Terima Kasih Allah
Ada sesuatu yang menjentik perasaan saya baru-baru ini.
Rasanya tidak pernah lagi meluahkan perasaan diblog sendiri..
Tapi pada hari tu, sampai terkeluar sebuah entry.
Jentikan yang membuahkan rasa sendu.
Tapi, tak lama selepas itu, Allah sudah pun membalas sesuatu.
Terbit rasa bersyukur dan sangat gembira.
Masih ada lagi dikalangan hambaNYA, yang berhati mulia.
Terima kasih pada Encik Ezzard, yang berusaha mereka header diatas. Agak mengejutkan apabila mendapat emel saudara pada mulanya. Tiada apa yang mampu dibalas, melainkan ucapan terima kasih, semoga Dia sentiasa bersama saudara tatkala susah mahupun senang.
Kepada Hilmi Razali, ia sesuatu yang mengujakan bila ada seseorang menghargai usaha saya. Biarpun kita tidak kenal sama sekali, tidak pernah berjumpa, bertegur sapa melainkan bertemu dialam maya, saya mendoakan agar saudara juga dikelilingi insan2 yang menghargai saudara.
Terima kasih..
#macam ucapan menang Oscar lak, hehehe.
Comments