Resipi:Tomyam Seafood/Tomyam Poktek
Assalammualaikum.
Baru ni belajar dengan MIL cara buat Tomyam Poktek style-nya.
Baru ni belajar dengan MIL cara buat Tomyam Poktek style-nya.
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 biji Bawang Besar
5 biji Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
10-15 biji Cili Padi (tambah jika mahu lebih pedas)
2 inci Halia
Cili Kering
3 batang Serai (dititik)
2 ekor Ketam (dibelah dua)
Udang (dibuang kepala)
Sotong
Ayam (potong kecil)
Bunga Kobis
Lobak Merah
Cendawan Butang
Daun Limau Purut
Pes Tomyam Kung
Limau Nipis
Kunyit
Garam (sebagai penambah perasa)
Minyak (untuk menumis)
Cara membuatnya:
1. Bahan A dikisar terlebih dahulu. Panaskan minyak dan tumiskannya sehingga pecah minyak. Serai yang dititik masukkan juga. Pastikan api sederhana.
2. Sambil menumis, masukkan Pes Tomyam Kung (saya guna brand Adabi), daun limau purut dan isi ayam. Kunyit pula dimasukkan sedikit saja untuk mencantikkan warna.
3. Tambahkan air. Masakkan ia sehingga mendidih. Tambah garam dan air limau nipis, banyak mana bergantung pada kita. Jika nak lebih masam, tambahkan lagi air limau nipis, seimbangkan rasa dengan menggunakan garam.
4. Masukkan ketam, isi udang dan sotong. Biarkan seketika, diikuti sayur bunga kobis, lobak merah dan cendawan butang.
5. Rebus sehingga mendidih dan sedia dihidangkan.
Nota:
- Saya memang tidak masukkan santan/susu cair.
- Kuantiti bahan A bergantung pada isi bahan mentah (ayam,udang,sotong etc). Nak lebih sedap dan pekat, lebihkan bahan A.
- Isi seafood tidak boleh direbus terlalu lama. Memadai beberapa minit saja untuk elakkan isinya liat.
Comments
Tetiba teringin pulak nak makan tomyam :)
Akak dah tak boleh dah makan tomyam ni gara-gara gastrik. Sedih betul. Huhu.
Tak dinafikan :)
Dari Thailand Kak Azz, ikutkan resipi asal, sepatutnya tambah santan..tapi memang kami tak tambah,hehe
hehe, sebab tomyam agak masam ke kak, tu xboleh makan? Saya kurangkan perahan air limau time masak hritu, sapa nak masam lagi, tambah kendian dalam mangkuk masing2.