Dari Alam Angker

Assalamualaikum.

Sekarang saya mengumpul komik Gempak Starz - Dari Alam Angker (D.A.A). Komik D.A.A ni semua dalam tema yg sama - seram. Tapi tak seram mana pun, nama pun komik kan,hehe.

Mamai, Panggilan Kubur, Peri Puaka, Seringai Malam, Warisan Puaka, Komik Oga, Komik Kash, Komik Nizam Bachok, Komik Puyuh, Komik Core

Saya rekomenkan karya Nizam Bachok ni. Sebagai Pemenang Anugerah PeKOMIK Siri Mini Komik Terbaik 2009 & Illustrator Manual/Digital Terbaik 2011, memang tak mengecewakan. Dari segi jalan ceritanya tu, relate sangat dengan amalan ilmu sihir, ilmu hitam dikalangan orang Melayu. 

Antara Seringai Malam dengan Warisan Puaka, saya prefer Warisan Puaka. Sebab mesej yang ingin disampaikan tu lebih jelas dan ada banyak tajuk menarik dalam Warisan Puaka, antaranya Orang Minyak, Susuk, Toyol dan Anak Patung Manisah.

Mamai, Panggilan Kubur, Peri Puaka, Seringai Malam, Warisan Puaka, Komik Oga, Komik Kash, Komik Nizam Bachok, Komik Puyuh, Komik Core

Karya dari Oga, Core, Puyuh dan Kash tidak kurang menariknya. 

Dari Oga, bertajuk Mamai, memang best lah lukisannya. Riak muka watak2 tu, yang mana ketakutan, gelisah, gelabah, semua menjadilah. Lukisan hantunya pun, seram woo, hoho.

Komik Peri Puaka pula karya Core dan Puyuh. Yang ni lain sikit dari 4 komik yang saya ada ni. Pertama, sebab ia berwarna. Keduanya, makhluk2 angker dalam komik ni, memang pelik2. Macam alien. Paling geli, cerita bertajuk Insatiable Appetite,wheww.

Akhir sekali, Panggilan Kubur karya Kash. Sesuailah dengan tajuknya, kebanyakan cerita ada kaitan dengan panggilan dari yang telah ke alam kematian. Apapun, semua ini sebagai hiburan. Kita sediamaklum, bukan kita sahaja yang menghuni dunia fana ni, ada pelbagai lagi makhluk ciptaanNYA selain kita.

Mamai, Panggilan Kubur, Peri Puaka, Seringai Malam, Warisan Puaka, Komik Oga, Komik Kash, Komik Nizam Bachok, Komik Puyuh, Komik Core

Comments

ary_lee said…
Omaigaddddd....
Memang SANGAT bukan taste ary. HahahaXD
Tak pernah baca walaupun "Dari Alam Angker" sangat sinonim di kalangan pembaca komik tegar macam ary.
Scary lah, Lana = ="
nurdani said…
kalau genre ni memang tak pernah nak beli. huhu. dulu je suka baca macam ni
Cik Azz said…
Dah lama tak baca komik..

Dulu suka baca gila-gila.. Tu yang pe'el kadang-kadang jadi gila-gila jugak.. kikiki...

Takut nak baca yang seram-seram ni.. hehe..
Tinta Lana said…
@ary_lee

hahahah, yup, ada yg memg scary hantu yg dia lukis tu ary, lana pun tak tgk lama2, baca skripnya je,hahaha
Tinta Lana said…
@nurdani

Dulu lana takda duit nak beli komik2 mcmni.. tu yg duk pulun beli apa yg tak mampu beli dulu,hohoho
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Sempat gak saya menelaah Gila2 n Ujang dulu kak, itupun bila balik kekampung sbb pakcik saya sorg tu suka beli dua majalah tu.
aizamia3 said…
akak tak pernah ada koleksi komik genre seram cenggini.. sekadar baca pernahlah.. ;)

Tetamu Istimewa said…
Rasanya komik yang saya pernah beli ialah Anak-anak Sidek dan Ujang je dulu.
Sis Vee said…
owh ! anak buah ada sebuah . bila tau yg dia asal drp pontian , erkkk dekat dgn kg sis tu . jadi dpt feel bila dia sebut nama2 kg kat dlm tu ...
Tinta Lana said…
@aizamia3

Kak, tgh musim ni kak, skrg ni sya duk ralit kumpul cerita seram..napa ntah,hehe
Tinta Lana said…
@Tetamu Istimewa

Masa dulu, saya hanya mampu pinjam je komik anak2 sidek tu helmi, pernah beli pun 2,3 siri je.
Tinta Lana said…
@Sis Vee

Nama2 kampung tu memg real la maknanya.
Tinta Lana said…
@eyqa yushaiza

Ooh..lana baru nak try baca komik jenis mcmni yus,hehe
Unknown said…
tak tau la, sy ni kalau komik agak kurang sikit.. *actually tak reti nak baca komik, bila try baca lawak kampus selalu kena gelak dgn en. barney sebab tak tau mana nak baca dulu. hahaha. bila tak paham, malas nak baca terus tutup*
ewanthology said…
walaupun komik, gambarnya tetap menakutkan
BungaTulip said…
Salam Liana,

