Beli VS Buat Sendiri

Saya jeles bila baca entry Kak Azz ni, 'Buat Sendiri Juadah Berbuka Puasa'. 
Jeles dalam nada cute ya :D

Memang seronok bila kita hasilkan sesuatu dan benda itu dapat dinikmati ramai orang. Lebih2 lagi soal makanan.

Saya kan keluarga kecil..bulan puasa ni, kami bertiga je kat rumah.
Abah-Emak-Saya. Adik saya dipusat pengajian dia.

Bulan puasa begini, biasanya, juadah berbuka memang emak yang sediakan. 
Kami jarang beli lauk pauk. Berbuka sekeluarga diluar? Seingat saya tak pernah..

Cuma, bab kuih muih/pencuci mulut, yang ini abah saya akan kebazar.
Beli dalam 2 jenis. Itupun time sahur baru habis..

Kdg2 saya tanya emak, kenapa dah tak buat kuih ni, kuih tu.. Mak saya jawab, kos nak buat lagi tinggi dari beli. Barang2 nak beli dlm kuantiti sedikit tak boleh/tak berbaloi. Kalau beli banyak, tak terhabis plak. Masa dan tenaga pun ambil kira. Sudahnya, beli lebih menguntungkan.

Sebenarnya, soalan itu saya dah pernah tanya beberapa kali, saya tahu itu juga jawapannya,hehe. Cuma taktau apa lagi nak tanya bila tiba2 kuih yg dibeli tak memenuhi citarasa.

Saya kesian juga dengan diri sendiri dan kebanyakan kita semua, kita dalam dilema jugak kan, memilih antara yang menyumbang keseronokan dengan keuntungan. 

Urmm..hidup ini kita tak dapat semua.

Comments

kasut puteh said…
Selamat berpuasa lana :)
Unknown said…
Sama la dengan Eza. Kat rumah ada Mama, Abah & Eza. Kuih je selalu beli.. Setakat ni, belum lagi parents Eza ajak berbuka kat luar. Part bila kuih tak sedap tu memang betul laa, hampa gak bila tak sedap bila kta mengharap benda tu sedap..

Unknown said…
tetapi bila kita bt itu rasa kepuasankan dripada beli.. hehe

kalo dekt rumah pon mostly mama ayie pon beli sebb tinggl bpe orng je kt umah.. ayie pon xad kt umah..
Cik Azz said…
Hehehe.. Ada orang jeles rupanya..

Tapi betul la kata Lana tu.. Keluarga kecil memang sesuai beli dari buat.. Keluarga besar ni kalau membeli memang rabak habis la dompet.. haha..

Sesekali jika ada rasa teringin nak buat juadah tu, boleh je buat Lana.. Sedekahkan kat kejiranan.. Itupun satu kepuasan jugak..
Montana said…
saja mai singgah nooo
Ooh Deo said…
Kejadian berlaku pada 7/7/2014 bajet nak masakla utk berbuka..

ha'ah Lana nak masak untuk juadah berbuka untuk 2, 3 mulut rasa tak berbaloi nk beli barangnya sekian, harganya plak sekian,nak masak plak sekian..

hmmm beli jela..
Bunda_nora said…
Bunda jarang jugak membeli... bukan ramai pun so bunda masak simple2 aje... kalau beli pun kuih muih jer..
aizamia3 said…
Setakat ni anak-anak hanya berbuka dengan menu yang dimasak dirumah.. menu yang ada pun dah cukup mengenyangkan.. tak perlu beli kat bazaar dah.. ;)
Unknown said…
TH lebih suka buat snd sebab seronok tgk org lain mkn pe yg kt masak.

org lain tu suami je pn.hihihi
caliph shuriken said…
paling spoil bila beli kuih kt bazar.. kaler dh nampak cantik.. tapi rasa plak x secantik kaler, hukk..
Tinta Lana said…
@kasut puteh

KP..dtg jugak, hehe :) Selamat berpuasa gak tau ^^
Tinta Lana said…
@Eza Boom Boom

Payah nak cari yg sedap skrg ni kan eza..

Tinta Lana said…
@Azrin Rahim

Aah, lagi2 makanan tu, kita masak, then org2 yg kita syg/rapat makan masakan kita.. happy.. :)
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Saya la tu jelesnya,hahaha

Tapi kak, kdg2 saya tak puas hati gak, nak gak suh mak buat, ekekkee. Sendiri buat, malaih :D

Tinta Lana said…
@amir zahari

Semalam?hahaha

Ia, tang nak beli brg tu la..bukan bleh beli ciput2.. sedangkan yg nak mkn pun brapa org je.
Tinta Lana said…
@BUNDA a.k.a KN

Sama la dengan kami kat sini bunda.. biasa kalau ke bazar, mmg kuih muih jela yg dicari..
Tinta Lana said…
@aizamia3

Kak.. mesti happening kan kat ats meja makan.. >_<
Tinta Lana said…
@Titisan Hujan

hehehe, bila turn kita bersuami plak ni..eh :D hahaha

Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Saya paling suka tgk agar2/puding bila kt bazar..mcm2 warna, rupa ada.. tpi tak pernah beli.. rasa tak secantik warna..betul la tu,huhu
Cik nadya said…
same laa kite. salu kuih beli je. tuu pon beli ngn jiran depan.. sedap. haha

oh. setakat nih puasa memang 1family sbb adek ct sem kan..

