Koleksi Jubah Dress Terkini
Untung jadi orang perempuan, untuk bergaya, senang, petik jari je. Sentiasa terdapat banyak pilihan pakaian untuk digayakan.
Antaranya, Koleksi Jubah Dress Terkini dari ZALORA Malaysia. Menampilkan koleksi jubah dress yang menawan daripada jenama-jenama terbaik, antaranya Zuco Fashion, Gene Martino, Jameela Muslimah, First Lady dan pelbagai lagi. Sesuai buat mereka yang inginkan keselesaan dalam berpakaian, Koleksi Jubah Dress ini direka dengan potongan yang lebar dan labuh bagi menampilkan kesopanan pada si pemakainya.
Untuk kelihatan menawan, cuba gayakan sehelai jubah dress dengan padanan tudung yang bersesuaian. Lengkapkan penampilan dengan aksesori seperti tas tangan, serta sepasang heels atau wedges yang bertepatan.
Kelebihan jubah dress yang utama adalah, ia sesuai dijadikan alternatif terbaik selain kaftan, baju kurung moden dan dress labuh untuk digayakan semasa menghadiri majlis-majlis istimewa. Ia juga sesuai digayakan samada sewaktu majlis formal ataupun dalam suasana yang lebih santai.
Dengan kedatangan Syawal yang bakal menjelma, apa kata luangkan sedikit masa anda dengan melayari laman web ZALORA Malaysia pada hari ini dan dapatkan sehelai Jubah Dress untuk digayakan semasa hari raya nanti. Dengan tawaran harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan, nikmati juga perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda apabila anda membeli belah secara online bersama ZALORA.
Comments
Saya paling suka tgk Gene Martino punya..simple, ada yg nampak elegan.. ;)
Personally, lana suka yg jubah biru yg atas tu..dua2 nampak lembut,hehe
Baju kurung biasa je fana.. jubah mmg da ada, tapi tak pakai2 T__T
Phewittt,hehe,sekali dgn kasut la shida :D
Takmo cuba ke jubah untuk lelaki khamsi?ekeke, skrg tgh naik kan trend jubah lelaki. Smart.
Senang polie, sehelai, sekali sarung je.
Tgk jenis zie..dalam gambar tu je dah mcm2 jenis kain.
Comel kak vee camni,hehehe >_<
Pada yang berkenan..boleh la cari kat situ..
Kena pandai memilih ^_^
Suka la tu,hihi. :p
hahaha, pun boleh!
Duit plak takda..ya dak? T_T
Setakat ni..mata lana maintain lagi,haha
Mime, selamat bergaya di hari raya!hehe