Tupai

Assalamualaikum.

Cuti Tahun Baru Cina ini, saya ke Melaka dan berpeluang jumpa seorang tua.
Saya kagum dengan kebolehan berpantunnya. Spontan saja.
Tok Usu panggilan saya buatnya.

Dalam selang seli berpantun, Tok Usu keluarkan satu perumpamaan,
"Setua-tua tupai, tidak turun ketanah." 
Dia bertanya apa maknanya? 

Kita biasa mendengar, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua.
"Yang ini langsung tak turun2 ke tanah..apa pula..," kata hati saya.

Melihat saya dan lain2 terpinga2, dia segera memberi jawapannya.

Katanya, "Kita sebagai manusia, jangan lupa asal usul kita."

Tupai, sehebat mana pun dia melompat, sekali sekala dia akan berpijak ketanah juga. Dan kita sebagai manusia, sehebat mana pun kita, banyakkan melihat kebawah. Dengan cara tu saja kita dapat mengenang siapa diri dan asal usul kita.

Paling utama, asal usul kita sebagai hambaNYA. 

Gambar tupai, sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua.
Image by Vurtov

Comments

ewanthology said…
ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk.
Unknown said…
Salam lana...

Baru berkesempatan berkunjung...apa khabar?
Betul cakap tok usu tu...kita ni manusia jgn sekali2 lupa asal kejadian kita...
Unknown said…
buang yang keruh, ambil yang jernih.. *tetiba~
Gee Lion said…
macam peribahasa, pandai2 langit kat atas, rumput di bumi jangan dilupa..

comelnyer tupai tu cik lana. >.<
Unknown said…
Salam lana syg :)
Apa khabar !? Sihat!?.....pergi melaka kenapa tak roger2 azie.....leh belanjer hard rock cafe melaka...hehehe....
Alah bisa tegal biasa..

Pulak dah..

Apa kaitan hehehehe...



♥♥♥ NONG ANDY♥♥♥
Teena Tna said…
Yup, sejauh mana pun kita pergi, jangan lupa diri. Kita sebenarnya tidaklah sehebat seperti yang disangka jika Allah tidak mengizinkannya.
BungaTulip said…
mendalam maksudnya tu liana..


**kadangkala kita suka melihat pada orang yang berada di atas kita. terasa diri kerdil yang teramat..tidak punya apa..tapi jangan lupa untuk melihat mereka yang ada di bawah kita.di situ pasti akan lahir rasa syukur dengan segala apa yg kita miliki hari ini

Semoga kita tidak lupa asal usul kita meskipun kejayaan sudah di genggaman..Apa pun yang berlaku semua dengan keizinanNYA.
NA said…
Tengok orang di bawah supaya kita bersyukur. Ada orang lagi susah dan tak bernasib baik.

-wina1979-
Lynn Damya said…
Salam, lana (n_n)..hai~~hai~~hai~~~
hehe, owh ye...betul tntg perumpamaan itu..even diubahsuai pun, maknanya ttp mendalam, hehe
Bunda_nora said…
sejauh mana terbang bangau akhirnya balik kebelakang kerbau...
Unknown said…
Amboi Lana, jarang berblogging sekarang? Busy dengan kerja eh?
APAN said…
yeah...

suam2 kuku je kekerapan kamu update blog...kekerapan semakin menurun. haha...
Unknown said…
sedarlah,apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman sahaja..
caliph shuriken said…
comeii tupai awk.. mana amik? hikk...
admin said…
Salam, lana . Haiii apa khabar?

Baguslah pakcik tu pandai pantun. Jarang jumpa org pandai pantun spontan. Dan pantunnya ada isi nasihat. Thumbs up!
CD said…
waaa.. lana datang melaka masa zizie tak ada! hehehe... nice la tok usu punya pemikiran.. kalau zizie pun, terpinga2 jugak... betul tu, kita suka betul duk kat atas, sampai lupa yang kat bawah...
Qeela said…
Deep and sangat3 setujuuuu! hehe :D
Mime MF said…
betul la kan...hebat tinggi melangit cmna pun..jgn lupa asal kita..jgn asyik mendongak langit smp lupa nak tunduk ke bawah..
NARDtheNERD said…
mungkin sama dengan dimana bumi berpijak.. disitu langit dijunjung?. hehe.
Chic Na said…
mesti pak usu ni orang sastera.. hihi..

hai lana.. ~waving~
M@W@R Q@SeH said…
kena sentiasa sedar diri...lana...i miss u :)
Cik Azz said…
Hari tu akak tengok tupai main kejar-kejar atas tanah.. Sebijik macam dalam katun chip and dale tu.. Comel sangat bila kaki dorang macam bertinjit-tinjit melangkah.. hehe..

*Komen akak selalu lari dari isi entry, kan..?

heh.. heh.. heh..
Teena Tna said…
Salam kak Lana, lama tak 'jumpa'.
lynndamya said…
Salam, hey dear Lana (n_n), rindunyaa...patutlah jarang tgk blog Lana naik kat bloglist, rupanya jarang update dah skarang ye? Sama2 bz kan, harap sihat dan bahagia hendaknya :D take care ! <3
Tinta Lana said…
Thank you everyone.. :)

Popular Posts