Abah pencen

Minggu ini, minggu terakhir abah saya bekerja sebagai penjawat awam di Putrajaya.

Sabtu lepas, rakan sekerjanya buat sedikit jamuan makan-makan ditempat kerja.

Balik saja kerumah, abah saya cerita la serba sedikit suasana masa jamuan, berapa orang yang datang, makan apa dll.

Sebagai anak kan..masa abah cerita tu..dapat rasa dia sedih sebenarnya..tapi saya tak tahu nak buat apa..saya dengar je ceritanya..

Saya tahu abah sedih sebabnya, bila dia bercerita dia banyak pandang bawah je. Lepastu dia cakap, dia lapar, masa jamuan makan skit je. Rasa kenyang katanya sebab dah makan kuih sebelum itu. Part ini buat hati saya macam sedih banyak,huhu. Saya tahu dia bukan dah kenyang, tapi tak lalu makan. Malamnya tu, saya teman abah makan kat foodcourt.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, panjangkan usia abah sampai ke hari ini. Sebenarnya, ada sedikit rasa risau, saya selalu fikir, apa yang patut saya buat untuk tolong abah saya lalui keadaan baru ini.

Apa yang patut kami sekeluarga buat untuk berdepan suasana baru ini. Ada juga berbincang kosong, abah kata nak balik kampung dia, buat rumah disana. Apa2 pun keputusan, kami ok je..

Comments

ewanthology said…
bolehlah berehat lepas ni
tajnur said…
Assalamualaikum wbt
Apa nak disedihkan! Manusia datang dan manusia pergi. Bersyukurlah kerana Allah SWT memberi usia yang panjang dgn sihat wal`afiat InsyaAllah. Sekaranglah masa terbaik ayah sdri mengejar kebaikan sejauh mungkin untuk akhirat tanpa terikat dgn pekerjaan lagi. Kalau diamati, terlalu luas dan banyak untuk dikejarkan. .
Jajas said…

salam...

lana...mak abah sihat?ckp kat mereka abg balik raya ni...huhu
Unknown said…
Biasanya kalau sudah lama berkhidmat mmg itulah yg akan dirasai.
Insya Allah ia akan ok lepas tu tapi agak makan masa juga. Cuma kena luangkan masa bersama supaya tak kesunyian. Doakan yang terbaik buat ayah Lana yer.
Cik Azz said…
Selalunya macam tu la Lana.. Bila dah pencen, pakat balik kampung dok sana.. Nak masuk tempat akak ni pun dah mula banyak rumah baru kat kiri kanan jalan.. Okay gak la sebab takde la rasa sunyi dan hutan je nak masuk area sini..


Balik kampung dan berkebun pisang.. Macam abang ipar akak, sekarang ni dok kampung dan berkebun padahal dia takde la makan sangat hasil kebun dia tu.. Saja suka berbudi pada tanah..
ary_lee said…
Lana galakkan abah Lana mengusahakan sesuatu. Supaya tak ada lah bosan dia nanti.


Haiiiisssshhhh... Ary dah slalu menghala ke Putrajaya, Lana pula beransur. HohoXD
Khamsi Abdullah said…
Lana :') Buat je pape aktiviti Lana. Riki2 je apa yang abah suka. Tetiba rasa nak balik duk kat kampung dekat ngan famili.. tapi duk jauh ni pun untuk tunaikan kewajipan jugak. Ayah saya pon dah tak lama jugak nak pencen tu. Semoga ayah2 kita dalam keadaan bahagia sentiasa pada hari-hari mendatang.
NasQ said…
pencen dah abah... kita ni je lagi 30 tahun nak berkerja...
lynndamya said…
Salam, Lana... :( okay aku pun sedih baca..pasal ayah ni mmg aku cepat betul sensitif.. :'(
Ayah kau boleh lah berehat dan luangkan masa dgn family, gembirakan dan jaga dia baik2...
Semoga Allah panjangkan umur ayah kau dan beri dia kesihatan dan kesejahteraan yg baik dunia akhirat..aminnn :)
Sis Vee said…
org yg suka kerja , dia mmg akan rasa down or mcm org bodoh jer klu x buat kerja . klu kat kl ni blh la aktif dlm ngo . blh juga isi masa persaraan ni dgn membuka perniagaan ...
Bunda_nora said…
Memang macam tu lah orang baru pencen ni...mati kutu jadinyer...
Sebelum ni ada jer kerja nak dibuat...takper suruh abah berehat dulu...sesuaikan dengan suasana baru...
Teena Tna said…
Masa saya praktikal kat hospital dulu, pekerja yg dah bersara akan diarak sambil berkompang (kompang radio jer). Dari jauh dah boleh agak ada orang yg pencen hari tu. pastu saya pernah attend majlis persaraan ketua department. Dapat rasa sedih dia walaupun masa tu saya trainee jer. Kalau dah lama bekerja tetiba dah tak perlu bekerja pasti rasa janggal. Semoga abah akak diberi kesihatan yang sihat selalu :)
Ooh Deo said…
Memang sedih.. tinggalkan perkara yang dah bertahun kita buat.. abah lana kena cari hobi la.. jom join photography, isi masa lapang, sambil2 berehat..hehehe

