Teksi dan Nila
Baru ini, saya turun ke Kuala Lumpur, bersama ayahanda.
Pergi berasingan. Saya naik bas, ayahanda dengan kenderaan dua rodanya.
Sampai saja disana, saya tunggu ayahanda, sebelum kami sama2 pergi ketempat seterusnya.
Dalam tempoh menunggu itu, ada sebuah teksi, menarik perhatian saya.
Bukan kerana teksinya, tetapi lagak pemandunya.
Dari arah bertentangan, ada 3 orang, berjalan berkumpulan.
Pemandu ini cuba menarik perhatian mereka untuk menaiki teksinya dengan menekan hon yang membingitkan.
Mereka bertiga menolak.
Tiba giliran saya melintasi pemandu teksi berkenaan.
Selepas 3 langkah... Terhenti.
Saya menoleh ke kiri, kearah pemandu teksi tadi.
Kemudian menoleh kekanan, kearah permukaan jalan.
Mencari kayu chopstick yang dibalingnya kearah saya tadi.
Hampir mengenai muka sendiri.
Saya toleh kepadanya semula.
Muka tak bersalah. Sungguh kurang ajar namanya.
#Spesies macam inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Comments
by the way lama tak masuk blog nie..
Pemandu teksi tu berbangsa cina ke...?peliknya perangai dia..kenapa agaknya ye...?
macam-macam..nasib tak jadi apa-apa Lana yer...
x0x0 ^___^
Dulu, kalau nak pergi Pekeliling dari Puduraya, akak jarang naik teksi Melayu.. Takut akak sebab dorang ni gatal..
Akak lebih suka naik teksi yang drebarnya cina pangkat uncle..
singgah di sini lagi...
Pengalaman kan lana.
Ada yang betul2 mencari rezeki melalui pekerjaan ni..tapi bila ada yg perangai mcmni, yg lain terpalit skali..
Tak tahu la dik teena.. selalu juga berulang alik ke KL, naik bas. Dan dah biasa area situ. Tapi first time dibaling kayu,huhu
Wa'alaikumusalam. Saya kurg pasti tentg bangsanya, lagipun, Malaysia..bnyk rupa,hehe. Kita sangkakan dia bangsa X, tpi rupanya Y..begitulah. Cuma saya tak boleh lupa senyum kambingnya slps balingannya tu tak mengena,hehe. Kenapa? Mungkin kesukaran hidup, mencari rezeki juga slh satu faktornya..
Tak silap saya, pengangkutn awam terutama teksi dan bas ekspress mengalami kemerosotan.. sebab org awm dah kurg kepercayaan terhdp dua servis ni..
hehe, kak lina, lana terkejut smpai tak ingt apa dah. Tapi rsa nak main baling2 balik dgn dia pun ada kayu tu,ehehehe
LOL, habis la cacat rupa org mcmtu jas..asal nk ngorat je kena baling dgn kayu,hoho
Tak pasti kak..
Hurmm..sya dah lama tak naik teksi. Saya lalu sblh teksi tu, nak kearah abah sya. Abah sya tnggu tak jauh dari teksi tu juga.
Abah pun terpinga2,hehehe
hehehe
Ok. Siap tulis satu entry lagi,hihihi :D
Rajinnya akak..hehe.
Ada lagi teruk awak..meh la turun kl,hahaha
Itu yang buat saya geram tu.. Dia buat mcmtu, org luar tgk, apa la yg org luar akan pk..
Mesti pkir yg buruk2.
Aah..sabar je la hana,hehe
Yup. Pengalaman untuk saya..
Kemyngkinan yg lana beri tu akak setuju..apapun yg pemandy itu dh buat...kasihanah dia ye...
Ya kak..kesukaran hidup kdgkala membuatkan kita hilang pertimbangan..
en. barney selalu bgtau, kalau org tu kurang ajar dgn kita, mesti akan ada lg yg kurang ajar dr dia yg akan buat dia mcm tu balik.. yg penting kita jgn jadi kurg ajar jugak.. bersabarlah.. huhu
grrrrrr....marah benau aku dgn org2 yg mcm ni, hish !!!!