Pentingnya Logout/Signout
Kealpaan membawa padah. Satu hari, saya terlupa untuk Logout akaun FB disebuah CC. Gara2 nak cepat, saya hanya pangkah pada window utama.
Esoknya, rakan saya menghantar message berbunyi, "Weii, ko ada online tak harini?". Saya jawab, "takda, tak sempat lagi pergi CC".
"Baik ko pergi sekarang, aku rasa ada orang hack ko punya FB. Siap tukar gambar tak elok lagi", beritahu kawan saya tadi.
Dengan berderau darah, saya segera menelefonnya dan meminta dia bercerita dengan lebih lanjut. Ibunda orang pertama saya beritahu mengenainya. Jam menghampiri 7 petang, ikutkan hati saya mahu terus berlari ke CC, tapi saya gagahkan diri menunaikan fardhu Maghrib terlebih dahulu, tapi sungguh, hati saya tidak tenteram.
Sampai saja dikaunter CC, saya mengadu pada pekerjanya. Mereka juga terperanjat mendengarnya, selama mereka beroperasi, inilah kes pertama. Selepas diselidik, ternyata, ada dua orang lelaki yang duduk ditempat sama yang saya duduk pada hari sebelumnya.
Dengan tangan terketar2, saya segera buka akaun FB saya. Astaghfirullahalazim.. Hamba Allah yang mengaibkan saya itu menukar gambar profile saya dengan gambar seorang perempuan lain dalam keadaan berahi. Selepas itu, dia mengeluarkan post yang berbaur tidak senonoh di wall saya, sehinggakan ada dikalangan rakan2 saya yang turut membalas komen dengannya.
Allahuakhbar..menangis saya seorang diri disitu. Rasa sangat beremosi ketika itu. Apa yang saya mampu buat ialah mengeluarkan kenyataan duduk perkara sebenar yang berlaku. Apabila saya rasa lebih tenang.. saya mengeluarkan kenyataan terakhir di FB saya.. "semoga Allah memaafkan hambanya yang melakukan aib ini pada saya..".
Saya tidak menyalahkan hamba tadi, kerana saya sendiri akur dengan kesilapan saya membuka laluan mudah untuknya melakukan hal ini. Dan, tujuan saya bercerita, bukan untuk membuka pekung didada, saya hanya ingin memberi peringatan, perkara seperti ini, kelihatannya mudah. Tapi impactnya, kita tidak tahu apa, bila dan bagaimana.
Dengan kejadian tadi, saya banyak merenung diri..terlalu banyak hikmahnya walaupun saya akui, saya rasa malu sangat diri ini.
Dan..tidak lama selepas itu, saya dapat satu komen. Seingat saya, saya tidak pernah add nya sebagai friend. Dia menulis, "beruntung awak, dengan apa yang terjadi, masih ramai lagi kawan2 awak menyokong dan berada disisi".
Tahulah saya.. itulah Hamba Allah tadi..selepas itu, saya tidak ketemunya lagi dalam FB..
Comments
nasib baik dia tak tukar password ke apa.
bahaya bahaya.
kena hati hati.
dajal betul manusia macam tu.
senang senang nak jatuhkan maruah orang,
wan selalu hack facebook member laki.
kadang tu letak status berak la, macam macam.
Jadikan ia sebagai satu pengajaran..
lbh2 lgi lw kat cc .
Macam adik akak, dia jarang log out.. Pastu anak2 dia dok tulis yg bukan2 kat wall dia.. Pastu kawan2 dia komen la, ko ni kenapa..? Pastu puas la adik akak cakap, ni semua kerja anak aku daaaa... hehehe...
ada hikmah setiap apa yang berlaku.
byk gambar lucah org xbertanggungjawab tu upload dlm fb kawan sy tu, siap post mcm2 status lucah lg..