Apa tujuan bahasa sebenarnya?
Rasa bertuah sangat dilahirkan di Malaysia. Dengan bahasa utama, Bahasa Melayu, kita juga ada sampingan2nya. Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa Inggeris dan macam2 lagi lah..
Pernahkah anda tertanya, mengapa agaknya, dari sekolah rendah sehingga ke universiti, kita belajar Bahasa Inggeris.. tapi sampai ke sudah, kemampuan kita dalam menguasai bahasa tersebut agak lemah? Tak kiralah dari sudut komunikasi mahupun penulisan.
Begitu juga, kenapa agaknya, walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bangsa2 lain tetap gagal berkata2 dalam bahasa ini dengan baik..kadang2 begitu pelat sekali, berterabur sekali sehingga memerlukan translator untuk memahaminya.
Lana tinggalkan anda dengan dua situasi diatas. Lana juga mengakui kelemahan lana dalam penguasaan sesuatu bahasa. Lana ungkapkan ini kerana, baru2 ni, masa dikedai, pelancong luar negara datang. Tanya tentang Jambatan 'Bertanduk' di Putrajaya ni. Puas aku fikir..apalah jambatan dalam Bahasa Inggeris. Dah sampai rumah baru teringat - bridge. Adeh... sadis.. T___T
Comments
fa tak penah terpk, tapi fa selalu pk, nape orang susah sangat nak paham and guna english dengan betul.
sama jugak fa selalu pk, kenapa susah sangat fa nak belajar and paham arabic.
jawapan fa: it is not our mother tongue.
malu nak mengaku yg sy pelat bahasa melayu :) hehe cakap mcm org cina. perasan.
belajar english kat sekolah je, kat umah cakap bahasa melayu jugak.
macammane nak fasih?
sy pun selalu terlupa perkataan2 mudah..adeh..
terutamanya ketika sering bercakap bhs arab, tiba-tiba bercakap BI, gerenti ssh untuk alihkan fikiran ke BI..:)
kdg2 bile nk speaking dpn mat salleh tu kita lupe segala vocab :D
BM, bhs kbgsaan..tp bgsa lain pn ade bhs sndiri..so, depa xpnting sgt la kot
"Practice Makes Perfect" :)
Itu sahaja kena buat untuk mahirkan sama ada dalam pertuturan atau penulisan.
-wina1979-
Apa-apa pun, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Kat mana kita berada, belajarlah bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, kalau ke jepun takkan nak berkomunikasi hanya dengan bahasa inggeris? Jepun menghormati bahasa mereka. Same as France. Dulu bahasa kita hebat (zaman dagangan rempah ratus).. sama hebat dengan penggunaan bahasa inggeris kini meluas..
Dulu pernah sy ke indonesia, dijamu menggunakan chopstick, sy xtau guna, tanya pelayan tu ada sudu tak? Ingat org indonesia panggil sudu cam kita gak.. terpinga2 die. Puas explain sudu..sudu..sudu.. hehehe, client indonesia tu dah dpt tangkap.. "Owh cedok.. kamu maksudkan SPOON ya?" adeh malu gue.. camne sudu dlm bhs inggeris leh hilang dlm vocab kepala.. hehehe..
apa2 pun, klau tau lebih drp satu bahasa kira bonus laa tu.. jepun & korea bole maju & berjaya dgn bahasa masing2.. so, jgn rsa down sbb BI kita biasa2 ^^
tp bangga kalau duduk dlm NEGARA KHILAFAH, sebab umat Islam bersatu tanpa sempadan nasional, maka lebih banyaklah bahasa yg dapat dipelajari
insya Allah KHILAFAH akan tertegak kembali. itu janji nabi saw
bridge tu jambatan ke..?
haha
Hamba ore kelate, sampai sekarang hamba tak pass bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Satu perkara yang berlegar-legar dalam benak saya ialah bahasa untuk menyampaikan maksud hati, kerana hati berbicara seribu bahasa, tiada siapa yang peduli sehinggalah mulut berbicara dalam bahasa yang difahami.
Apa agaknya akan terjadi jika suatu masa dahulu apabila Muhammad s.a.w membacakan ayat-ayat al-quran dalam bahasa hebrew atau bahasa kitab taurat, tentu terngangga orang arab mendengarnya. Tetapi hari ini, kita selamber je baca al-quran dalam bahasa arab walaupun kita tak faham. Itulah perbandingan hari itu dan hari ini.
Hari ini, bahasa diagung-agung tanpa tujuan. Kena pandai bahasa inggeris, kononnya bahasa antarabangsa, tetapi sepatah huruf pun tak diguna apabila berniaga di kampung atau di jepun.
Saya terpanggil untuk menggunakan perkataan jambatan juga, saya setuju bahawa bahasa adalah jambatan. terima kasih.