Minta Maaf

Minta maaf.

Ia perkataan yang besar impaknya.
Baik pada yang meminta, atau pada yang memberi.

Image by Chibi

Pada yang meminta maaf, apabila terlalu kerap dituturkan tanpa sebab yang munasabah,
Nilainya boleh menjadi rendah.

Maksud saya, jika hanya tahu meminta maaf saja, tapi tidak mahu berubah, tiada gunanya.

Perkataan dan perbuatan, perlu diselarikan.

Menjadi orang yang memaafkan, tentu lebih baik dari orang yang dimaafkan.

Comments

nurdani said…
tapi saya selalu berhadapan dengan orang yang tak pernah nak mengalah walaupun dia tahu dia salah. asyik saya kena minta maaf je. sampai satu tahap, saya sebut ayat minta maaf dalam nada terpaksa. macam mana ya? huhu. harap prof membantu. hehehe. jk.
ewanthology said…
klu asyik buat salah pastu minta maaf pastu buat salah lagi berulang ulang, org sekeliling xkan endah dgn 'maaf' nya....
Anonymous said…
Salam lanaku...

Setuju..perkataan maaf itu memberi kesan yg besar kpd kita sama sprti perkataan terimakasih...

Tak akan jatuh nilai maaf itu bg mereka yg berhati kecik..perkataan maaf akan selalu keluar dari bibir berbanding dgn mereka yg berhati besar@sombong@ego..perkataan maaf itu sukar utk dikeluarkan samada utk memunta atau memberi...

Tak perlu mengharapkan peruvahan drastik dr seseorg..sukar utk merubah diri sendiri apalagi org lain....bersabar

Yg memberi maaf itu lebih baik dr yg menerima ye..?ianya bergantung kpd hati..kalau yg meminta itu benar2 ikhlas dn bersungguh hati ketika meminta..ianya lebih baik dr yg memberi tetapi hati masih berkata2...lebih mulia kalau kita sentiasa memaafkan kesalahan org lain wpun org tersebut tidak pernah meminta maaf...wallahualam :)
Mime MF said…
tahu meminta maaf tapi xmahu berubah tiada gunanya...yes agree sgt dgn statement ni...:)
Unknown said…
salam lana....:D
kita maafkan lana...ehh !!ngeh3...betul tu lana...perkataan dan perbuatan perlu seiring...baru bahagia...amboi!
LadyBird said…
Sukar tuk memberi maaf jika selalu disakiti
Nong Andy said…
Apa gunanya polis dan undang undang jika hanya dengan maaf masalah boleh di selesaikan..

Kata gu jun pyo dalam drama korea BOF

Hehehe...

Tetiba kan lana..
NasQ said…
Maaf tu kadang2 mahal harga nya...
Perkara paling sukar..

Memaafkan diri sendiri..
Vee said…
saya memilih memaafkan dlm diam ...
APAN said…
setuju...nilai maaf jd rendah bila selalu dok ulang kesalahan sama...
haish...
Anonymous said…
Kikikiki....akak rasa komen akak di atas tu mcm lebih panjang je dr entri lana...ekekeke.....adesss.....
fana.akim said…
yup!setuju! kalau selalu sangat maaf tp buat lagi salah yang sama.. malas nak layan da..
Unknown said…
sy ni jenis yg ringan mulut nak ucap perkataan sorry, minta maaf dan yg sewaktu dgnnya.. hehe..

ada org mungkin terkesan dgn apa yg lana sampaikan tu.. kerap sgt, tak bermakna jadinya.. tapi tak bg sy.. (pernah ada org bgtau benda yg sama, maaf utk org yg berlainan atas kesalahan yg sama).. sebab bg sy, sy minta maaf maaf atas segala kekurangan sy dan tak menjadi seperti apa yg mereka mahukan. mungkin lebih kpd minta maaf sebab menjadi diri sendiri jugak kot. Kita tak boleh puaskan hati semua org.. tapi kalau meminta maaf atas kesalahan yg berulang tu mmg tak tau nak cakap apa lah.. bg sy, minta maaf tu maksudnya disertakan sekali dgn tujuan utk merubah diri menjadi seseorang yg lebih baik dgn memperbaiki kekurangan diri..

eh, terpanjang pulak komennya.. hehe
caliph shuriken said…
hmm, kebiasaan sy akan minta maaf klau dh mmg salah sy..

*dh biasa sgt tgk citer jepun, sy dh terikut2 budaya diorg ^^
Chic Na said…
kalau sebut sorry2 @ sori tu dah terbiasa sangat.. tapi kalau betul2 nak mintak maaf cikna akan sebut maaf.. hehe..
ary_lee said…
Mulut mudah mengatakan "Maafmu diterima" tapi benarkah hati betul-betul rela?
Tinta Lana said…
@nurdani

Dani..mcm dani bagitau, dia tahu dia salah, dani pun tahu dia salah. Jadi, dani tak perlu minta maaf,hehe.

Mungkin kerana dari awl, dani lebih bnyk mengalah, itu juga jadi punca pihak belah sana naik kepala.

Tinta Lana said…
@the malay male

Itu yang saya maksudkan. Minta maaf, lepastu berjanji tidak mengulangi. Tapi asyik buat perkra sma berulang2, mmg tak endah dah lepasni,hehe
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.

