ataupun nak jadikan someone special, mungkin takpe la kot.. Tapi ada risikonya juga.. Maklum la, dunia sekarang ni macam2 ada... huhu...

Akakpun baru je remove beberapa orang kawan yang akak rasa bukan nak jadi kawan pun.. Just nak stalk je.. Ada juga sorang dua yang akak block atas sebab tertentu.. Jadi, bila orang remove/block/unfollow akak, akak takde nak rasa marah dah.. Kalau dulu tu tertanya2 jugak kenapa.. Sekarang ni ikut suka la nak kawan/follow ataupun tidak..

*Niat orang kita tak tau tapi niat kita tu biarlah betul.. :)
Aimacomel said…
Hai Lana.. Kita nak kawan dgn awak.. Tapi dont wory kita xtanya lun soklan yg bukan2. Kalau awak xnk layan kita pu kita still ok :) hehehe. Gurau je.
Dlm berkawan ni, sy biasa2. Jarang yg terlampau istimewa takut nanti sy mahu dia tp dia xmahu sy. Susah sy nanti :)
NasQ said…
oooo ada dah yang dah tak like la tu...
aizamia3 said…
biar ramai kawan, barulah meriah hidup.. ;)
aizamia3 said…
tu yang tengok lain je.. ingatkan tukar template lagi..
Unknown said…
hermp.... itu la kan...
macam - macam jenis kawan ade dalam dunia ni ... tapi bagi chepi la kan... kawan yang begitu tak perlu dilayankan... tak jadi kawan pun tak rugi. cetek fikiran. kawan tu broad maksudnya ... bukan setakat kawan berbual di kedai kopi ... kalau kedai kopi tutup ... habislah ... so naif kan...
Unknown said…
setuju.. biar kita kuasai tknologi, jgn tknologi kuasai kita..
Unknown said…
tiada nilai yg dapat disamakan dengan sebuah persahabatan yang tulus dan ikhlas... :)
Unknown said…
kenal2 dulu baru kita berkawan..tak gitu? hehe.. adat berkawan macam2 ada..manusia pun mcam2 perangai ada..
hazwan hairy said…
sya syg bff sya..haha...hrgai lah kwn2 :-)
ewanthology said…
setiap perkara ada had nya
my notes said…
ada friends / follower bila comment , kita rasa dekat dgn dia , ada lak yg kita rasa canggong jer . kita hanya perlu cool jer ...
Aida Ismail said…
Salam Lana.
Biasa la tu manusia. Emm kat fb dulu approve je semua orang. Tapi diorang bukan nak berkawan pun. Nak stalk je. Huhu.
Nong Andy said…
Kawan ketawa tu ramai.. kawan menangis tu sukar nak cari...

Nak dapatkan kawan yg baik.. kena tanya diri adakah cukup baik kita sebagai kawan untuk mempunyai kawan yg baik...
friends forever. hihihi :)
Sop said…
berkawan banyak caranya
yg penting saling kekalkan perhubungan :)
Unknown said…
hi darling ! yeahh you ar right lana...berkawan biar beribu lemon..baru meriah ! ala dont think negative...yang nie x kawan ! yang lain ada...i will follow you ! follow me back...eh ! sory lana...gurau!
Anonymous said…
Assalamualaikum lana...

Setuju sgt dgn semua yg tertulis..woun pendek tp padat sgt..akak sendiri ada pengalaman mcm nih..akak ada page yg akak manage dgn org tersyg coz page tu hadiah dr dia...adalah bbrpa org kwn dia dh like page ni..alih2 tgk dah unlike plak..maybe sbb kat page tu ada link blog akak nih...akak tersenyum dan ketawa sendiri bila dia nasihat jgn salah sangka..jgn fikir yg bukan2 n jgn emosi..akak ok je..tak terkesan walau sedikitpun...hehehe...
CD said…
soooooo... trueeeeeee... kalau semua pakat nak aci segah, pun tak boleh jugak.. :D
Tengkubutang said…
yup.. setuju dengan Lana.. xyah nak emo sangat kan.. heee.. pandai2 lea timbang baik buruk..
En. Nasrudin said…
salam...haaa.. macam ni la kawan.. :)
cik natasya (: said…
Sys lana . Entry ni macam kene batang hidung tasya sendiri . Tapi dia sahabat , dah lama kenal . Mungkin bila hasad dengki mula beraja pada diri . Sahabat lupa sahabat . Sedih :') *oppss . lari topik . hehe
mrpolie said…
And friends are friends forever
If the Lord's the Lord of them
And a friend will not say never
'Cause the welcome will not end
-MICHAEL W. SMITH-
fyna said…
kena kenal betul2 kan. kena tahu apa yang kawan tak suka.
firohar said…
yup..insyaAllah..semoga kita semua tergolong di antara orang yang tahu menghargai kawan di sekeliling kita ni..so, sntiasa amalkan toleransi & bersgka baik..
ary_lee said…
bila berkwn, kita akan dapat rasa mana satu kawan yg betul2 ikhlas dengan kita. ary tak tahu naper. tapi ary lebih pentingkan rasa ikhlas tu dalam apa jua ary buat, dalam setiap langkah kehidupan.

ok. ntah pe kaitan ngan entri lana. HahahaXD cuma nak cakap, ary ikhlas je kawan ngan lana^^ dan ary rasa keikhlasan itu penting dlm persahabatan^^
ary_lee said…
btw, lana.. siapa blogger yg meninggalkan kesan tu? share sket ngan ary..
puteri kasih said…
sebelum kita menunding jari kat kawan..terlebih dulu kena tunding jari kat diri sendiri. Adakah kita ni kawan yang baik.