bab memasak da tukar kepada saya sebab ibu sibuk jaga baby kan.. hihi
Khamsi Abdullah said…
there will always be the opportunity costs. Kita pilih ni, kita tak dapat yang ni. Sebanarnya dalam hidup ni takde langsung pon grey area. It is either white or black we have to choose. Macam gak duk rumah bujang, padahal boleh je nak masak lemak hari-hari. Bila memikirkan modal, hmm..baik tapau lauk yang dah siap..jimat masa dan uwang. Masak? Nasi dan air sudahlah. :) - stanzaku
AwekTrader said…
Kalau ada ramai2 baik masak sendiri.
Kalau dah bz dan ada 2-3 orang aje..beli menjimatkan masa n kos
jie susanos said…
ini atas org kot.. ada yg suka bt sndiri walau tahu kos mhal skit dari beli..
Unknown said…
Assalamualaikum lana,
Ingat diy ye ape..rupenya pesal kuih..hehe..erm btol gak tu dalam kuantiti sikit memang x berbaloi nak beli =)
kalau rajin ada la kuih atas meja, kalu tak, main tunjuk tunjuk je kat bazaar
Tinta Lana said…
@Cik Nadyya

Terer masak la ni ya nad :p
Tinta Lana said…
@Cik Nadyya

Terer masak la ni ya nad :p
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Aah khamsi.. sebenarnya tentang apa yg kita pilih kan..
Tinta Lana said…
@Fuza Musa

Ya kak fuza, saya pun rsa better mcmtu.
Tinta Lana said…
@Jie Susanos

Pilihan ditangan masing2..betul :)
Tinta Lana said…
@Syaz Rozelt

Wa'alaikumusalam.

Hehe, aah syaz..jeles tgk kak azz msak kuih bebanyak..suasana camtu dah jrg jumpa skrg..
Tinta Lana said…
@Marou Apple Hijau

Urmm..tu kira rajin gak tu..rajin tunjuk,ekekke
Unknown said…
Kalo dekat Mesir ni, buat sendirila, seronok buat dengan kawan-kawan. Macam semalam am dengan kawan-kawan buat apam balik dengan pau kaya.

Dekat Malaysia harapan la nak buat, baik pergi kedai. Tapi semenjak 2-3 tahun ni pun dah jarang pergi Bazar Ramadhan kalo dekat rumah pun, sebab sekarang ni ramai guna kesempatan untuk buka gerai walaupun masakan diorang sebenarnya takdela sedap sangat, Dah banyak kali dah beli kuih yang tak sedap, lauk yang basi semua tu sampai rasa malas nak pergi.
Unknown said…
betul tu kak. sekarang kos semakin tinggi. macam tak berbaloi lah kan, kuantiti sikit tapi perbelanjaan tinggi. baik beli aje kalau rasa nak tukar citarasa. hehe. ^___^
Hazmin Hamudin said…
Ikutkan memang buat sendiri lagi sedap. Tapi fikir masa dan tenaga nak buat tu, memang beli jela jawabnya kan.
Hans Hanis said…
masak sendiri lagi best dari beli bazar
Mime MF said…
kalau sy plak kuih mmg beli...jrg la buat..kalau bt pun if saudara dtg berbuka di rumah..makanan pun masak je..sbb kalau beli confirm tak cukup..baik masak..save pun ye..hehe
Afiqah said…
macam sedih je kalau tak dpt buat sendiri :(
khairulsyarafi said…
fi kalau bab makan kena hantulaa dengan delima sebab suma nak hehe,tapi bab makan memang mak masaklaa paling best kalau kuih pun dia tak rajin buat dah sbb ambil masa..hehe fi beli je hehehe
Unknown said…
alhamdulillah setakat ni tak pernah pergi bazaar lg.. selalu masak je. lg jimat.. hehe
Tinta Lana said…
@Arham Md Ali

Betul am, ramai ambil kesempatan berniaga dalam bulan ramadhan ni..tapi takda/kurang pengalaman berniaga. Mungkin tujuan utama, nak cari sumber pendapatan lebih..tu takda salahnya, cuma ada yg betul2 main bedal je letak harga, masak pun setakat batuk lepas kt tngga..
Tinta Lana said…
@white lily

Setiap pilihan, ada 'harga' yg perlu dibayar kan dik..
Tinta Lana said…
@Hazmin Hamudin

Bila buat sendiri, memang memuaskan hati bro..tpi kenangkan masa semua tu.. lagi2 kerja yang rumit.. kalau mee goreng ke, better buat sendiri. Tapi kuih muih kan ada yg rumit jugak nak membuatnya..
Tinta Lana said…
@Mime MF

Tu la yg mak maksudkan.. sebenarnya, kalau ramai yg menjamu, elok la kita masak..
Tinta Lana said…
@Detective Fiqa

Macam sedih sgt ni dik,hihi
Tinta Lana said…
@Khairulsyarafi Ruang Monolog

Fie..apa yg ko taip ni..hantulaa dgn delima? (-_-)

Mestila masakan mak paling best kat dunia,ehehe
lynndamya said…
Salam :D Family aku NI jenis yg suka berjalan-jalan, round-round bazar, dan buka ala-kadar dalam kereta..lepas tu baru singgah kedai utk makan. Memang best, sbb masing2 suka tgk suasana bazar yg meriah..haha :D

tapi betullah tu mak kau cakap, sometimes beli mmg lagi jimat dpd buat sendiri, cuma kena pandai pilih lah..silap pilih tu yg buat spoil time berbuka nanti tu..huhu~

Popular Posts