Pesanan Mbah
Mbah (sebutannya embah), merupakan nenek kepada sahabat saya. Semasa cuti semester beberapa tahun lalu, saya sempat menziarahi sahabat saya dirumahnya, disebuah kampung yang terletak di Bagan Dato', Perak. Mbah tinggal dirumah pusaka, bersebelahan rumah sahabat saya, dan dijaga oleh ibu bapa sahabat saya ini.
3hari, dua malam saya berada disana. Hari pertama, saya mengambil peluang mengenali ahli keluarganya, mereka sangat peramah, berketurunan Jawa. Apabila tiba waktu makan, semua cakap Jawa, saya tunduk je, macam perempuan Melayu terawal, sebab tidak paham apa-apa, bhahaha.
Sebelah malamnya, selepas makan malam, sahabat saya mengajak saya kerumah Mbah. Dirumahnya, Mbah melayan saya dengan baik sekali..rasa macam nenek sendiri. Hilang malu yang datang tadi. Mbah memang sempoi, sempat mengusik, "Sudah ada 'teman'?".
Saya buat2 tidak paham, "Teman? Ramai mbah. Macam2 jenis ada kat U tu, hehe". Sahabat saya turut ketawa. Ya, saya paham maksud pertanyaannya, tapi, takkan nak bercerita lebih2? malu le.
Perbualan kami berpanjangan.. Mbah banyak memberi nasihat2 berkaitan kehidupan. Tak tahulah kenapa, saya suka bila dengar orang tua sepertinya bercerita..penuh kasih sayang, iktibar dan contoh dalam setiap penceritaan mereka. Sebelum balik semula kerumah sahabat saya, Mbah sempat berpesan pada saya, saya tahu dari pandangannya, pesanan itu dituju khas buat saya..pesannya,
"Carilah teman yang baik2..jangan cari yang 'tepi jalan' ya.."
Pertama kali dengar istilah 'tepi jalan' tu, saya rasa nak ketawa juga sebenarnya, malah, cucunya sendiri pun, sahabat saya tu, berasa begitu.
Selepas beberapa tahun berlalu, saya semakin paham dan mengerti maksudnya.. Terima kasih Mbah..kerana menasihati saya sebegitu rupa :).
Comments
macam akak, masa urut bersalin hari tu, seronok dengar makcik tu bercerita pengalaman dia.. ;) nak pulak dia orang jawa..
erm,tapi bab nak cari teman yang betul2 sempurna memang susah.. nanti kalau memilih sangat takut tersalah pilih pulak.. yelah manusia semua tiada yg sempurna.. apa yang penting sambil kita berusaha sambil kita berdoa dan bertawakal padaNYA..
macam Nh la ni, akibat terlalu cari yg sempurna haa sampai sekarang membujang hahaha.. last nyer rasa cam selesa plak bila single mingle.. huhu
jgn la cari y tepi jln..cari y exclusive sikit..hehe^^