Manage Your Finances
Assalamualaikum.
Saya kurang mahir dalam menguruskan kewangan sendiri. Masih tergagap lagi.
Bila dibelek2 jadual kewangan sendiri..duit banyak mengalir pada... Perut, hahahaaduyaii.
Bak kata ibunda saya, "ko ni kak long..makan nak yang sedap saja" (T__T)
Urmm..itulah cara saya reward diri sendiri, hihihi
Kadang2 setiap sebulan dua, beberapa bahan bacaan baru akan dibeli.
Secara ringkasnya, melalui pembacaan saya, ramai yang menguruskan kewangan dengan cara:
1. Dapat saja gaji, terus bayar bil, hutang piutang, bayaran bulanan etc.
2. Simpan sedikit di bank.
3. Beli barang keperluan rumah.
4. Bersedekah, membuat pelaburan, pembayaran insurans, dan sediakan dana kecemasan.
Selalunya dah selesai perkara2 diatas ini, baru fikir untuk memberi ganjaran pada diri sendiri.
Sekarang ini, saya cuba buat tabung yang saya beri nama 'KEMBARA'.
Idea ini saya perolehi dari ahli group Malaysian Backpackers Club.
Sehari simpan seringgit, set target (destinasi). Agak dah cukup, guna duit itu untuk melancong.
Anda bagaimana??
Image by SylviaDalberg
Comments
Nak di jdikan azam baru pun akak tak confident kekekekeke..
Nong andy
Kenapa ary katakan yang ary tak bijak dalam menguruskan kewangan ary? Sejak 5 bulan ary bekerja, 3bulan terawal, ary menghadapi defisit. Tapi defisit itu mula bertukar menjadi 'surplus' pada bulan ke-4 bekerja apabila ary mula dapat adapt cara berbelanja mengikut kemampuan.
Kalau Lana banyak habis kan duit pada makan, ary pula banyak habis pada kereta sebab ary suka travel. So, untuk overcome this problem, ary tak pakai aircond dan buka tingkap. Ini sedikit sebanyak membantu ary dalam mengurangkan perbelanjaan atas minyak. *lepas ni nak pakai basikal. GagagagaXD
Selalunya, after dapat gaji, ary akan bayar dulu semua perkara yang sepatutnya, simpan di bank dan lebih, baru lah buat belanja. Reward untuk diri sendiri? As kebanyakan barang yang ary nak adalah mahal, ary hanya reward diri ary setiap 6bulan. Macam 'bonus' lah jugak :-P
Banyak lagi sebenarnya nak taip. Tapi macam dah panjang sangat je. HahahaXD
Btw, tajuk buku yang lana tanya tu - Tiket Ke Neraka. And yes,indeed, i'm heartbroken rite now, Lana.
Tatatititutu^^
tapikan. macam pensil ni nak simpan seringit pun susah. tapi selalunya simpan syling. klau balik dari kedai ka apa, dapat saja syiling memang pensil akan masukkan dalam tabung. mcmtulah pensil simpan duit.
sekarang pensil dah mula bekerja, tapi gaji belum dapat. hehe. nampaknya pensil pun kena mula "tabung kembara" ;D
Akak belanja je duit yg ada...kata ustaz,duit yg kita simpan itu belum tentu jd hak kita,jd belanjakan aja,paling penting menabung utk akhirat...cuma itu saja yg kita punya sebenar2nya...rezeki kemudian itu,in sya Allah asalkan kita berusaha...kdg2 rezeki yg kita tk sangka,misalnya diri akak sendiri,tk pernah menyangka akan miliki ruma dn kerata yg dibayar tunai....entah apalah kebaikan yg akak buat,akakpun tk tahu sehingga akak menerima anugerah dr Allah yg begitu..tp bg akak,ia bukan milik kekal sbb akan ditinggalkan jua akhirnya...
tapi KEMBARA tu apa?
Ok, thank you abgiwan. Lupa plak saya ttg bonus :)
hahaha, selalunya mmg mcmtula kan kak. Walaupun kita kerja dan belajar dlm suatu bahagian, tapi kita sendiri kurg amalkan apa yg kita kerjakan dan belajar tu,hehe
Lana sayang sangat ary..hahaha. Biar panjang, lana suka. Ary..lana kena google bila ary duk sebut defisit n surplus,hahaha. Selalu dengar, tapi kurg memahaminya.
Ok, macam lana, 3 bulan pertama kerja, biasanya lana tak menyimpan. Fokus lana, bayar duit untuk rumh sewa, kereta, dan bab makan pun lana kurgkan. Selepas 3 bulan itu, lana tengok baki, kalau banyak, mostly lana terus simpan sebanyak yg boleh dalam bank. Dengan tinggalkan sedikit baki smntra tunggu next gaji.
