Mak dan Abah

Yang biasa di sini..tentu perasan sebahagian entry saya berkisar tentang ibubapa saya.
Yang saya gelarkan sebagai ibunda dan ayahanda.

Realitinya, dirumah, saya memanggil mereka berdua, 'mak' dan 'abah' saja.

Saya tiada perkara menarik untuk dicerita.
Itu yang kerap juga menulis tentang mereka berdua.

The Old Man, gambar pokok tua, pokok rimbun, pokok rendang, penyakit lupa dikalangan orang tua
Image by MichaelMagin

Dalam penulisan saya tentang mereka, kerap juga menerima respon dari pembaca,
"beruntungnya masih punya orang tua.."

Iya..memang beruntung.
Alhamdulillah, mereka masih kuat dan sihat.

Saya doakan kedua orang tua saya dan anda panjang umurnya.
Yang sudah kembali, kita doakan mereka aman dialam sana.
Sebagai anak, kita memang takkan mampu membalas jasa mereka...

#Rasa rindu benar pada kedua2nya..

Comments

PCL said…
buat sy bertambah rindu makabah dikpg.. lama tak jenguk. .aidiladha lps pon tiada kesempatan balik.. setiap masa mereka dlm ingatan. sentiasa mendokan kesejahteraan.
Shubhi said…
Memang best kalau kedua-dua ibu dan bapa masih ada lagi di kampung...mesti balik jenguk mereka sekerap mungkin, berbaloi!
Cutella said…
Its really good to acknowledge the existence of our parents...
Anonymous said…
Assalamualaikum lanaku...

Akak ni duduk tk jauh dr mak,kerap blk berjumpa tp masih rindu..alhamdulillah masih ada mak dan abah....insan yg tiada galang gantinya....
rindu mak ayah mama juga..
salam lana, selamat petang..
NasQ said…
selamat berbakti kepada keduanya selagi mereka masih hidup...
Lelaki said…
cerita la ttg rasa hati awak dgn mereka...luahkan.
Akak lak.. hari2 entri shinta je heheheh



Nong andy
Cik Azz said…
Lana menyewa jauh dari rumah ke..?

Bila rindu, balik la selalu.. heee...
Fais-SKA said…
Salam jumaat =) Kalau rindu, blik ptg nnti lpas kerja..sy pn Alhamdulillah ibu abah msih ada dan sihat..syukur sgt sbb ada family yg penyayang dan memahami..smoga Allah peliharalah keluarga kita semua..hargai mereka selagi ada..
Ryha Feyzal said…
First time datang sini secara tak sengaja. Scroll down. Baca entri-entri u yanh lain. I suka.
sara said…
semoga semapat berbakti kepada mereka..
En. Nasrudin said…
alhamdulillah...mak masih sehat.. :), awok...i rindu u...kekeke.. awok apa kbr ?
aizamia3 said…
moga mereka kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA..
Mime MF said…
Bila berjauhan ni rasa rindu pulak kt mak ayah..Hargai mereka sementara mereka masih hidup..
Unknown said…
salam lana :D
hey rindu sama kamu...azie pun rindu pada mak dan ayah azie di kg...hehehe...alhamdulillah mereka masih ada kan lana....
Unknown said…
nasib baik kat rumah masa baca entri ini.. boleh terus peluk cium org tua.. kalau jauh ni terus homesick serta merta nak balik rumah dengan kadar segera.. huhu
caliph shuriken said…
klau berjauhan dgn mereka utk satu tempoh masa mmg akan rasa rindu kn ^^
caliph shuriken said…
ehh, nk tambah sikit..

lawa laa pic old trees tu ^^
Unknown said…
rindu juga pada mak ayah saye :)
Ooh Deo said…
Selagi mereka ada.. bila mereka sudah tiada hilang sudah satu keberkatan.. bukan tiada keberkatan hidup tapi hidup semlama ini doa ibubapa memberi keberkatan dalam hidup kita, bila diorang dah takde.. hmmm..
Elie Lily said…
Duduk dekat universiti ni, hari-hari rindu pada umi dengan abah kat rumah! macam rasa nak balik rumah hari-hari duduk dengan dorang! :(
ary_lee said…
lana, kalau rindu, selalu-selalu lah call mereka.. balik dan jenguk lah mereka.. pasti terubat rindu di hati. Putrajaya-shah alam.. pe ada hal^^
Unknown said…
berbakti la sementara ibu bapa kita masih ada nie
Anonymous said…
Salam lanaku.....