Terima kasih kak wirda sudi berkongsi pandangan akak disini.. :)
Tinta Lana said…
@Mime MF

Ya, meminta maaf bagi lana, perlu disusuli dengan perubahan kearah lebih baik.
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Wa'alaikumusalam azie. hehe, tima kasih maafkan kita :D

Itula, terasa bahagianya azie duk maafkan kita,ehehehe
Tinta Lana said…
@LadyBird

Jadi, jangan biarkan hati disakiti lagi..eceh,hehe
Tinta Lana said…
@Nong Andy

Oh my kakak, u watch that too? hehehe, ada eh dialog tu? Saya tak ingat plak,hehe
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Eh, aku rsa bukan kadang2, ia memg mahal. Cuma ada sstgh manusia suka memurahkannya.
Tinta Lana said…
@APAN

Ak maafkan ko apan,hahaha.

Betul2 aktif balik ko skrg ni.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Kak, jangan adess2,haha.

Saya suka bila ada yang sudi berkongsi pendapat dan pandangan sendiri. Panjang pendek bukan satu mslh. Begitu juga, mungkin ada yg bersetuju dan kurg bersetuju.

Yg penting, kita bersikap terbuka dan dpt share serta lihat sesuatu dri sudut berbeza.

Hurmm..Mcm pkr motivasi je ayat sya ni T__T hehehe
Tinta Lana said…
@Fana Aqim

hehe, asyik ulang je ya, malas jadinya.
Tinta Lana said…
@aisya

Lana tertarik dgn point, 'maaf untuk org yg berlainan ats ksalahan yg sama'.. camna tu aisya.

Kiranya, minta maaf sbb gagal penuhi harapan/expectation org lain terhdp kita juga lah ya.. :)
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Terselit juga ya japanese awk,hikk ^^
Tinta Lana said…
@Chic Na

Teringat lagu SUJU bila bca komen cikna ni,hehehe
Tinta Lana said…
@ary_lee

Mulut mudah berkata..tetapi hati..pemiliknya saja yg tahu bgaimana..
Fiza Aizzawa said…
yela.. kalau duk buat silap jer.. pastu senang2 nk minta maaf mmg ssh nk terima jugak..
CD said…
lana, baru2 ni zizie bengang ngn sorg dak kelas.. dimakinya di twitter.. pastu, minta maaf dgn xikhlas.. sebab xtahan dah dgn prgi dy sebab ni dh masuk kali ke-3, zizie cakap, "aku xnak maafkan kau.. kau xbelajar perbaiki perangai buruk.." pastu, dy sambung meroyan maki aku.. malas dah dengan manusia yang asyik bermuka2.. ingat perkataan tu main-main ke..
Anonymous said…
rindu kamu...rindu kamu...rindu kamu...dgn perasaan yg sgt sebak..... :(
Mormor said…
seriesly . deep betul entry nih . ringkas , tapi kesan mendalam :'D
Gee Lion said…
sekarang pon sedang berkira-kira untuk meminta maaf.. untuk perkara yg saya sendiri pon tak pasti..


salam singgah ^^
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

Eh, kalau boleh, jangan sampai tak nak maafkan,wehehe.

Org macamtu zie, cara nak diamkan senang saja.

Kita sendiri diam. Lama2, dia penat.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Dalam kerinduan, blog berjaya diupdate! haha, takda kaitan T_T

Hati terumbang ambing kak, tak boleh nak fokus kat blog ini.
Tinta Lana said…
@Gee Lion

Pastikan dulu ya, baru minta maaf, eh. hehe.

Terima kasih gee singgah sini ^^
Anonymous said…
Hati terumbang ambing...?umpama dipukul ombak kerinduan je....hehe...kadang2 memang hati kita akan jd mcm tu lana...x kiralah apa faktor yg menyebabkan hati terumbang ambing..akak selalu belajar supaya tidak membawa emosi akak kepada org lain yg tiada kaitan....harap hati lana dh stabil....
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Alhamdulillah.. tidaklah terlalu stabil, cuma rasa lebih baik.

Hampir setiap hari online dan jenguk blog sendiri dan rakan2 lain..tapi hati rasa nak tak nak, jadi saya memilih senyap saja..
Lynn Damya said…
Seriously, aku setuju. Dulu, aku penah rasa takut utk minta maaf, sbb ia berkenaan dgn bad habit aku, yg susah betul nk ubah, smpi aku rasa dh xlayak dah nk minta maaf, haha..tp skang dh x, sbb org tersebut dah pergi dr hidup aku, yeahhh !
Unknown said…
ayat tu maksudnya, minta maaf atas kesalahan yg sama tapi ditujukan pada orang yg berlainan.. Hehe. Sebab bg sy, biarlah cakap terus kt empunya diri.. daripada minta maaf sekali harung je, mcm general sgt dan rasa mcm tak ikhlas pulak, mcm sekadar nak cukupkan syarat je. hehe.

yup. kita tak boleh nak puaskan hati semua org, so bg sy at least minta maaf tu sebagai bukti sy dah buat yg terbaik.. terpulanglah org tu nak terima mcm mana. hehe

Popular Posts