Bab kereta, lana memg dah lama amalkan apa yg ary tulis. Mmg banyak penjimatan. :)
Oic..setiap 6 bulan sekali? Ok juga. Macam lana, lana tak tahu nak reward apa sbnrnya..coz, i'm not a person yang suka beli barang2,gadget,any items. Jenis suka duk rumah, berangan,hahaha
Ok, thank you for answering my question,hahaha. Remember this, beri masa untuk diri sendiri :) jangan paksa diri untuk menerima semuanya..learn to blend ur emotion dgn keadaan sekeliling..percayalah, dalam apa jua keadaan, hidup kita jauh lebih senang berbanding dgn org yg kurg bernasib baik :)
Untungla cikna..hahaha
Siapa yang tak nak makan sedap2 kan fie?hahaha
Akak pun suka simpan syiling! hehehe, seronok tgk balang penuh, walaupun bila kira sbnrnya tak banyak mana,hahaha
Wahh, adik kita dah start bekerja rupanya, tahniah! Jom, kita sama2 mulakan tabung kembara?hehehe >_<
Seronoknya hati bila baca apa yang kak wirda tulis ni.. Akak, terima kasih sebab banyak memberi input, kata2 yang positif dan yang menyedarkan saya..
Masih muda (muda ke?hehe) dalam melayari hidup..banyak perkara yg kdg2 saya terlupa, terlepas pandang, dan terlantang..
Saya pula masih berusaha membayar hutang2 yang ada..tpi alhamdulillah, hidup kami bukan mudah, tapi tak pernah susah..
Thank you gee..
Oh, kembara..aaa, mengembara, or menjelajah. Mungkin paling dekat, melancong. Tapi melancong itu..bagi lana sekadar bercuti.
Lana nak kembara..nak tgk
kehidupan manusia kat tempat lain. Apa yg diorg buat untuk teruskan hidup, apa diorg makan, macamana budaya mereka, benda2 mcmtulah,hehehe
Akak pulak memang dari kecik dah diajar menabung.. Kami dulu orang susah.. jadi, bab makan dan barangan peribadi tu ikut mana yang ada je.. Bila dah kerja, budaya suka menyimpan tu akak kekalkan.. Lepas tu dapat pulak kawan2 yang ikut sama jenis yang suka menabung.. Tak dapat simpan banyak, dapat simpan sikitpun jadi la.. Bila tak menyimpan ni, rasa macam kehilangan sesuatu je.. hehh..
Tapi sekarang ni dah tak kerja, jadi makin ketat la bajet.. huhu..
Lagi satu, bila dapat menderma atau menyumbang walaupun sedikit, hati rasa puas dan terasa ingin menyumbang lagi.. Tapi ini semua bergantung pada rezeki kewangan yang ada jugak, kan..
Cuma, bab melancong tu memang takde dalam list akak la.. Memang takde buat bajet untuk ke arah itu.. Paling2 pun pergi PD je.. hehehe..
Bab makan ni akak tak suka makan yang mahal2.. Pada akak, asal sedap dan kena dengan selera, itu dah memadai.. Maklum la, orang kampung, makan apa yang ada je..
Makan mahal2, kat tempat mahal2, akhirnya kena membuang jugak, kan...
Muahahahahahaha...... tettt...
mmg susah nak menyimpan.. huhuh
Asia Tenggara cantik untuk diterokai dan murah. Am plan untuk satu hari nnti pergi Donsol dekat Filipina. Dekat situ ada satu pantai dimana probability untuk kita berenang dengan ikan paus adalah hampir 100%. Best.
Dah ramai sangat yang komen pasal financing jadi better untuk bagi komen tentang benda yang am tau. :)
tapi 10% tu kemahuan. kalo boleh saving lagi cantik cun melecun..
owh kak lea pun selalu lepaskan bayar ansuran bulanan,supaya tak serabutkan otak he3.
bulan ni kena buat lagi sekalilah sistem duit sampul.tahun ni sesak sikit sebab tiga2 anak sekolah,banyak kos khas untuk pendidikan huhu
Singgah sini,akakpun ada hutang juga lana,akak anggap segala bil adalah hutang,jd akak juga berhutang....hahaha...akakpun tak senang tp tidak juga susah,yg penting kita bersyukur,memang kita bekerja dn berusaha,hakikatnya rezeki itu dtgnya dari Allah....kena ingat itu sentiasa....
menyimpan itu perlu tapi terkadang saya pun tidak disiplin jugak..ehe
Memula gaji je buat simpanan..tapi akhirnya sebelum gaji bulan berikutnya duit simpanan itu yang saya kacau. adoyai..bila ntah nak banyak duit simpanan tu
nak penyimpan...memang kene ada displin yang tinggi...x bole mis, klu mis..the next month kita sakit sikit...sebab kene simpan double....jadi kene focus...simpan target.....usaha.....dan dok diam2 jer dulu....lepas tu...lana tau apa langkah lana seterusnya....hehehe...
azie pulak....dah bayar hutang semua....ok cun ! tengok saving ok cun....3 bulan kemudian...shopping atau travel...pilih salah satu...jgn buat dua2 sekali...nanti syahid....
