Kulit buah dan malas mengupas
Semasa kecil, saya sangat suka menikmati buah-buahan seperti mempelam, durian, manggis, epal, oren, rambutan, limau dan tembikai susu. 8 jenis buah ini, memang selalu ditelan sewaktu zaman kanak-kanak dulu.
Dan, kalau anda perasan, kesemua buah yang disenaraikan, perlu dikupas dulu kulit sebelum mengambil isinya.
Dari dulu, ayahanda dan ibunda, dua insan yang banyak berjasa mengupas kulit buah untuk saya, anakanda mereka. Jadi, saya tinggal makan saja. Situasi itu berterusan sehingga ke alam persekolahan.
Dan hasilnya..dapat dilihat kini, 20 tahun kemudian..iaitu..
SAYA TIDAK AKAN MAKAN BUAH SELAGI TIADA ORANG KUPASKAN KULITNYA.
Bhahahahaha, saya jadi sangat malas. Minda saya tidak menggerakkan tubuh untuk mengupasnya sendiri, selagi tiada orang tolong kupaskan untuk saya.
Dirumah, ibunda dan ayahanda memang memahaminya. Semasa didapur, jika ayahanda misalnya, sedang mengupas buah, pasti dia bertanya, "Nak??". Sudah tentu saya tersengih lebar selepas itu.
Tapi..diluar rumah..tiada orang macam tu.. huk, sob sob sob..
Comments
ada mak ayah yang nk lyn kerenah kte.
tpi skunk?mm
sejam dua hinggit! hahahah
Paksa sesiapa yang ada untuk mengupasnya :)
ada juga yg jenis malas kupas kulit buah ya ?
baru ulya tahu . . .
Kalau malas sgt, mkn je sekali ngn kulit tuh. hee :DD
Bila mak akak dengar, terus mak akak cakap, mengada-ngada... Dah tua bangkapun malas nak kupas.. Macam mana nak buat benda lain kalau yg senang macam tu pun malas nak buat.. Dan itu bukan masuk dalam kategori manja, tapi over ngada2...
No wonder la budak2 sekarang memang tak reti nak buat kerja rumah.. Jangan salahkan cikgu kat sekolah, tapi salahkan diri sendiri yg terlalu manjakan anak-anak..
Senang cakap, kalau malas, tak payah makan.. :D
dulu 1st time aku makan buah nanam aku x sure mana isi mana kulit.. aku ingatkan kuliutnya tebal, rupanya isi nya yang tebal... sudah nya aku buang sume, tinggal biji sajer
*kalau ada org kupaskn takpe la kn..kalau xde kempunan..hehe^^