Tips & Contoh Soalan Temuduga Cikgu Tadika

Baru2 ini, saya try pergi interview untuk jawatan educator disebuah tadika swasta di area Bangi. Niat awal saya untuk cari pengalaman interview yang berbeza.

Apa yang boleh saya cakap, ia nyata berbeza,hahaha. 
Jujurnya, saya tak buat preparation pun, terjah dengan penuh semangat! 

Ada tiga soalan utama yang pengetuanya tanya pada saya.

Pertama. Apa yang anda tahu tentang tadika ini?
Ini soalan yang paling saya tak boleh jawab,hoho. Balik dari interview, baru saya terhegeh2 google. Dan..saya ingatkan ni tadika biasa2. Then bila go through diorang punya website, diorang siap dapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records - Rangkaian Terbesar Pusat Pendidikan Kanak2. 

Kedua. Kriteria/karakter apa yang perlu ada dalam diri seorang pendidik/cikgu tadika?
Macam2 saya jawab - Perlu sabar, kreatif, ceria, baik hati, bertanggungjawab, skill komunikasi yang baik, bla bla bla..pendek kata, semua sifat mahmudah saya sebut,haha. Tapi pengetuanya kata,"saya perlukan satu perkataan ni, ia kriteria paling penting sekali..". 

Blur. Saya dah tak tersebut dah. Lastly, pengetua tu yang bagi jawapan - IKHLAS.
Adoi, rasa kena baling dengan petai bila saya dengar jawapan tu. See, sekali lagi, nampak beno terjahan utk interview kali ini.

Soalan ketiga. What should you do bila berdepan dengan parents yang jenis mumbling, cocky?
Jawapan saya, saya cuba mendengar dan memahami terlebih dulu, then cuba cari penyelesaian terbaik untuk setiap omelan mereka tu. *Sendiri jawab, sendiri rasa pelik,ekeke.

#Pengalaman baru. Saya kurang berminat kerjaya sebagai guru. 'Berat' untuk saya membawanya. Pada ibubapa, hargailah susah payah guru yang mendidik anak anda disekolah.

Image source: Izz2000 (Izabella)

Comments

lynndamya said…
Salam....LANA !!! Haha rindunyaaaa kat kau, tahu tak?? Lama aku xnmpk kau update tau..saje biar aku sorang2 kat sini..haha dah kenapa komen aku mcm ni...?

okay2, firstly wahhh...mmg tak sangka tadika tu siap dpt sijil besar mcm tu..huyoo~

second, em klau aku pun aku sebut gak semua sifat2 yg baik..haha mesti aku pun macm kena baling dgn petai..haha

tiga, aku nak jadi cikgu pendidikan seni sahaja..hahaha best ! best lah kot~ errk..
Sis Vee said…
satu ketika dulu sis pernah di tanya ... kenapa x jadi cikgu sbb kerja ni plg familier kat klgn saudara mara ... sbb x de kesabaran !
Khamsi Abdullah said…
Assalamu'alaikum Lana,

un-sangka-rable punya jawapan. Tu lah jawapan yang selalu kita rasa kelepek kena kat muka. So, macam mana? Dapat tak?
ary_lee said…
Ha-ha-ha! Ok! Memang kelakar. Adoyaiii, Lana. Nampak sangat tak bersedia ni. Achaner ni? HahahaXD
Tinta Lana said…
@lynndamya

Wa'alaikumusalam. Urm..aku taktau pun ko rindu kat aku..ni baru tahu, erkkk, muntah! hahaha

Aku tak update tak bermakna aku biar ko sorg2 lynn..romantik tak ayat aku?hahahah

Yes, ko try la google 'tadika yg dpt pengiktirafan ....'. Sorry, aku tak boleh sebut nama tadikanya. Kot la jadi isu ke apa.

Serius, aku mmg rasa mcm kena baling dgn petai bila dia sebut, 'ikhlas'. Nampak tak ketidakikhlasan aku gi interview?hahaha. Tlg ambil pengajaran ok.