Manalah tau kan, dalam tak sedar tu kita ada buat silap. Sehinggakan ada kawan yang dah terguris hati ngan kita. Betul tak?
bg sy lebih senang berkawan dgn orang yang boleh menerima saya seadanya...kalau suka bgslah, kalau tak lantakla...

byk benda lg sy kena pentingkan :)
Yaya Mohd said…
salam lana..
btul tu..stju jg..
yg pntg nk bkwan ni biarla ikhls..
bkn dsbbkan oleh fktor trtentu..
Bunda_nora said…
assalam,

sahabat sejati adalah yg sentiasa bersama dalam suka dan duka...
Miss Zahirah said…
hai lana.. kta kawan kn... ;)
Unknown said…
sebab tu FB utk kawan2 yg betul2 kawan je.. org lain friend dah beriban, sy baru nk capai seratus. kdg2 org add/follow kt laman sosial ni utk stalk je.. nk stalk yg baik2 takpe lah jugak.. ni stalk, lepas tu dijadikan bahan gosip tu yg tak suka. betul atau tak itu blkg kira dan bukan nak bertanya, janji ada bahan nak bergosip.
Tinta Lana said…
KakAzz ~ Berkawan dimana, dan dengan siapa pun kak, memang ada risikonya.. :) Kerana kita berkawan dengan manusia. Manusia, hati mudah berubah, berbolak balik. Kdg2 kita baik, bila2 boleh bertukar jahat. Dan sebaliknya. Ya, betul.. yang penting niat kita :)

Baby ~ Kita dah lama anggap awak kawan baby ^_^ hehe, tq sbb tak tnya soklan bukan2,hik3. Aah, lana pun bersederhana je berkawan ni baby. Memilih tapi tak memilih, haa gitu :D

T.Karut ~ Apa tk? ak tak fhm,hahahahh
Tinta Lana said…
Aizamia ~ Meriah hidup dengan pengalaman kan kak ^_^ Saya memang tukar template kak,hehehe

Chepi ~ Good example la chepi, kedai kopi :) ha, lebih kurg camtu la mksd lana. Kita suka membutakan diri sendiri.

NurLyla ~ Teknologi fungsi sebenarnya, untuk memudahkan hidup seharian kita..tapi kita selalu tenggelam kat dalamnya :D
Tinta Lana said…
PPP ~ Memang tiada. Tak tahu nak dinilaikan dengan apa.. :)

Nana ~ aah, mcm kita la nana, kenal2 dulu, ewahhh,hik3.

Hery ~ Lana termasuk tak dlm bff list tu?hahaha. Ya hery, hargai seadanya.. :)
Tinta Lana said…
TMM ~ Yup. Ada batasnya.

MyNotes ~ aha, betul tu kak vee, hehehe. Sebab tu la, kita cuba cari keserasian tu, kenal2 dulu, biasa2kan diri saling berkunjung.. insyaAllah, lama2 hilang canggongnya.

Aida ~ Wa'alaikumusalam aida. Lana pun camtu gak..excited nak appve semua org,huhu.
Tinta Lana said…
Nong Andy ~ Sukar, tapi pasti ada. Kita psg niat dulu kak nak dptkan seorg kawan baik.. pastu usaha mencarinya.. InsyaAllah saya yakin ada.. ^_^

Sha ~ Tq sha.. :)

Sop ~ Itulah dia.. Yg penting, saling kekalkan perhubungan. Pilihan cara, bergantung pada kita.
Tinta Lana said…
Azie ~ Ya darling!! beribu lemon? (-_-) hik3. Ya zie..azie mmg suka bergurau, hyperactive :D

Wirda ~ Wa'alaikumusalam wbt kak. Kita cool je la kan kak,hehehe. Itu pilihan mereka. Kita jangan susahkan hati dengan fikir yg bukan2.. ^_^

Zati ~ Ko mesti ad pnglmn kan..panjang je soooo trueeee tu,hik3 :D
Tinta Lana said…
Tenku ~ Memang tak payah emo langsg spatutnya, keh3.

Nasrudin ~ Wa'alaikumusalam. :)

Tasya ~ Alamak, kena btg hidung sndiri?hehehe. Anggap tu pengalaman je tasya. Supaya kita tak buat benda sama. :')
Tinta Lana said…
Polie ~ Thanks polie!

