Mulut
Dari zaman sekolah lagi, kita pernah baca, dengar dan lihat pepatah Melayu yang satu ni,
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."
Baru ni, ditempat kerja, saya kena 'hentam' dengan seorang customer.
Allah saja yang tahu..luluhnya hati..rasa macam berderai kaca ibaratnya.
On the way balik rumah, sambil memandu, kepala saya terngiang-ngiang kata-katanya.
Malam sebelum tidur, saya memaafkan sikapnya keatas saya.
Tapi sampai kehari ini, hati dan fikiran masih terkesan dengan keceluparan dia.
Sekarang, baru saya faham dengan pepatah Melayu diatas itu.
Juga faham kenapa anggota badan kita yang lain semuanya sepasang.
Dan mulut saja Allah ciptakan satu.
Saya doakan hidupnya diberkati.
Moga diberi ketenangan dan kerendahan dalam hati.
Comments
lana kene buktikan yg lana bukan mcm tu...usaha dan doa yg berterusan akan membuatkan diri lana dihormati...percayalah allah akan membalas nya nanti
happy kan diri...insyaallah lana bole !senyum sikit...weee
Anggap je apa yg dia cakap tu sbg cabaran. kalau kita betul takde apa yg perlu kita takut. jangan risau ye.. U still have others dekat sini, still punya kawan2 yg boleh jadi telinga untuk mendengar..
Maafkan, lepaskan semuanya agar kita lebih tenang.. itu yg terbaik. Senyum :)
lagipun kata-kata mmg mampu membuatkan kita sakit hati daripada kita dipukul yang hanya sakit pada masa tu sahaja. tapi kata-kata sampai bila2 akan terasa
lana bsabar ye :)
ambil positif je lah. kalau kau nak rasa best, cari kawan serasi. ambil masa kutuk customer tu, kaw kaw.
mungkin lepas tu kau akan lega...
believe Me :)
U will be a marvellous person if u take it as a lesson to learn :)
banyakkan bersabar ye.. ;)