Fenomena/Trend
Agak risau apabila melihat keadaan masyarakat ketika ini.
Setiap perkara yang terjadi, akan dijadikan sebagai isu 'besar' selama beberapa hari.
Sehinggakan ia membentuk fenomena atau trend tersendiri.
Contoh yang mungkin masih diingati, video gwiyomi.
Bersusah payah buat video sendiri, share link, buat poster/imej langkah2 membuat gwiyomi.
Dan antara lainnya,
Kisah jenazah yg masih elok keadaannya walaupun slps bbrapa tahun dikebumikan, diselatan tanah air.
Tentang pemergian seorang pemuda di Turki.
Tak lupa juga, kejadian alam yang berlaku di Sabah baru-baru ini.
Yang saya hairan itu, setiap perkara yang berlaku, dijadikan sebuah 'cerita' yang seolah-olah mempunyai skrip yang sama. "Bagaimanalah nasib kita kelak", "Bersedia menghadapi bencana", "Arwah sepanjang hayatnya...."
Pakar agama, alim ulama' tiada pun bergebang tentangnya.
Kita pula berlebih-lebihan membuat spekulasi.
Kita pula berlebih-lebihan membuat spekulasi.
Saya faham dan mengerti, ada yang berkongsi dengan tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar.
Cumanya, sejauh mana kita mengambil input dari setiap kejadian, dan apa perubahan dalam diri?
Comments
Nong andy
Tapi kan, Lana.. Ary teringin nak jadi trend setter.. GagagagaXD
Akak pernah terfikir apa yg lana nyatakan di atas tu....sbb tu akak tak amik kisah n beriya2 sgt kalau kisah tu tentang manusia....tp bab bencana alam tu...akak pandangnya sebagai peringatan dari Allah utk kita......
tentang video tu pulak terutama gwiyomi dan 'mcm cantik je mcm cantik je', itu based on minat masyarakat.
dah nampakkan minat masyarakat kita ni mcm mane?
Cuma tak berapa berkenan sgt dgn mereka yg buat spekulasi dan konklusi sendiri. huhu (minta2 lah jgn jadi mcm ni jugak)
owh btw, jemput makan Kimbap di blog aku~ hahaha
bnca alm sebagai tanda peringtan dri penciptaNya
Kalau kita belajar psikologi kan, setiap orang ada persona masing-masing tau. Persona ni macam topengla yang kita akan bertukar mengikut keadaan. Macam cakap dengan mak perangai lain, dengan kawan lain, dekat cikgu lain - semua tu memang diri kita, bukan berpura-pura walaupun setiap individu tu kita layan berlainan.
Tapi banyak faktor la dalam kehidupan sebenar ni yang buat kita banyak persona ni - rasa hormat, takut, segan semua tu.Tapi zaman sekarang dengan sosial media terutamanya, kita akan rasa cenderung untuk kongsi cerita tau sebab memang naluri manusia rasanya untuk berkongsi benda gembira dan jadi centre of attention walau sedikit manapun. Dan kadang-kadang kita memang nak berkongsi benda yang dalam fikiran kita bermanfaat untuk semua.
Jadi interestingla tengok betapa laju benda jadi viral zaman sekarang ni. Sampai kadang-kadang rasa kita ni lagi jujur online ke pada dunia sebenar.
Ada pepatah English la yang tulis "I use to wonder how it feels like to read inside a person's mind. But now facebook is invented and I take that back."
Ya, itula sebaiknya.
Saya juga. Cukup untuk mengetahui, nanti tidak terpinga2 bila org lain bercerita.
Bajet ya,hehe
Hang nak jadi trend setter apa ary,hahaha
Wa'alaikumusalam kak wirda.
Ya kak, setiap bencana alam yg berlaku memang banyak mengingatkan kita kepada pencipta. Setiap kali leka dihanyut arus dunia, bila berlaku kejadian begini, sdikit sbnyk kita cari balik asal usul diri....
Memang nampak sgt minat msyrkt kita ni mcmna,hadoiila,hehehe
Terima kasih acik..
hehehe, dah macam persamaan matematik je ha.
Maafkan saya kak vee..saya tiada menyebut bahawa tiadanya pengajaran. Dan saya juga tidak mempertikaikan..
Bagaimana dengan yang kurg matang dalam menilai dan mengambil input dari sesuatu itu cikna..itu sbhgn apa yg lana nak sampaikan..
Spekulasi, konklusi dan... kontroversi,hehehe
Katakanlah kita ambil sesuatu kejadian itu sbg peringatan.
Apa yang kita ingat sbnrnya..? :)
Dah pergi tgk dah lynn, mcm terlepas dari KL gangster ko ckp aku ya,hahahah
Terima kasih qeela singgah sini :)
Baik kakak.. :)
Yup. Siasat dan selidik dulu sebelum percaya terburu2.
Wa'alaikumusalam. Am suka buat lawatan mengejut,hahaha
Lana rasa lana pernah buat satu entry berkaitan persona ni. Tak ingat dah apa tajuknya..isinya, lebih kurg beginilah, mungkin didunia realiti attitude kita lain, dgn dunia maya pun lain. Tapi itu tak bermakna seseorg itu berpura2, cuma ia mcm satu sisi lain yg berbeza, kdg2 bergntg pda keadaan dan org yg kita berinteraksi dengannya.
Thanks a lot am, selalu berkongsi pandangan dan pendapat sendiri kat sini.
Boleh je share kan kak, cuma pastikan dulu sahih ke tidak. :)
Aah..ternanti juga apa cerita seterusnya,hehehe