Tang cikgu pendidikan seni, ko mmg sesuai sekali habaq hang,hahaha
Tinta Lana said…
@Sis Vee

Kak Vee, lepas SPM, makcik2 sya pun ada juga tanya..tpi saya mmg tak berminat,hehe
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Wa'alaikumusalam.

Mmg kelepek haritu khamsi..huhu.
Pengetua tu bagi masa untuk lana fikir samada lana betul2 nak ceburkan diri dlm bidang ni. Sebab kata dia, dia memang perlukan org, tapi tiada paksaan. I think she knows my answer already.. :)
Tinta Lana said…
@ary_lee

Nampak sgt2 kan ary.. dah la hari interview tu hari sabtu, kelam kabut, tiba2 kena panggil keja sblh pagi, ganti org.

Ptg tu terkejar2 pergi jumpa pengetua tu. Tapi best lah. >_<
Khamsi Abdullah said…
She knows, tapi saya tak tahu..hehe
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Opps, sorry, hehe. Lana tolak.. :)
Khamsi Abdullah said…
@Tinta Lana La..sayangnya. Saya antara cita-cita memang nak jadi pendidik :) Tapi hampeh..jadi benda lain. Nasib tak jadi otromen je.
Shida Radzuan said…
boleh shida bg info utk adik dia pn pndidik lana..nk intervw nnt..
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Actually nak jugak..tpi lana rasa untuk handle 3-4 org dalam satu kelas, still ok. But more than that..i don't think so,huhu
Tinta Lana said…
@Shida Radzuan

Make sure, bagitau adik, 'sukakan kanak2 juga'. Tak semestinya kena ada diploma dlm pendidikan knk2 bru boleh involved bidg ni (itu apa yg pengetua tu bgitau), and..gtau adik shida, pergi je dulu intrvw ya ;)
Unknown said…
nak jadi seorang pendidik memang susah. banyak peranan dan usaha. aaa, saya tak boleh jadi. takde kesabaran yang cukup. hehehe
Yu. Syamz said…
assalamualaikum...lama tak singgah sini..huhu..

kesimpulannya..mesti bersedia walau ape perkara yang kita nak lalui...waalid aritu kne temuduge SPP..doakan berjaya..

#diambangbulanramadhan
NasQ said…
kalau aku kena soalan ke2 tu, rasanya terjun bangunan kot...
Tinta Lana said…
@white lily

Kesabaran itu mungkin saya ada..tpi saya jenis cepat gelabah. Tiba2 bebudak itu menangis hentak2 kaki, apa nak buat??? :D
Tinta Lana said…
@Waalid Al-Marbawi

Wa'alaikumusalam.

Waalid! hehe, terima kasih singgah. Semoga ada kebaikan menanti :)

Ya, semakin menghampiri :)
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Bangunan berapa tingkat TK?? hahaha
Teena Tna said…
Akak nak tukar kerja ke? Saya kalau bab budak2 ni memang tak reti nak adapt. Kalau jadi cikgu memang confirm budak2 tu asyik kena marah jer kalau bising, tak buat kerja. Saya kalau tengok baby pun tahu tengok jer, nak pegang takut. Huhu
Anonymous said…
assalamualaikum lanaku..

ok juga cari pengalaman barukan..akak rasa apa2 bidang kerjapun yg penting ada ikhlas di hati...insyaAllah....
Tinta Lana said…
@Teena Tna

Akak cari pengalaman interview je. Just nak tahu, kalau position ni, apa soalan yg diorg akan tnya,hik3

Yg akak pegi ni, tadika untuk kanak2 umur 4-6 thn. Usia mcmni, dlm 3-4 org boleh lagi kot handle..tpi kalau sekelas, tak terhandle T__T
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda :)

Aah, saja cari pengalaman baru kak.. :)

Tapi kak..bagi saya, susah nak mengikhlaskan diri bila buat satu2 pekerjaan tu..huhu. Tak sepenuh hati maksud saya..
caliph shuriken said…
oic, tadika ni persis little caliph kn kn, hikk..

ingt rasa mcm kena baling dgn duster, erkk..

yup, kerjaya cmni utk yg betul2 berminat jaa kn ^^
Be Yourself said…
Tq sis. Mohon share

Popular Posts