Mostly orang pencen akan mula buat business.. tp nak kena tgk la minat business ape..
Mime MF said…
bila dah biasa bekerja then tetiba tak kerja mgkin abah lana kn amik masa utk biasakan diri..takpa..apa pun parents kita nk buat kita bg sokongan ye..hehe:)
khairulsyarafi said…
alhamdulillah beliau direzekikan dgn umur yang panjang. :)

perasaan sedih memang tetap akan lahir pada insan kategori manusia :)
Shida Radzuan said…
apa..abah nk buat sokonglah..yg penting jgn buat dia duduk sorg2 mcm bosan kan..bykkn aktviti dgn dia..biar dia rsa duduk rumah lg bmakna sbenarnya ada klurga bsama2 luang msa :)
caliph shuriken said…
yup, perlu ada something mcm simple aktiviti supaya x bosan dok kt umah selepas bersara.. klau ada tanah kt kampung bole jgak berkebun kn ^^
Afiqah said…
Alhamdulillah :D
Unknown said…
Excited mana pun dia bercerita, kesedihan tu pasti terasa jugak kan. :)
Iola said…
selamat menjalani ibadah berpuasa :D

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
CD said…
Selamat berpuasa lana...
Xpe.. nanti lama2, ok lah tu.. sedih nak berpisah, mmg begitu.. :)
Tinta Lana said…
@ewanthology

Dah hampir seminggu dah pencennya, setakat ni abah nampak ok,hehe
Tinta Lana said…
@tajnur

Wa'alaikumusalam wbt.

Sedih saya sebab saya tak tahu apa cara terbaik nak bantu dia menghadapi suasana baru.

Jika dah bertahun2 bekerja, tiba2 bersara, banyak bezanya tu.
Tinta Lana said…
@Jajas

Wa'alaikumusalam.

Alhamdulillah..cuma abah ak nampak letih sgt buln posa kali ni..
Tinta Lana said…
@Mohd Ridzwan Abdullah

Terima kasih banyak wan.. Sekarang ni pun dah tukar tmpt keja, takda menyewa dah. Ulang alik je dri rumah ke tempat kerja. Dapat la luangkan masa..
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Perancangan tu memang ada kearah tu kak azz..

Tapi mak abah saya kata, tunggu adik saya habis belajar dulu..insyaAllah panjang umur.. :)
Tinta Lana said…
@ary_lee

Hahaha, tungguuuuu :D
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Amin.. Ikutkan abah suka merayau..dengan motor dia,hehe

Ada gak bagi cdgn, jalan2 tgk tmpt org, naik keretapi ke..tapi takda sambutan je cdgn lana tu,hahah
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Rasa lemah je bca komen ko T__T hahaha
Tinta Lana said…
@lynndamya

Wa'alaikumusalam.

Aku ni lynn..bukan anak yg baik..tpi kalau citer pasal abah aku..mmg smbil tulis pun aku boleh mengalir ayor mata,heh3

Terima kasih lynn syg.. :)
Tinta Lana said…
@Sis Vee

Itula..dah bertahun2 keja kak vee..

Saya takut abah jatuh sakit je..jatuh sakit sbb kurg bergerak. Masa kerja kan banyak bergerak..
Tinta Lana said…
@BUNDA a.k.a KN

Hehehe, abah saya pun ada ckp, memang target nak rehat puas2 dulu.. ^_^
Tinta Lana said…
@Teena Tna

Waa, smpai berarak tu,hehe. Time abah akak hritu, ada la kawan2 dia buat jamuan makan kecil2an.

Amin..terima kasih teena.. :)
Tinta Lana said…
@amir zahari

Cadangan yg baik..urm..abah punya minat lebih kearah berjalan2..

Risau mir..orgnya suka naik motor..
Tinta Lana said…
@Mime MF

Terima kasih mime.. :)
Tinta Lana said…
@Shida Radzuan

Ikutkan, memang nak je duk rumah slalu shida..huhu
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Itula, dapat berbudi pada tanah..saya pun nak je balik kampung, buat rumah ats tnh..tak seronok mana duk rumah batu,huhu
aizamia3 said…
Moga abah lana dikurniakan kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan seharian.

Popular Posts