Bz ke tu...?
Chic Na said…
salam Lana.. lama tak datang sini.. new look.. :)

sentiasa doakan mereka, inshaAllah..
mereka satu-satunya 'harta' yang tak ternilai.
Anonymous said…
Sygku lana....where are u...?sihat ke...?pagi ni badan akak tiba2 panas....tp akak berselimut kesejukan......
Tinta Lana said…
@PakcikLie PCL

Saya pula PCL, lately selalu sangat rindukan mereka berdua.

Walaupun depan mata, kdg2 saya renung mereka..perhati kedua org tua sya ketika mereka tidur..
Tinta Lana said…
@Shubhi

Baliklah jenguk ibu bapa..sebab akan tiba masa, mereka pergi tinggalkan kita.

Sementara ada, berkorbanlah masa dan tenaga.
Tinta Lana said…
@Cutella

Itu yang dituntut dalam agama.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam. Saya pun..tak jauh pun, cuma skrg duk menyewa dishah alam. Rumah diputrajaya. Setiap hujung minggu baru saya balik kerumah.
Tinta Lana said…
@Norhasniza Khalid

Dan skrg, ma jadi seorg mama pada dua permata.. akan dtg, anak mama rindu ma pula :)
Tinta Lana said…
@Lelaki

Mak saya akan 'menjerit', "kak long buang tebiat ke?"

huhuhu.
Tinta Lana said…
@Genre Dari Langit

hahaha, itulah kasih seorg ibu saya rasa.. :)
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Dekat je kak..shah alam je pun. Tapi sebab dekat tu la, hati lgi meronta2. Haihh, sebelum ni kat utagha, rilex jaaa (T___T)
Tinta Lana said…
@Fais-SKA

Wa'alaikumusalam. Memang setiap hari jumaat, habis waktu kerja akak balik dik. :)

Harta paling berharga didunia, keluarga tercinta..
Tinta Lana said…
@Ryha Feyzal

Terima kasih ryha.. insyaAllah sya ke blog ryha.
Tinta Lana said…
@sara

Ya, itu yg saya pohon dariNYA setiap masa dan ketika.

Tinta Lana said…
@En. Nasrudin

Awok, kita ni alhamdulillah..sihat sokmo ^_^
Tinta Lana said…
@Mime MF

Kadang2, dah depan mata pun rasa rindu gila..huhu.
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Wa'alaikumusalam.

Azie pun rajin balik kan.. :)
Tinta Lana said…
@aisya

Lana baca balik entry ni pun rasa getor je hati ni,hahaha
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Kan? Saya pun suka tgk gambar tu ^^
Tinta Lana said…
@amir zahari

Yang itulah yg bermain dalam fikiran.. Doa ibubapa, doa dari hati dan kasih sayang mereka terhadap kita..
Tinta Lana said…
@Elie Lily

Masa kat U, kurang rasa begitu. Sekarang ini, lain..mungkin sbb mengenangkan usia mereka berdua semakin lanjut..
Tinta Lana said…
@ary_lee

That's the problem. Mak kita jenis tak suka anak dia call hari2, balik tiap hari.

Kan ada individu mcm tu..uhuhu
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda. Ya Allah..maafkan saya kak. Lambat membalas dan sengaja menangguhkan jwpn pda pertnyaan2 akak.

Saya takda lah bz mana.. cuma akhir2 ini, beban kerja bertambah..jadi sedikit letih.

Saya online hampir stiap hari, tpi sekadar menjenguk laman kwn2 alam maya.. Saya tak tingglkn komen..sbb bila letih, saya takut pertimbangan saya dlm menulis tu jadi merapu,terganggu, huhu.
Tinta Lana said…
@Chic Na

Wa'alaikumusalam. Hajat nk tukar template lain cikna, tpi semua yg dicuba tak kena dgn hati,hehe
Teena Tna said…
Sejak akhir2 ni saya macam selalu terbayang macam mana hidup saya tanpa mereka. Feel meaningless.
Lynn Damya said…
Bila bercerita tntg ibu dan bapa, aku rase cepat betul tersentuh hati aku ni, alhamdulillah aku juga masih punya dua2nya..harap kita masih boleh 'menjaga dan melindungi' mereka di saat mereka dah takde nanti..insyaAllah..hmm :(

Popular Posts