Menikmati kehidupan
Antara perkara-perkara yang saya buat dalam menikmati kehidupan yang saya lalui sekarang ini:
1. Minum secawan kopi Nescafe yang panas, duduk bersantai belah belakang rumah, tempat dimana mesin basuh dan penyidai ada disitu. Sambil merenung pemandangan yang ada.
2. Makan dua potong kek berperisa (ke berperasa?) peppermint. Beli di pasar malam Presint 2, Putrajaya. Dua potong, RM5. Sambil makan, sambil tengok cerita kegemaran.
3. Sekali sekala, melakukan aktiviti mewarna dan bermain teka teki dengan Hanan, 6 tahun. Paling best, setiap kali buat aktiviti, sayalah pemenangnya. Sudah tentulah kan.
4. Memandu laju dilebuhraya yang baru dibuka. Bila dah bergegar semacam, barulah insaf. Takdala laju mana, 120km/h saja. Sesuailah pun dengan jenis kereta.
5. Rasa nak menangis disebabkan perkara lain. Tapi, untuk tujuan penyamaran optimum, play saja cerita2 yang sedih, kemudian banjirkan diri dengan air mata - gabungan sedih disebbkan perkara lain dengan sedih melihat babak sedih.
6. Dan...menjauhkan diri dari laptop, internet dan handphone selama beberapa hari. Huh, inilah satu-satunya perkara yang sehingga sekarang, agak kurang berjaya. Baru sejam, dah terketar-ketar nak check handphone dan online, ehehehe.
Comments
yg no6 tu memang sukar nak dijauhkan... huhuhu
# pssttt,jangan bawak kete lelaju yer dear,ingatlah orang tersayang :)
P/s: barhati2 bila memandu, ingatlah orang tersayang.. eceehhh...
mmg best dpt drive laju2 kn ^^
memang macam tak mampu je kalau tak ngadap sehari. enset, smbil masak pun tetap bwk smpn dlm poket. dah mcm nadi nyawa plak. -.-