Ayam Panggang
Semalam, teringin sangat nak makan KFC. Lunch hour, lepas settle urusan, pergi ke KFC berhampiran. Semakin langkah mendekati, saya perasan, "Apesal gelap je ni..."
Baru saja beberapa langkah masuk kedalam premis, salah seorang pekerjanya dtg menghampiri,
"Kakak, sorry kak, tiba2 blackout, sistem kaunter semua down".
Diri melangkah keluar.. "Mungkin rezeki tengahariku pda hari ini, bukan disini..takpalah..."
Perlahan melangkah, kekedai runcit sebelah..sekadar membeli coklat dan roti.
Habis waktu kerja. Memandu 45 minit menghala kerumah terasa lama, kerana perut menahan lapar.
Sampai saja dirumah, terus kedapur.
Dan alhamdulillah.. ada ayam panggang yang dibeli oleh ayahanda. Syukurnya.
Ayam yang dibeli ayahanda ini lagi sedap. Kdg2 saja beli bila mahu berubah selera.
Bezanya cuma tiada set macam makan di KFC.
Hidup memang begitu.
Jarang kita dapat apa yang diinginkan, tapi DIA sentiasa bagi apa yang kita perlukan.
Bila kali terakhir Allah bagi apa yang anda perlukan, ingat lagi?
Comments
btw,kenapa gambar dalam blog ni semua tak keluar ye ?
berbuka tu heaven betei..alhamdulillah
Kalaulah semua org blh berfikir dn sentiasa mengingatiNYA pd setiap saat kejadian yg berlaku pd diri..alangkah bagusnya...sikap redho dan bersyukur itu...subhanallah....Allah sentiasa memberi apa yg kita perlukan...alhamdulillah...
Entry adik tak naik juga la di bloglist...semlm ada tiga entry dr blog lain yg x naik kot..bkn laters entry adik je....
nyawa.kudrat.akal.
http://missgapytukarurlagi.blogspot.com/2012/05/last-2-weeks-oh-lord-lama-dah-happened.html
Jadi am ni kira jadi tukang kayu la, sebab nak buat macam pintu gerbang. Tapi masalahnya budget sangat terhad. Dipendekkan cerita banyakla masalah yang kene hadapi (setakat ni kan, semua event yang dirancang mesti akan ada banyak halangan, termasuk la program charity time Ramadhan haritu).
2 hari sebelum event kayu yang murah still tak dapat lagi, tapi nasib baik pada malamnya, ada tukang kayu yang am kenal ni dia banyak lebihan kayu yang dia tak nak guna, dan dia kata nak amek je, bayaran tersangatla murah, tak sampai RM10.
Pastu balik lewat malam tu pun driver teksi bagi tambang free, dia cakap halal. Sebelum berlaku ni memang banyak mengeluh, myesal jadi AJP pun ya, tapi bila berlaku macamni am tersenyap.
lebih kurang cerite fifi.. hari tu dengan suami nak ke kfc alamanda.. sekali melangkah.. KFC tu da tutup.. pdhl baru 2 hari lepas teman kawan beli.. tiada rezeki kami.. terus melangka ke kenny rogers.. dari kfc ke ayam panggang jugak!~
sukur Alhamdulillah...
x0x0 ^_^
ermm..ermm...tak der rezeki dekat kfc dapat pulak ayam panggang yang awesome...perghhh ! memang terbaik lah...
Kita selalu dengar orang yang hajatnya tertunai tu akan cakap macam ni.. "ko ni macam tau² je aku nak makan benda ni...".. Lepas tu takde dah nak ucap syukur alhamdulillah.. kadang2 ucapan terima kasihpun takde...
Kadang² kita cuma sebut dalam hati nak itu, nak ini.. Tup2 esok lusanya ada orang bagi apa yang kita nak tu.. Alhamdulillah la, kan..
sy down sebelum ni...tapi in the end
Allah bagi bukan satu,tapi 3 benda yang sgat
bermakna dalam hidup sy...
bersyukur sgat...
Tp Allah itu Maha Adil, Maha Menyanyangi..
DIA gantikan kfc tu dgn ayam panggang..
