Kamal Affendi Hashim
Saya rasa, ramai yang mengenali empunya nama ditajuk entry sebagai penganalisis jenayah.
Berpeluang berjumpanya secara dekat, saya kira dia punya pakej sebagai personaliti yang menarik.
Punya ilmu yang luas dalam bidangnya, bijak berkata-kata, penampilan juga sederhana.
Tapi..dia juga hanya hambaNya..insan biasa.
Selepas mengalami musibah ditetak dalam satu kejadian, sekarang beliau perlu berdepan dengan penyakit AVM (Arteriovenous Malformation).
"Secara ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungsi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelas beliau (Sumber).
Beliau perlukan rawatan secepat yang mungkin. Dengan kos sebanyak RM40K.
Kepada yang berhasrat untuk membantu, boleh rujuk dilaman web Mazidul Akmal Sidik.
Comments
tak sangka dia sakit. sama2lah kita bantu
moga dia dapat jalani rawatan tu.
moga beliau tabah dan menghadapi ujian ini dgn reda.
*terima kasih kerana sebarkannya
Mudah-mudahan ramai yang sudi menyumbang... Hari ini hari dia.. Esok lusa mungkin hari kita pulak... huhuhu..
Moga dia cepat sembuh.. Banyak jasa dia terutama sekali kepada kaum wanita...
sama2 kita doakn supaya beliau kuat dan dpt lawan sakitnya
p/s: dah jumpa cuma ayat2 cita jer lum jumpa yg sesuai ha ha ha >..<
mudah mudahan dia berjaya mengumpul dana tu. banyak kott! lepas gua buat kenduri satu perak! hahaha