Akak..saya pulak..dari kecik memg tak diajar menabung,hahaha, tpi pesan mak suruh berjimat tu memang ada.
Biasanya, bila ada duit syiling lebihan dari beli apa2, yang tu saya masukkan dalam tabung, sedar tak sedar dah banyak. Pastu simpan dan kumpulkan sekali dengan duit raya, hjg thun baru masuk bank,hehehe
Pasal tabung kembara tu, saya memg ada fikir..cuma bila baca yg dalam grup Malaysian Backpackers tu, tertarik plak saya dgn cara msing2 kumpul bajet untuk pi melancong. Seronok plak ^_^
hahaha, sama la, saya makan asal sedap. Sebab tu la mak saya perli2 macamtu.
Makcik saya plak pernah ckp, ko ni tolak batu dgn kayu je,hahaha
Mmg susah skit bila tak mulakan dari awal,huhu
Sekarang dah boleh menabung la ya,hehe. Duit kan..sukar simpan, senang dihabiskan.
Ohohoh, sebelum ini pun, lana susah nak kawal perbelanjaan untuk dua perkara ni, makanan dgn buku/novel. Tapi skrg, tang buku dah boleh kawal. Dah tetapkan bila ada pesta/karnival je boleh beli. Sebelum pesta berlangsung, list dulu apa nak dibeli.
Bab makan sampai skrg..fail,ekekeke
Thanks aisya for sharing your story..^_^
Dalam RM400 jugak la tu kan?
Yup, agree. Lana pun target negara2 berhampiran je dulu. Memang banyak tempat cantik sbnrnya. Oh, am nak pergi Donsol? 1st time lana tahu psl tmpt ni,hahaha. Lana teringin nak pergi Halong Bay am, oh ya, satu lgi, gua terbesar (ada dalam entry sblm ni).
Pa2 hal, nak sampai Gua Niah dulu,hehehe.
Alhamdulillah..tak rugi melabur untuk 'makanan' minda ni kan kak atie..
Pernah saya baca, nak lambatkan proses nyanyuk, banyakkan membaca..insyaAllah..
Yes, hutang dengan bil, jangan lupa bayar..hutang ptptn.. T__T
Kak Vee.. 3 akaun itu..boleh akak describe pembahagian macamana tu?
Bagus2, dah ada niat tu, eloklah menyimpan dari skrg teena,hehehe
Kenapa time aku pi kursus, ustaz tak habaq pun..ahahaha
Ok, thanks share formula tu.
Hahahaha
Betul. Tapi lebih baik kalau boleh menyimpan balance tu kan..kalau takda benda penting nak beli, saving is much better.
Wa'alaikumusalam kak lea yang lagi comel kuasa ganda lima,hehehe >_< Alhamdulillah, sihat dan sangat sihat. Sakit kecil2 tu biasalah ^_^
Oh..sebut pasal anak2..pasti kena lebih bijak menguruskan duit, lagi2 kalau semuanya bersekolah.
Sistem duit sampul? Macamana tu kak lea..menarik bunyinya.
Wa'alaikumusalam.. baik kak..hehe. Akak, bila saya toleh hari2 yg dah dilalui..kdg2 rezeki tu selalu dtg dari sumber yg saya tak jangka..
hahaha, geli hati lana..lana faham BT.. kita awal2 tu kemain bersemangat nak simpan. Last2, usik juga yg simpanan tu ya.
Kdg2 lana saja selit2 duit kat poket kecil dlm dompet, konon nak guna masa2 kecemasan la.. dan2 je, tak sempat nak cemas, dah habis duit tu,ekekeke
Wa'alaikumusalam. Dok diam2 tu yg berat bagi kebanyakan org azie..rsa mcm cacing kepanasan,hahaha
Oh..cara azie pun best juga ya.. 3bulan skali, pilih antara shopping or gi travel ya.
Amboi, boleh syahid dibuatnya,hahaha. Selang seli antara shopping dgn travel pun ok juga kan ^^
kalau sorang dah tiga ploh hengget, dua org dh brapa kan. nak nak mcm ciksu ni dh 6 tahun kawin.
aku pun nk simpan duit lah, nak melancong..jommm ! :D