Alhamdulillah kak :)
Allah sememangnya sentiasa memberikan apa yang diperlukan oleh hambaNya..
cuma sikap manusia yang sukar mensyukuri keperluan yang sudah dipenuhi..
selalu sibuk mencari kehendak yang hendak dirakusi...
Moga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur..aamin
Alhamdulillah. :)
Bz ke?memang tkde entry baru ye...ermmmm.....
Absolutely..healthier, boleh jimat duit,hehe
Terima apa adanya.. :D
Sorry akmal, terdelete album dlm google+, tu yg tak keluar. Dah restore smula, rsanya ok dah.
Thank you ^_^
Alhamdulillah..camtu la lana rasa bila balik2, tgk ada ayam kt rumah..puas makan,hehehe
Thank you mama :)
Sekarang pensil dah pun cerita..he he he.. ;)
Betul. Lagi2 kalau ada special sos :D
Lama kan? hehe, pergi saja 45 minit, tambah 45 minit wktu balik. Takpa, pengalaman.. :)
Tambah skit, jangan lupa, berusaha, berdoa, tawakal dan bersyukur ;)
:)
Wa'alaikumusalam. Sekarang macamana kak wirda? entry saya dan lain2 naik tak kat bloglist akak?
Saya try solve kan problem blog saya..tak tahu berjaya ke tidak..huhu
Pelbagai jalan.. ^^
Betul :)
Terima kasih teena.. peringatan untuk lana juga ni :
Hujung minggu dah tentu aku buat apa yg ko cdgkan tu kopi.. hari biasa, waktu kerja..hurmm..hehehe
Gitulah cikna :)
Saya dan kita semua juga diberi tiga itu..tpi jrg guna dan manfaatkannya..
Hafiz, me too. Kadang2 tu, nak sgt2 benda tu, tpi sbb kurg berkemampuan, tangguh smpai kita sndiri lupa.
Alih2, Allah bagi easy way untuk dptkannya.
Kita faham am.. waktu tersenyap tu, mesti kita rasa malu dengan pencipta kita.
Hari2 makan ayam la maknanya? Cam kita plak..ex-roomate,hari2 mkn biskut.. dan hari2 lana tolong dia belikan biskut bila balik dri kelas,heh3
Bila analyze balik, bnyk hikmahnya.
Dpt makan kat rumah, boleh berjimat, makanan pun lebih bersih n sihat.
erkk, haa,kita pun perasan, KFC kat Alamanda dah tutup,hahaha, tgh renovate agaknya.
Kenny rogers lagi sihat makanannya kan :)
Selalunya jadi camtulah..kita mmg jrg dpt apa yg kita mahu.
Alhamdulillah..
hahahah, teruji sgt ke weh?
Iya.. ada hikmah yg tersembunyi..
Wa'alaikumusalam. Hurmm..tunggu azie belanjerr ayam plak,hahaha
Akak, cth yg akak bagi tu, selalu jugak jadi disekeliling saya.
"Macam tahu2 je" :)
Wa'alaikumusalam. Ingat dia selalu ya CKK.. :)
Thank you eiqa..hehe, alhamdulillah :)
Kadang2 melenting jugak,huhu..dah ok skit, baru la nak teringat DIA..
Wa'alaikumusalam. Amin.. terima kasih waalid.. :)
Tak da..selalunya makanan, pa2 hal makan dulu..jadi mmg tak smpt amik gmbr,hahaha
Of course..makan sengsorang depan tv, lagi best,ekekeke
:)
Tiada siapa yang tau.
Wa'alaikumusalam. Kita 'jumpa' diblog weekend ni ya kak..insyaAllah.. :)
Terindah dan terbaik datang dariNYA.. :')
kali terakhir saya dpt apa yg dihajati, ermm syukurlah apa yg ada. Sbb bebanan tu tetap ada, masih menanti bila ia mahu kunjung tiba. Usaha? Ahhh
*bila kali terakhir? baru2 ni jaa ^^
Masih menanti bila ia mahu kunjung tiba? Menanti sesuatu yg tak pasti?
Sekurang2nya awak dpt dah novel MAGIS..saya bila lagi..eh,hehe
hm, aku bru semalam Allah bagi aku kesihatan semula..next entry aku baru nk update psl tu..apa2 pun, Alhamdulillah kan, sbb Allah insyaAllah beri, kita je kena berdoa sugguh2.. :)