Novel Saga Takluk Jagat
Dua tahun sya mencari novel terbitan PTS ini, Saga Takluk Jagat. Karya Zaki Zainol.
Pada yang meminati kisah2 bertemakan perjuangan dan pertempuran, boleh cuba dapatkan novel ini. Kalau boleh saya katakan, ia novel bertemakan aksi dan epik fantasi, cuma abaikan seketika covernya yang mungkin sedikit ke'komik'an.
Novel ini terbahagi kepada dua siri. Yang pertama, Bisikan Ariasha manakala Amukan Indera Bumi adalah siri yang kedua. Pada asalnya, novel ini diterbitkan sebuah untuk satu siri. Dan yang saya miliki ini, PTS telah gabungkan kedua-duanya menjadi satu.
Saga Takluk Jagat oleh Zaki Zainol
Kisah epik fantasi berunsurkan budaya Melayu ini agak menarik perhatian (saya). Zaki Zainol berusaha mengenengahkan unsur tersebut melalui babak pertempuran yang menggunakan ilmu persilatan, pantun Melayu, senjata Melayu seperti keris dan lembing, serta melalui penamaan watak2 utama seperti Bayu Adi Jata, Puteri Ariasha Cinta Castra dan Zilastra Dunia Kencana. Diselitkan juga unsur mistik, melalui kewujudan watak Sigorong dan Kaum Bunian.
Dari sudut aksi, agak menyeronokkan, cuma semasa saya membacanya, kepala saya mengembara mengingatkan babak aksi yang seringkali dapat dilihat dalam filem2 aksi Hong Kong. Terbang sana, lompat sini. Mujur sambil membaca saya tak melayang bawah katil sendiri.
Harga semasa RM35. Mungkin anda akan berhadapan dengan sedikit kesukaran untuk mencarinya dikedai2 buku. Boleh cuba membeli secara online. Sinopsis yang lebih menarik, boleh dibaca di: Seruling Senja.
Comments
Mai entry aina! :D
http://sirambotmaggi.blogspot.com/2014/08/pengkritik-biskut-raya-tak-tahu-malu.html
Agak tebal novelnya,hehe
Lana memilih jugak..tpi kdg2 tersilap pilih jugak bhn bacaan ni.
Yg ni kira memuaskan hati juga.
Bergantung pada genre nya bunda :)
Menarik bro..bagi sya la,hehe
tgk kt mphonline ade. hehe. try carik kt mph dulu, kalau dh penat cari online je la jawabnye. hehe
Buat masa ni, saya pun tidak tahu apa perkembangan seterusnya..
Saya sendiri 'bertuah' dapat senaskhah di Pustaka Mukmin, di Putrajaya. Presint 15, kedainya menghadap Mydin.