Fyna ~ Kita tak mampu kenal seseorg tu betul2 fyna.. At least, ambil tahu skit apa yg dia suka dan tak suka. :)

Firo ~ InsyaAllah. Aah, berkawan ini, kena banyak bertoleransi. Kita sesama manusia ada kelemahan kan..slagi kelemahan/keburukan tu tak mengganggu mana hidup, terima jelah kawan2 kita.
Fifi Nadhrah said…
setuju sangatsangat.. ikhlas tu pentingkan..

salam kenal dari fifi..
Tinta Lana said…
Ary ~ Ary..jgn ckp camtu, ada kaitan la, hahaha. Tq Ary.. lana tak tau lana ckup ikhlas ke tidak.. for sure, lana bersyukur dpt jumpa ary kat alam maya ni.. :) Ary tengok di bloglist lana, cari blogger Ibnu Saili ya :)

PuteriKasih ~ Betul tu putri, kadang2 kita tak sedar ada yg kita buat tu mengguris hati org lain. Jadi, kena banyak kan berkomunikasi. Sebab tu lah berkawan ni pun, ada peringkat2nya. Mula2 kenal, dah lama2 kita cuba pula tgk sifat pro n kontranya. Dan, step2 strusnya.. Berkawan bukan untuk tempoh sementara bukan..kalau boleh mahu sekali kealam sana.. :)

Asrul ~ Betul tu asrul, ada masanya, kita dah cuba yg terbaik, tpi org dah tak suka, mmg kita tak leh buat apa. Lihatlah pda perkara lain pula..ada bnyk lgi benda lain boleh kita buat kan :)
Tinta Lana said…
Yaya ~ Wa'alaikumusalam yaya. Betul tu yaya.. actually, tak salah juga, berkawan disebabkan faktor2 tertentu..cuma dalam tempoh tu, kita develop juga rasa ikhlas dan jujur nak berkawan dengannya. Kalau tunggu ikhlas dtg, smpai bila pun tak bergerak kita. hehe.

Bunda ~ Wa'alaikumusalam. Betul tu bunda..

Zahirah ~ Ya, kita kawan zahirah.. alhamdulillah.. ^_^

Aisya ~ Tak seronok kan macamtu aisya.. kita jadi bahan umpatan pula. Takpa, kalau tak dapat kawan beriban, biar satu, janji dia menyenangkan. :)
lynndamya said…
aku sgt setujuuuuu dgn entry kau ni lana...mmg sgt2 setuju, bg aku social media, like FB (FB je yg aku guna, haha), aku mmg approved org yg kenal aku je, even kwn aku klw aku xnak dia kenal aku sgt, aku xkan approved...tp kt luar still je kawan, tegur sapa makan sume...haha...
Mime MF said…
aha!!betul sgt...pernah ada pengalaman dgn seorang hamba Allah ni..bila dia tak ngan dengan someone automatik dia akan remove org tu dr FB dia..dia anggap once dh remove dr FB friends list dlm dunia nyata pun putus kawan..adeiii tak terlayan manusia cmni...
#nak berkawan biar ikhlas dr hati, kan?
Cik Kay Jue said…
betul tu.. jgn sangka buruk pada kawan kita sendiri... kalau dia da lama x contact bukan bererti dia lupa tapi dia busy.. tp bila da contact.. hah.. susah nak berhenti berbual.. indahnya perpisahan... >_<
caliph shuriken said…
yup, setuju dgn cKj ^^
kena bsangka baik.. mana tau kwn kita tu life smkin bz dgn keje, dh x dapat on9 seperti dulu.. tapi bila tiba2 jaa dia popup, tu tandanya dia still ingat kita kn ^^
Unknown said…
haha kau tak LIKE status aku, kita putus kawan....kihkihkih....
miss yatie said…
untuk mendapat sahabat yg baik, mulakan dengan diri kita
Unknown said…
yeayyy..rasa best dpt berkawan dgn lana...weeee :)
Tinta Lana said…
Lynndamya ~ Ak awal2 ada fb dulu lynn, suma org aku approved, giler nak ramai kawan, nak bersaing ngan org lain la konon, hahahaha. Tapi yg aku betul2 kenal..alahai, skit je kot. Silap diri kita sbnrnya, terlalu terpengaruh dgn social media ni.

MimeMF ~ Aduh..parah yg mcmni. Kalau terpaksa jumpa berdepan mcmna, takkan sanggup bermasam muka,huhu..

KayJue ~ Betul tu kjue.. kdg2, walaupn tak berhubung lama, tak bermkna kita dilupakannya.. ada org ingat diri kita, cuma dia tak tunjukkannya.. ^_^
Tinta Lana said…
Fifi ~ Salam kenal dari lana juga fifi.. :)

Caliph ~ Aah, saya sendiri lgi suka berkawan mcmtu awk. Tiap2 hari duk contact, boleh jemu,kih3. Skali skala, kita 'berpisah', pastu berhubung balik, best sbnrnya..pasti ada bnyk benda nak dicerita.. ^^

Hatimi ~ Yg jenis tu, lagi kijam,hahaha

KY ~ Betul :)

Ayie ~ Best lagi bila dapat berkawan dengan ayie ^^

Popular Posts