Romantika Orang Tua
Saya suka tengok kemesraan pasangan suami isteri yang dah tua.. macam, ibubapa kita. Simple je cara mereka, tapi cute je rasa.
Ayahanda dan ibunda saya.
Kadang2, mereka akan pergi ke Alamanda, berdua. Ingatkan nak beli apa..
Rupa2nya beli Rotiboy dua, makan sama-sama kat rimbunan buluh yang ada diluar Alamanda.
Balik je mereka kerumah semula..
"Mak.. mana Rotiboy kak long mak??"
Mak jawab, "alah, ko dah selalu makan."
Saya, "sampai hati mak...dating sampai lupa anak sendiri.." Bhahahahaha.
Comments
Cuwitttnya~~
Sayang sekali yang parents ary tak macam tuh^^
Ayah memang xromantik langsung..
Huhuhuhu
Mana roti ayah dengan ibu...?
Alaa, ayah dengan ibu kan boleh dating lagi nanti... Nanti beli la roti tu.. :D
Alhamdulillah Lana mempunyai ibubapa yg saling sayang menyayangi.
Sebenarnya aunti sendiri selalu terfikir dlm usia yg dah senja ni berbaiklah antara kita dan pasangan kerana dalam usia senja ni kita tak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup bersama. Jadi semasa usia masih ada ni, biarlah kita hidup saling sayang menyayang.
"alah ko dah selalu makan" hahaha terbaek! ;P