Aku baca entri ko je, tang gambar aku terpaksa skip..buat masa ni xleh sangat nak baca komik seram.bahaya..ehehe..cumanya husband dok ajak baca cite dragon ball. kemain banyak koleksi dia. aku pun dah terjebak sama layan komik
Unknown said…
Tak minat baca komik kalau baca pun komik DOraemon je :D

Jemput singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Khamsi Abdullah said…
Lupa dah dulu DAA ni dalam gempaq ke dalam utopia..antara part y saya cari dulu. Sebab suka gaya lukisan dalam part DAA ni. Cam unik sket.. Klu action, Zint la semestinya.. ada stail tersendiri jugak.
CD said…
last zizie baca, masa sekolah dulu.. sebab paw kekawan punya.. hahaha.. kekadang, rasa xselera nak makan lana.. huhu...
Afiqah said…
kalau buku yg scary df takut nak baca apatah lagi nak beli hahaha =.=
Tinta Lana said…
@Aisya A.

hahaha, faham sgt2, dulu ada masalah serupa gak bila baca komik, taktau turutannya tu mcamana.

Tinta Lana said…
@ewanthology

Terutama Panggilan Kubur, saya pun tak tenung lama2,huhu
Tinta Lana said…
@BungaTulip

Wa'alaikumusalam.

Ya, dengan condition ko skrg ni. Maaf kalau ia agak mengganggu. Wow, aku sndiri tak pernh bca lgi komik dragon ball,haha, takat tgk citer pernah la msa zaman sekolah.
Tinta Lana said…
@Muhammad Taufiq

Doraemon..ang ang ang,toteimodaisuki,doraeemoonn,hehe

Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Agree. Saya peminat Zint juga. Saya start kumpul komik Gempak Starz pun lepas adik perkenalkan komik Zint 'Bodyguard' tu. Aksi+Lawak.
Tinta Lana said…
@Detective Fiqa

Detective Conan kompem belikan?hik3 >_<
Mime MF said…
hehuu kalau komik dr gempak ni mmg suka sgt baca..plg favorite lawak kampus..heee:D
Unknown said…
pergh...gua paling minat puyuh...cerita dia bnyak best2..

nizam bachok stail rotoscope dia mmg power...minat gak dia.
APAN said…
x silap siri ni ada dlm komik gempak ngan utopia dulu...skang mcm da xde komik tu...masuk 7e x pasan pun...rugi la dak skang x sempat rasa. haha...
Unknown said…
suka lukisan puyuh sbb lukisan dia nampak detail n bervariasi. kartunis lain, kureng sikit. ada yg macam serabut...

#dulu time kanak2 ribena suka baca detektif hantu... jalan cerita dia best
Tinta Lana said…
@Mime MF

Lawak kampus dah banyak siri kan mime.

Haritu pi bookfair, lau tak silap la, lawak kampus dah dibukukan jadi satu, tebal ooo, dgn hard cover lagi.
Tinta Lana said…
@Noh Abdul Hadi

Rotoscope?

Serius best, mula2 aku baca Warisan Puaka Nizam Bachok tu la..dua kali ulang. Jalan cerita dgn stail dia menarik.
Tinta Lana said…
@APAN

Ya ke..ak pernah gak apan beli komik utopia.. tak ingt plak ada siri ni..

Dua2 tu ak rasa ada lagi..cuma dah terevolusi..hehe
Tinta Lana said…
@kopi pasta

Agree..walaupun Peri Puaka tu 1st komik dia yg aku ada, tpi tula kopi..terlalu detail..ada certain part dlm komik tu,buat ak rasa geli geleman plak,hoho
Nana Liena said…
dulu2 punya gempak kan ada alam angker ni..,saya suka sangat baca..sekarang dah jarng beli gempaks sbb banyak pasal game what so ever...... ehehe.. utk siri komik ni tak pernah jumpa lg.. pinjam boleh?
lynndamya said…
Babe !!! thank you for sharing this ! agak2nya ade lagi tak kalau aku nak cari ek? aku before ni mmg follow Dari Alam Angker yg dulu dlm majalah gempak ke utopia dulu, lupa ntah..yg dah compile jadi komik aku just ada warisan puaka tu je..style gila citer anak patung manisah tu, aku seram yg tu..haha then Puyuh! Puyuh best cuma citer dia seram sbb mcm pelik2 kan..aku penah baca yg rambut watak tu tersangkut kat kipas then apa ntah jadi..haha nice2..sekarang komik aku suka baca Siri Ikhtiar Hidup (komik kanak-kanak) haha..
caliph shuriken said…
dulu kawan sy suka sgt kumpul koleksi siri bercakap dgn jin, huh...
sheikhyerbubi said…
Hi Lana, nice post. Tau tak kat mana saya boleh dptkan komik2 Dari Alam Angker?
Tinta Lana said…
@sheikhyerbubi

Maaf lambat reply. Koleksi yang saya ada ini saya perolehi dari kedai buku MPH.

Jadi, saudara/i boleh cuba cari disana, good luck. :)

Popular Posts