Persiapan Masuk UiTM
Saya kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman. Tips ini sesuai untuk lepasan SPM yang bakal sambung pelajaran di UiTM dan juga universiti lain. Jika memerlukan penjelasan lanjut, boleh utarakan persoalan diruang komen.
1. Sijil, IC, Surat Beranak, Buku Akaun Bank dan lain2 Dokumen Penting.
Sila bawa, simpan dan jaga dengan baik perkara diatas. Bawa yang ori dan salinan (copy). Seeloknya simpan semuanya dalam satu fail khusus.
Anda bakal dan akan gunakan segala diatas untuk banyak perkara, dari masa ke semasa sepanjang tempoh pengajian. Lebih2 lagi semasa disemester pertama (Cth: Untuk tujuan proses pinjaman pelajaran spt PTPTN, untuk pelbagai proses pendaftaran dll).
2. Pakaian Yang Perlu Dibawa
Tips pakaian ini secara amnya merangkumi minggu orientasi dan semasa proses belajar sepanjang semester, termasuk aktiviti2 luar.
Baju - Bawa baju formal, biasanya baju kurung (untuk perempuan), kemeja, t-shirt berkolar dan tidak berkolar, blouse, baju melayu (untuk lelaki). Baju yang dipakai bergantung pada situasi dan aktiviti ditempat belajar anda nanti. Mungkin ada hari khusus anda perlu memakai baju formal, hari lain boleh pakai t-shirt saja.
Seluar - Bawa seluar slack, jeans dan seluar sukan yang sesuai.
Kasut - Kasut bertutup, sandal (untuk bersantai), selipar (buat pakai ke tandas) dan sport shoes.
Seeloknya, pastikan pakaian yang dipilih adalah longgar, selesa dan sederhana dari segi design, warna dan coraknya. Digalakkan membawa pakaian berlengan panjang.
Untuk lebih selamat, pemilihan warna yang digalakkan adalah terdiri dari warna2 asas spt hitam, putih dan biru korporat. Pastikan, baju, seluar dan kasut anda ada salah satu warna asas ini.
Yang lain2, seperti tudung, tuala, stoking, bahagian dalam2, itu terpulang pada anda. Saya berkongsi yang asas sahaja.
Yang lain2, seperti tudung, tuala, stoking, bahagian dalam2, itu terpulang pada anda. Saya berkongsi yang asas sahaja.
Comments
Kidding :p
tips yg bgus utk peljr2 yg bakal msuk u ni..^_^
Teena ~ Ha, betul tu teena. Bawak yang penting je dulu. Nanti, bila dapat cuti, baru bawak yang lain2.
MekOnie ~ InsyaAllah.. :)
Tasya ~ Akak doakan tasya dapat ek,hehe,insyaAllah.
Ima ~ hahaha, sailormoon ke, pokemon ke, yg penting bawak. Lau tertinggal, takkan mau pinjam pokemon org lain?yewww,hahaha
Latifah ~ Harapnya begitulah, semoga tips pendek ini dapat membantu yg bakal sambg belajar.
CikYaya ~ Wa'alaikumussalam yaya. ^_^
Tia ~ Ya, betul tu dear. Buat salinan banyak2, memang tak rugi. Sebab memang akan digunakan nanti untuk mcm2 urusan kan.. :)
tapi yang paling penting tu yg benda2 asas dalam point pertama la..
yg ke2 tu pinjam2 roomate o dormmate pun tak apa..hehe
yang bakal masuk uitm tu jangan harapkan mak untuk ingatkan itu ini kena bawa.kena ada to-do-list apa patut buat..apa patut bawa,dokumen paling penting.
p/s-->ikon komen sis lana kat atas tu senang nak nampak,so klik je dan komen..senang je.suka singgah blog lana he3.
in sya Allah...parent sekarang ni kebanyakannya educated...dah pernah mengalaminya..jadi mudah untuk beri ingatan pada anak2...
mana2 parent yg tak tau tu...anak2 sendiri perlu beringat..boleh baca info di blog lana ni atau tanya kawan2...
Semak betul dokumen2 yang diperlukan supaya tak susah nanti.
http://jusmanonline.blogspot.com/2013/01/cara-membuat-popular-post-cantik.html
Baby ~ Sama2..tapi baby..dalam kes lana..adik lelaki lana yg bawak barang mcm nak terus duduk kat tmpt dia blajar (T___T)
Embun ~ Selamat belajar..utk semua,hehehe
Arham ~ Sian mak n akak am..eh?hahaha. Macam adik lana, pandai gak dia kemas sendiri2.tpi terlebih pndai pun ada rsanya..semua benda dia nak bwk,huhu
Aleasara ~ Betul kak, mcm sya lah juga dulu, tak pernah smpai arau.. berdebar je buat persediaan tu. Saya rasa, skrg dah bnyk sumber yg bleh kia rujuk. So, takda masalah sgt kot utk yg bakal sambung blaja ni. P/S: TQ akak,hehe.
Wirda ~ Wa'alaikumussalam kak wirda. InsyaAllah..saya pun rasakan macamtu juga..ditambah skrg ini bnyk sumber yg bkl2 student ni boleh dpt..so, saya harap, tips yg sedikit ini dapatla membantu mana yg perlu.
Maklong ~ Tahniah utk mereka semua. Mudah2an diterangkan hati utk belajar betul2.
Bagus tips kak Lana ni buat yang nak sambung blajar naa.. Kalau tertinggal, meraung tak berlagulah jawabnya.. :)
apa2 pun dlm setiap urusan mcm ni..IC paling penting...kena pastikan sentasa ada...x tertinggal atau terlupa...klu tak memang masalah.
Ilmu yg dikongsi membawa kebaikan utk kita di "sana" nanti andai dpt memberi manfaat pd org lain
Okie. Komen ary pendek2 je. sebab ary ngantuk waktu komen ni. Zasssss untuk tido^^
btw, missing you, my blogger buddy^^
Salam.
Sya..yg tu akak kurang pasti dear.. Tapi akak rasa, better ambil sijil secepat mungkin, sebab banyak kegunaannya nanti.