Artistik Ayie
Artistik Ayie. Saya pilih tajuk ini kerana itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan isi kandungan blognya yang diberi nama, Daku Amat Menyintai Mu. Haa, feeling romantik gitu. Nilai artistik kelihatan pada setiap poster yang dibuatnya sendiri dan dipaparkan pada setiap entry.
Ayie saya mula kenali melalui salah satu blognya; Putera Gahara Gagah Perkasa. Masa mula2 tengok headernya dulu, saya teringat kuda perang yang digunakan zaman dahulukala.
Saya suka melihat cara Ayie menggabungkan beberapa jenis imej dan diedit sehingga menjadi sebuah poster yang menarik.
Antara poster yang terdapat di blog Daku Amat Menyintai Mu. Cantik bukan?
Dia juga berbakat dalam melukis dan mewarna kartun ala2 majalah kartun Ujang. Anda boleh lihat sendiri pada gambar diatas, "Lawak Purbakala Lagi" dilukis dan diwarnakan sendiri oleh Ayie.
Ada banyak lagi poster yang boleh dilihat diblognya.
Selain poster, dia juga mengolah sebuah e-cerpen yang bertajuk Suamiku Daie diblognya. Sehingga entry ini ditulis, ada 4 bab kesemuanya. Boleh cuba membacanya disana.
Itu saja tentang blogger Ayie. Selamat menjalinkan silaturahim bersama. :)
Comments
hasil kerja blogger ni sangat unik..sama unik dengan tuan punya diri..hanya orang2 tertentu sahaja yg boleh faham keunikan tentang dirinya...(perlu banyak kesabaran tu...)
hasil kerjanya memang buat saya rasa cemburu sebab tak dapat nak meniru..hehehe
seronok melihat hasil kerja yang semakin baik dari masa ke semasa...
yaya tau da ayie nye blog..hehe
mmg dia krtf kan.. ^_^
Sally ~ Cantik kan.. lana pun suka tgk :)
BroTimi ~ Bro pun dah biasa ke blognya bukan.. ^_^
Alesara ~ Wa'alaikumusalam. Mungkin pemenang yang join GA yang dianjurkan ayie kot kak lea. Takpun blogger hana yg mana ayie pernah buat poster untuknya. Untungkan mereka, hik >_<
Anna ~ Lana pun suka ke blog ayie..semata2 nak cuci mata tgk poster,ekekeke.
Pssst.. Lana,ada org jeles kte miss2 you. Hahaha!
izin nyimak dulu yea,, ane sebagai pendatang baru di sini :)
salam silaturrahmi ya :)
pandai dia gabung2kan gambar. pastu edit lagi..
ayie pandai melukis ! confirm pandai mengedit picture2 lana...ayie kene buka kelas nie...hahaha..
By the way first time singgah sini. Erk.. mungkin. Hehehe.
haahkan memang nampak kreatif..
x pernah pergi lagi blognye.. inshaAllah ada masa pergi^^
kelu seribu bahasa...haha
ingatkan apa laa mlm tu minta izin..rupa2nya suprise...
Selamat menjalinkan silaturahim bersama...lana :)
Sop ~ Sudah tentu.
AryLee ~ Lana je ke tak tahu pasal ni,huhu. Tak pernah bertanya ayie pun ttg tu ^^. Ada org jeles? hahaha, meh2, kita bergabung kuasa rindu dgn org tu,hhahaha
T.I ~ Wa'alaikumusalam wbt. Salam silaturahim dihulurkan.. :)
Syahirah ~ Betul. GA yang dianjurkannya baru2 ni, memang lain dari lain, hadiah pun manyakk, hahaha
Hana ~ Nak edit tu hana.. bab gabung2 boleh le buat, nak edit n blend smpai hasilnya jadi begitu, haa :D
Azie ~ hahaha, pinjam tajuk entry ayie sbnrnya azie, kan baru2 ni dia ada buat satu entry ada tajuk ini. Terus dpt ilham. Jom zie, cucuk2 ayie, suh dia bukak kelas mengajor,hahaaha
Gee ~ Wa'alaikumusalam. Lepas ni boleh cuba kesana.. ^^
MyNotes ~ hahaha, saya faham kak vee, saya pun geram. Saya pun berminat art mcmtu, tpi nak memberi tumpuan tu..hurmm. Takpa, cuci mata je dulu dgn poster2 ayie,kih3
Seribu bahasa je ke yie? bukan sejuta bahasa? haahha. Pandai plak loyar burok kan,hehehe
Mesti, takot kena saman ke pa nanti. Salam silaturahim ya yie.. maaf, jrg dah ke blog ayie.. :)
Shida ~ Shida pun kenal bukan :)
KY ~ Wa'alaikumusalam KY.. poster2 ayie memang antara daya penarik utama utk dtg lagi ke blognya..kan? ^_^
Kayjue ~ tau takpa,hahahah. Akak pun jeles juga, hehehe >_<