Roti Cheese, bukan Tosei!
Baru-baru ini, bersama ayahanda dan adik ke kedai mamak.
Ayahanda, "urmm..bagi teh o satu, teh tarik dua". Pekerja kedai mamak, "wokey2, makan?".
Saya jawabkan, "mee goreng mamak satu, roti telur satu..Saya, roti cheese satu ya".
Pekerja kedai mamak, "wokey2".
Selepas tujuh minit..
Teh o dan satu teh tarik je sampai..saya cakap pada pekerja tadi, "teh tarik satu lagi?"
Mukanya blur.. *ah sudah..lepas ni, mesti berlaku lagi perkara itu*.
Saya memesan kembali, "teh tarik satu lagi ya".
Lima minit selepas itu..makanan pula tiba..
Diletakkannya diatas meja..mee goreng mamak..diikuti roti telur..dan akhir sekali..
TOSEIIIII??!?
Kan saya sudah bilang tadi, kejadian itu pasti berulang lagi. Sah, pekerja tu pekerja baru, saya sedar hal itu semasa dia menghantar air, ditambah dengan mimik muka blur dan 'baru'nya.
Apabila mengalihkan pandangan pada ayahanda dan adik, wajah mereka sudah mula menampakkan ke'harimau'annya. Saya tahu, mereka berdua lapar, lelaki kan? Bila lapar, salah sikit, mula jadi 'makhluk jadian', bhahaha.
Sebelum mereka berdua, 'pemangsa' menerkam 'mangsa'nya yang masih blur, cepat2 saya berkata, "ini tosei..saya mahu roti cheese..itu, taruk keju punya..cheese..keju..".
Para pengusaha kedai makan sekalian..latih pekerja baru anda sebaik-baiknya. Dan yang terlibat dalam industri makanan, kebersihan, pembungkusan, servis dan layanan, antara perkara yang harus dititikberatkan.
Comments
hampeh! pastu panggil orang lain. wkakaka
Kalau kena saya yg baik hati ne.. tak kisahla bgi apa..jnji ada iras2..bedal saja leee...hihi
<--- kalau lapa, tak de marah2. tapi nangis. kalo org slh anta mcm ni, time perut siyes lapa. mahu nangis terus je dpn dia.hahaha
Sebab tu tak faham..
Tapi roti cheese???
slurpppppppppppp!
CHEDAPNYA....